Alamat blog

Agak kelakar apabila ada pihak mempersoalkan berapa kadar zakat fitrah yang sepatutnya.

Kadar Zakat Fitrah tidak berubah sejak beratus tahun yang lalu iaitu pada kadar segantang seorang.

Akan tetapi apabila pembayaran Zakat fitrah yang menggunakan makanan telah diganti dengan fulus (wang kertas), maka bergaduh pula berapa kadar yang sesuai.

Mahu ikut harga purata atau harga semasa?
RM 5.70 atau RM 7.70?


Beberapa tahun lalu, terdapat seorang pemuda arab datang ke pejabat Zakat Melaka, membawa beras untuk membayar zakat fitrah. Pihak pusat Zakat Melaka tidak menerimanya sambil berkata "We only accept money".

Akhirnya pemuda itu membayar Zakat Fitrah dengan menggunakan ringgit, dan beras itu dikira "sedekah".

Sudahlah "Money" itu bukan emas, hanya kertas.

Agaknya Pihak puzat Zakat akan membeli beras untuk diagihkan pada kadar yang sama Zakat Fitrah dalam Ringgit yang diterima?

Matawang Ringgit, itu hanya sekadar "perjanjian untuk memberi beras" oleh pihak yang menggunakan ringgit sebagai pembayaran zakat.

Apa sudah jadi dunia Islam Malaysia?
Beras sudah tidak diterima sebagai zakat fitrah.


Kalau ya pun Wang boleh digunakan sebagai pengganti beras, takkan beras tidak boleh diterima langsung?




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. adi // 6 September 2008 8:10 PG  

    segantang baghdad ke ? segantang mesir atau segantang amerika ?

  2. Yanaam // 6 September 2008 6:37 PTG  

    Di Terengganu, beras masih diterima di masjid dan surau. Tak tahu lah kalau bayar di pejabat atau di shopping kompleks.

    (Ada ka bayar zakat kat shopping kompleks. Punya la liat nak pergi masjid.)

  3. cikli // 8 September 2008 10:01 PG  

    Salam.

    Elok kalau satu keluarga ada 4 orang bawa aje 4 gantang beras kepada orang miskin/fakir di kawasan kita. direct. Kalau sedekah ikan sekali lagi baik.

  4. suara // 10 September 2008 4:40 PTG  

    Salam.
    Baru 3 hari lepas masa balik kg, terdengar perbualan ayah mertua dan hubby tentang kadar zakat fitrah tahun ni. Kalau tak silap pendengaran saya, dia kata nampaknya zakat fitrah di Kelantan lebih tinggi dari Selangor.

    Kenapa? Adakah itu menjadi petunjuk bahawa Kel adalah negeri yg ramai org miskin dan perlu zakat fitrah yg tinggi atau Kelantan adalah negeri yg ramai penduduk kaya dan lebih dari mampu membayarnya? ;)

  5. Jie // 10 September 2008 5:00 PTG  

    Di kampung saya di Baling masih diterima beras segantang.