Alamat blog

Berita Harian Metro Terlewat 9 Tahun

10/07/2008 01:57:00 PTG |

Saudara Tawel Sensei, menulis tentang berita Harian Metro yang agak basi, tetapi disiarkan baru-baru ini.

Saya juga telah melihat muka depan Harian Metro sambil seyum. Kenapalah mereka baru tahu tentang hoax Bill Gates itu.

Ramai di antara kita hanya menggunakan internet beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi, berbanding saya, saya telah menggunakan internet sejak zaman sebol@pl.jaring.my , 1996.


Saudara Tawel Sensei memetik bahawa hoax itu telah wujud sejak 2004 .


 Maka lu dah kantoi dengan gua. Untuk pengetahuan lu, emel scam (sebenarnya lebih menjurus kepada hoax) ini sudah lama wujud semenjak tahun 2004 lagi. Ini bukan taktik licik terbaru. Gua pun dah banyak kali dapat.


Akan tetapi, seingat saya, ianya telah wujud jauh sebelum itu lagi. Kalau tidak salah, ketika saya masih bekerja di TV3 lagi. Tahun 1999?


Ya. 1999


Merujuk kepada laman web ini Hoax itu telah wujud pada tahun 1999.


Mungkin versi yang terkini telah diubah suai mengikut peredaran waktu.
Tak hairan kalau hoax itu akan dikaitkan dengan Tahi Lembu Yang Jatuh Dari Amerika.


Tahun ini Tahun berapa?




Berpusing!!!!!!

12 komen

  1. Tanpa Nama // 7 Oktober 2008 pada 2:15 PTG  

    huwaaa....ni makcik cleaner yang dok usung penyapu kat HUlu Selangor pun dah kenai benda alah tu thn 2000.
    Jeling juga muka depan HM tu...Tahun 1999 Makcik Cleaner ni pun dah ada akaun Dial Up 1515 ye...

  2. Hasbullah Pit // 7 Oktober 2008 pada 2:28 PTG  

    Zaman saya dulu, 1515 dan 1511 kedua2nya tidak ada.

    1511 diadakan untuk jaring kerana telekom nak kasi caj lebih murah kepada pengguna internet.

    zaman guna nombor telefon biasa, kadarnya tinggi. penduduk yang duduk di kawasan tiada nod jaring akan dikenakan bayaran amat tinggi pada bil telefonnya.

  3. Tanpa Nama // 7 Oktober 2008 pada 3:00 PTG  

    enche sebol,
    sebelum 1515 dan 1511 wujud, caj internet adalah berdasarkan panggilan ke no 7 angka yg kita dailkan, contoh 7959124, kalau nombor tu nombor tempatan, caj tu akan murah sebab dulu kalau panggilan tempatan telekom caj 13 sen je sekali dial. tak kiralah berapa jam pun kita guna.. tapi kalau bukan tempatan.. alamatnye, berpuluh2 RM lah kena caj.. atau munkin beratus-ratus RM

  4. Hasbullah Pit // 7 Oktober 2008 pada 3:42 PTG  

    Dulu 13 sen unlimited
    kemudian tiba-tiba 13 sen unlimited itu dihapuskan dan digantikan dengan berasaskan masa. kalau tak salah, 3 sen seminit.

    pengguna jaring dah pening kepala.

    Kemudian tmnet dilancarkan guna 1515, caj telefon jadi 1 sen seminit.

    tapi Jaring tak dapat 1511 lagi.
    gaduh punya gaduh baru jaring dapat 1511.

    Bayangkan, kalau tiada 1511 1515, kalau ISP kasi free access sekalipun, cajnya tetap lebih mahal.

    Telekomlah punca kelewatan rakyat Malaysia memperolehi internet.

    kalau dia kekalkan 13 sen unlimited kan senang.

  5. Tanpa Nama // 7 Oktober 2008 pada 4:49 PTG  

    He he...teringat tahun 1989 aku memula guna Wordstar buat kerja...he he..

    Internet lak tahun 1993 baru masuk...

    Slow giler...tapi bunyi dia sedap....masa dial...masa tu Imbi Plaza popular

    Raden

  6. Tanpa Nama // 7 Oktober 2008 pada 5:05 PTG  

    hah.... betul tu Raden..bunyi dial tu nostalgia sungguh..rindu la pula

  7. Tanpa Nama // 7 Oktober 2008 pada 10:07 PTG  

    Wa...
    Ko penah keje kat TV3??
    Mesti baik ngan Zainal Abidin Rawop...
    Pengulas sukan tersohor

  8. Hasbullah Pit // 7 Oktober 2008 pada 10:41 PTG  

    Raden:

    Kau Raden UTM / My-Linux?

    Kujie:
    Saya guna ubahsuai rentetan AT supaya dia senyap.

    ATZ M=0 lebih kurang macam tu la.

    Zool:
    Aku duduk mengadap komputer sahaja.

  9. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 12:13 PG  

    1999... dah banyak dapat benda ngarut2 dalam email... masa tu baru nak kenal internet... excited la jugak... hahah

  10. SalamMedia // 8 Oktober 2008 pada 5:03 PG  

    aku rase tiap tahun die tules mende same je. kite je terlepas pandang.

  11. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 1:04 PTG  

    walau dah terang benda tu hoax pun orang kita masih sebarkan benda2 karut camni.. entahla..

    yang tak boleh tahan bila siap berikan sumber. dan yang lagi x boleh tahan sumbernya itu dari website yang mengumpulkan hoax.

    soalan:mereka x tahu ke "Hoax" tu aper?

  12. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 4:15 PTG  

    En Sebol.

    Sy bukan UTM tp UKM. Bukan juga My-Linux.

    Cuma sampai la ni aku masih sign up dial up 1511 tu bila balik kampung.

    Aku siap komplen kat SKMM sebab semua jenis mobile x dpt line. Depa jawab susah sebab kwsn jauh. Tapi tempat org asli 5km kat situ dpt lak.

    p/s teringat beli Canon printer dpt phone free kat Imbi Plaza.
    Raden