Alamat blog

Usul Terhadap YB Khairy Jamaluddin


Tuan Yang Dipertua,

Setelah Meneliti usul oleh Harimau Menaip supaya undi tidak percaya diberikan kepada Khairy Jamaludin.

Tuan Speaker, saya mencadangkan agar undi tak percaya dimulakan terhadap YB Khairy Jamaluddin kerana beliau pernah memanggil blogger sebagai Beruk.

Saya mendapati ianya amat tidak sesuai kerana Khairy Jamaludin tidak memegang apa-apa jawatan rasmi di dalam kerajaan. Meskipun ada cerita tingkat empat, namun ianya bukanlah satu jawatan rasmi kerajaan yang Khairy Jamaludin Pegang.

Walaubagaimanapun, Adalah wajar kita perbincangkan bagaimana Khairy Jamaludin yang tidak memegang sebarang jawatan Rasmi kerajaan supaya tidak boleh mempengaruhi pegawai kerajaan dan memperoleh maklumat sebagai mana pegawia kerajaan perolehi.

Saya mencadangkan supaya usul ini ditolak.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. cikli // 26 September 2008 8:17 PG  

    yg dipertua,

    1. ianya sesuatu isu
    2. ada kepentingan rakyat.
    3. perlu disegerakan.

    cukup syarat bah.

  2. Rizal // 26 September 2008 10:11 PG  

    Saudara Sebol, beliau ada memegang jawatan dalam kerajaan kalau tak silap saya.

    Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Khairy_Jamaluddin

    In 1999, Khairy became a Special Officer in the office of Abdullah Badawi, who was then the Deputy Prime Minister of Malaysia. He was Abdullah's Deputy Principal Private Secretary from 2003-04.

    Tetapi oleh kerana kenyataan yang dibuat pada 28 July 2007 mengatakan blogger adalah beruk maka saya menyokong usul ditolak kerana beliau tiada jawatan rasmi pada ketika itu. Rujuk http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=276105

    "There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the "monkeys" behave," he told reporters after opening the Papar, Kimanis and Sipitang Umno Youth annual delegates conference here today."

  3. Mat Cendana // 26 September 2008 4:22 PTG  

    Salam,
    Ini Hasbullah Pit yang dulu ada tulis untuk groups Usenet ke?

  4. Hasbullah Pit // 26 September 2008 4:31 PTG  

    mat cendana:

    Ya, saya pernah guna usenet/newsgroup

  5. Harimau Menaip // 27 September 2008 5:56 PG  

    Cis..Parlimen apa namanya. Letak 2 usul lepas tu padamkan.

    Ni yang den berang dengan Tuan Speaker ni.