Alamat blog

"pengunguman" Admin Ali

9/29/2008 12:43:00 PTG | ,

 Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR serta ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.

Admin Ali.

Kelakar juga melihatkan telatah Azmin "admin admin" Ali, sudah menafikan perletakan jawatan, tapi tidak tukar katalaluan.

Kena lagi 1 kali.

Kalau penggodaman berasaskan lubang pada perisian, boleh dimaafkan lagi, tapi kalau kerana kata laluan admin admin, ia agak melalukan.

admin admin


Ulasan agak menarik oleh "Periskk" Rakyat.

Azmin Ali Letak Jawatan: Ape Cerita Beb..?

 Naib Presiden PKR Dibuli Hacker.

 




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Zubli Zainordin // 29 September 2008 1:18 PTG  

    Hasbullah Pit

    Sebaiknya Admin Admin Ali, menukarkan katalaluan blog nya, pada 16 September 2008 yang lalu.

    Namun mungkin dirasakannya, 13 Oktober 2008 ialah tarikh yang lebih sesuai.

    Pun begitu, pada saya, lebih cepat lebih bagus untuk blognya.

    Untuk tukar katalaluan ini, rasanya tidak perlu merujuk Istana.

  2. Hasbullah Pit // 29 September 2008 1:49 PTG  

    Sebelum ini, Paklah tak mahu berjumpa dia berkenaan penukaran katalaluan?

  3. Zubli Zainordin // 29 September 2008 2:08 PTG  

    Cuba teka,

    Jika Pak Lah ada blog peribadi macam kita, dan lain-lain ahlil politit, apakah katalaluan pilihannya?

    Barang diingat, Melayu Mudah Lupa.
    Lagi pun, Perjuangan Belum Selesai, kerana Ku Cari Abadi, belum diketemui.

  4. |1f34|-|1r3 // 29 September 2008 2:59 PTG  

    apsal la dia guna admin/admin ?

  5. Zubli Zainordin // 29 September 2008 3:26 PTG  

    Katalaluan nii memang begini.

    Ramai blogger memilih katalaluan yang mudah diingat seperti, 1234.

    Ramai admin pula, yang menggunakan kata laluan admin, atau adminadmin. Tujuannya supaya mudah diingat.

    Hackers yang tak hebat, akan cuba try test, kata laluan mudah yang sering digunakan oleh blogger and admin.

    Hackers yang hebat, dia boleh hack kata laluan seperti:

    ringgo2008xzrpberas47892537492padu

    Contohnya.

    Itu Lah kerja bloggers, admin, dan hackers.

    Ada blogger yang setiap musim buat blog baru. Saya tanya apa hal?

    Jawabnya, kata laluan yang lalu dah lupa.

    Kenapa tak mintak dari service provider, forget password.

    Jawabnya, email address pulak lupa, dan katalaluan nya tak ingat.

    Jikalau barangkali gamaknya catat sahaja di dinding depan lap top, masalahnya orang rumah pulak jadi hacker!

    Hahahahahahaha...

  6. Hasbullah Pit // 29 September 2008 7:58 PTG  

    Aku rasa sekarang ni Admin Ali pun tak boleh masuk blog dia,

    kalau tidak mesti dia dah padam "cuai"

  7. Zubli Zainordin // 29 September 2008 10:34 PTG  

    Macam mana Admin Ali nak masuk, blog dia.

    orang tu dah tukar katalaluan.

    hehehehehehe...