Alamat blog

Ketika ini, sibuk dengan Isu Azan di Puchong, yang dikatakan melibatkan Teresa Kok.
Teresa Kok bersunguh-sungguh menafikan yang dia terlibat.


OK lah, saya anggap penafian Teresa Kok itu benar.
Akan tetapi Teresa Kok tetap tidak menafikan, atau memberi penjelasan  atau memohon maaf berkenaan isu tulisan jawi pada 14 Febuari yang lalu.
Seperti yang tertulis di blog Teresa Kok Sendiri

We want muhibbah road signs (14 Feb)

Apabila Teresa mempersoalkan kenapa perlu ada Jawi,  saya sudah jawap di catatan blog berikut.

Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi (14 Feb)


Namun Teresa tetap mendirikan juga Papan tanda itu tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam di Malaysia.

We Have Erected 10 Muhibbah Road Signs in Kuala Lumpur Area (20 Feb)


6 bulan berlalu, rupanya ramai orang islam tidak tahu apa yang berlaku pada bulan febuari yang lalu, tetapi kini sudah ahu  sudah kerap memajukan emel yang memaparkan gambar Teresa Kok menggantikan tulisan jadi kepada tulisan Cina dan Tamil.

Cukup banyak catatan blog yang memaparkan gambar itu, tetapi tidak memberi pautan kepada blog Teresa kerana sumbernya adalah berdasarkan emel.

Hari ini sahaja sudah ada beberapa catatan blog yang menceritakan isu papan tanda, walaupun sepatutnya ia sudah selesai 6 bulan yang lalu.

Marah tulisan Jawi, perjuangan apa sebegini?» Ustaz Rosli Dhoby
Bicara Faisal Tehrani» NOBISHA
Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia» Faisal Tehrani
Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut» Faisal Tehrani

Itu yang terpapar baru-baru ini, belum lagi dikorek berapa banyak lagi catatan blog yang memaparkan isu ini.


Apabila ia sudah menjadi bahan untuk dimajukan melalui emel, maka ianya serius.
Ada ramai yang membaca emel itu tetapi masih tertanya-tanya apakah ianya benar, apakah ianya disengajakan, apakah sebabnya?



Maka, saya menuntut Y.B Teresa Kok untuk memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.






Berpusing!!!!!!

14 komen

  1. Tanpa Nama // 12 September 2008 pada 3:46 PG  

    HA HA HA HA HA HA HA
    ROTFL
    ;)
    Macam2-lah.
    Also good as PAS + DAP can mix more now.

  2. Tanpa Nama // 12 September 2008 pada 3:51 PG  

    saya juga boleh sahkan perkara ni sebab YB Kok jemput saya jugak.
    tapi saya pun tidak beberapa tertarik.
    come on man? no other issues but muhibbah road signs? who cares?
    not sure how sensitive u guys are about jawi but the muhibbah signs does nothing for me!

  3. emy // 12 September 2008 pada 6:04 PG  

    sdra sebol, saya setuju dengan anda. Gambarnya pun dah saya tengok . Sah memang nampak gembira MpTheresa dengan papan tanda muhibah (menurutnya) yang baru. Cheh...

  4. emy // 12 September 2008 pada 6:05 PG  
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  5. Cikli // 12 September 2008 pada 8:08 PG  

    hari ni komen pasal tulisan jawi. Besok-besok pasal umat Islam berjawi pulak. Pernah seorang bapa warga Arab di US dipenjara kerana menjawi/mengkhatankan anak perempuannya.

    tak mustahil...

  6. Tanpa Nama // 12 September 2008 pada 10:58 PG  

    kawan kawan sekalian,

    saya rasa elok kita lihat perkara ini dari beberapa perspektif..senang saja logiknya..yang dikehendaki oleh si theresa ini ialah mengapa guna jawi sedangkan bahasa cina dan tamil tidak diguna?sedangkan kita masyarakat majmuk..saya rasa (harap)dia bukan anti jawi..dia hanya tak paham..lebih lebih lagi ini kat seputeh, nama jalan pun nama orang cina..nampak tak ironinya??kalau saya orang seputeh saya pun terkilan nampak tulisan jawi kat signboard..kalau dbkl nak adil letaklah nama cina dan tamil juga..tak susah..

    kalau tak silap kat singapore pun dia orang pakai tulisan jawi kat signboard untuk area area orang islam.kat china pun sama di area xinjiang yang ramai islam.itu hanya praktikal..signboard ialah untuk tunjuk jalan bukan untuk tunjuk maruah budaya..

    bila saya lihat blog blog yang menghentam theresa ni kebanyakannya berbaur kekauman dan maruah dan ketuanan bangsa..sedih sedangkan ini isu praktikal..bukannya perkauman..tapi komentar komentar yang diberi banyak berunsur benci dan rasa tak adil..memang tak paham..

  7. Azurah Anuar // 12 September 2008 pada 1:17 PTG  

    jaswi kan sekadar tulisan.

    macam tulisan rumi, etc.

    perkataan english, mandarin, hindi, urdu semua boleh dirtulis dalam tulisan jawi.

  8. Tanpa Nama // 12 September 2008 pada 2:42 PTG  

    nak letak tulisan tamil ke mandarin ke letak lah.

    tapi jangan buang tulisan jawi yang sedia ada.

    teresa kok ni tak nak cuba nak paham ke?

    pemimpin PR pun mesti ada kod etika.

    ini negara demokrasi.

    kepada tanpa nama,

    blog apa pun boleh kutuk perbuatan teresa kok ini kalau dia tak suka.

    jgn buat perangai macam BN. pete kena ISA, ahmad ismail lepas.

    bila blog lain yang kutuk islam, ada kau nak bela islam tak macam kau bela teresa kok ni?

    Pakdi
    http://pemikir.blogspot.com

  9. Tanpa Nama // 12 September 2008 pada 4:49 PTG  

    tadi i baca blog t.kok pasal isu signboard ni..yang dia tak nak jawi ni hanya salah satu sebab dia tak nak signboard baru..banyak lagi sebab..dbkl pun ada yang salah..macam sengaja nak gertak cina bila dekat dengan pru12..letak signboard jawi kat area cina..wuahaha!!

    tapi patut si kok ni mintak maaf kerana tak paham langsung isihati orang melayu..patut dia letak semua bahasa tapi dia lucut ayat jawi.tak adil la.tapi karang dbkl dah konfirm hanya bahasa melayu saja untuk papan tanda..ok..kira settle dah..minah kok ni jangan lagi buat bising..

    tapi yang hehran benda ni isu feb08..dah lapuk..ni bila panas dengan isu azan kota damansara pulak timbul isu signboard..nasib baik orang masjid dah konfirm ni bukan angkara si kok..pa system kena panah petir..

    tapi rasa macam ada bau perangkap untuk timbul kacau bilau..lihat jer AI bkt bendera..seramnya...

  10. Tanpa Nama // 14 September 2008 pada 12:49 PTG  

    Teresa Kok tersilap percaturan sebenarnya disini.mmg betul la niat dia nak memasukkan semua tulisan (Melayu,Cina, Tamil). akan tetapi dia terlupa yg jawi adalah identiti Melayu(walaupun yg sedihnyer realiti skrg x sumer Melayu pandai baca Jawi, baca Quran pun ada yg x reti gak). sama la juga dgn tulisan kaligrafi cina tu se-identiti-nya dgn kaum cina & skriptur tulisan Tamil kpd kaum India M'sia.cuba kalo JLN XYZ ditulis dlm rumi@ sistem tulisan rumi cina yg dikenali sbg Pin Yin. haaa..apa perasaan org Cina?dan begitu juga dgn tulisan Tamil, sume tulis ddlm bahasa Melayu, rumi.

  11. Tanpa Nama // 14 September 2008 pada 2:02 PTG  

    Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara ini dan ianya ditulis dalam RUMI (ABC...), semua org pun boleh baca termasuk pelancong, sbb ianya tulisan antarabangsa. Menyingkap sejarah tanahair yg kita berpijak ini, dulu signboard mmg ada tulisan jawi. Kerajaan menyedari masyarakat majmuk yg kian membiak di Malaysia maka di standard kan semua pakai bahasa malaysia tapi di kekalkan jawi pada sesetengahnya sbgi usaha mengekalkan tradisi. Jadi perlu faham jawi adalah tradisi kita sejak dulu..perlu faham apa itu tradisi dan apa itu pembaharuan. Teresa kok nak letak 3 bahasa iaitu inggeris, cina dan tamil...mana pergi bahasa malaysia dan tradisi jawi? Jadi, persoalannya apa tujuan sebenar Teresa? Jika dia bertujuan membawa pembaharuan..bagus tapi pembaharuan yg bagaimana? Apakah pembaharuan menghapus etnik yg mmg sejak dulu menjadi tradisi? Nak tambah...bagus...tp bukan dengan menghapuskan yg sedia ada. Kalau katanya utk mudah baca, saya kira kebanyakan generasi muda tahu baca RUMI, kalau Teresa prihatin kpd golongan tua yg tak tau baca RUMI, sila juga prihatin org2 melayu tua melayu yg hnya tau baca jawi. Jadi Cik Teresa, tindakan anda mmg boleh dipersoalkan kejujurannya....

  12. Tanpa Nama // 16 September 2008 pada 6:41 PTG  

    harapnya yang melayu kaki mabuk di bukit bintang masih boleh baca jawi...

  13. Tanpa Nama // 16 September 2008 pada 6:51 PTG  

    Selamat, kalau difikir secara rasional, dan penuh muhibbah tanpa prejudis, eloknya buat begini kat papan tanda namajalan tu: atas sekali bahasa melayu tulisan rumi(sediaada)baris bawahnya Tulisan jawi (sediaada) baris 3 tulisan china, bahasa mandarin kantonis, baris empat bahasa tamil, baris lima bahasa-bahasa lain kaum di malaysia yang mungkin terkilan bahasanya tak diletak sama. So, apasal kena padam tulisan jawi sediaada, takboleh ker just tambah kat bawah tu? tu isu yg ingin diutarakan! Rasional mengatasi emosi.

  14. Tanpa Nama // 20 September 2008 pada 9:37 PG  

    Memang biadap lah kalau tulisan jawi dilakukan sedemikian, kerana tulisan jawi warisan Melayu. Manakala Melayu diiktiraf dalam perlembagaan persekutuan. Tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu. Ini kes berat.
    Apa pula perlunya tulisan bahasa Cina dan Tamil dan Inggeris. Tulisan itu semua tak diperlukan di negara ini. Itu semua tulisan kaum luar, tulisan asing dan tulisan kaum pendatang. kita tak perlukannya. Kalau nak mencitrakan tulisan itu semua kembangkan ia di negara asalnya, tulisan Cina di negara China, tulisan Tamil di negara India.Ini negara Melayu dan kini digelar Malaysia.
    Jangan pula diberi alasan majmuk hingga negara jadi kecamuk.