Alamat blog

Najib sudah tidak berapa betul.

Walaupun sudah menjadi kebiasaan, makanan yang sedap-sedap akan dihidangkan ketika hari raya, Berita juga dihidangkan dengan Jaminan Palsu yang indah.

Menteri Kewangan Baru, Najib Razak, menghidangkan cerita indah ekonomi, menjamin begitu kukuhnya ekonomi kepada rakyat jelata pada hari raya.

Apa motifnya?
Entah.

Mari menikmati hidangan cerita indah ekonomi oleh Najib.



Ada penganalisis lain yang mengatakan Najib sudah Mabuk Tapai.

Alasan Najib ekonomi begitu kukuh adalah kerana rizab. AS$$119 bilion (RM404.6 bilion)

Rizab yang dipetik dalam USD dan Ringgit mestilah meningkat kalau adanya pesta kejatuhan dollar.
Berani Najib nyatakan rizab Bank Negara dalam Nilai emas?
Tengok dia meningkat atau merosot.

Rizab 119 bilion USD itu sebenarnya merosot berbanding 122 bilion USD (RM 428bilion )pada  29 Ogos 2008.

Banyak sangatkan 119 bilion USD rizab sehingga boleh menjamin ekonomi negara?

Laporan BNM akhirnya menyatakan berapa banyak rizab emas. Setiap kali laporan rizab bank negara, Rizab emas kekal pada tahap 0.3 bilion USD. dalam RM tidak sampai 1 bilion.

Dan ini Najib katakan ekonomi negara terjamin pengukuhannya?

Di Negara lain, ada yang rizab emas mencecah 10% daripada keseluruhan rizab.
Barulah tonggang terbalikpun, masih boleh bernafas.

Berapa peratuskah rizab emas Bank Negara berbanding keseluruhan rizab?
0.3/119*100 =0.25200 
0.25 % sahaja.

Oleh kerana hari ini hari raya, dan dihidangkan dengan hidangan cerita indah ekonomi dan jaminan pengukuhan ekonomi, maka bedal sahajalah hidangan itu.

Banyak sangatkan 119 bilion USD sehingga boleh dikatakan kukuh oleh Najib?
Hanya 1/5 daripada 700 bilion yang kononnya untuk dibailoutkan oleh Fed.

Lainlah kalau kita ada beberapa trilion USD.
Boleh juga kita bailoutkan Wall Street, kemudian minta Alaska sebagai ganti.

Ekonomi dunia sebenarnya masih belum merudum habis lagi, belum masanya untuk istiharkan "Kita selamat".

Kita bukan mahu doakan ekonomi kita menjadi teruk, akan tetapi berusahalah supaya kita mempunyai pertahanan yang lebih kuat.


Sudahlah dulu Najib mengistiharkan tidak perlu berbuat apa-apa dengan matawang ringgit hanya setelah beberapa jam mendengar penerangan Nor Mohamed Yackob.

Berbanding dengan Amerika, mereka berbuih mulut berminggu-minggu untuk menetapkan samada mahu bail out atau tidak.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Gelombang Rakyat // 2 Oktober 2008 pada 4:00 PG  

    Saya baru sahaja berbincang dengan Rastom, sambil minum air tapai, di blog kami, masing-masing.

    Najib, bila dia bercakap selaku Menteri Kewangan I, amat menggerunkan saya.

    Saya khuatir, dia hanyalah "echo" kepada individu atau pihak yang merencana perlangsungan kementerian ini.

    Adeh!

    Rastom, bak mai air tapai seciawan lagi...

  2. Gelombang Rakyat // 2 Oktober 2008 pada 4:12 PG  

    Hasbullah Pit,

    sila tukar.

    ada yang mungkin sudah tahu katalaluan blogs you.

    http://romantis.wordpress.com/2008/10/01/selamat-hari-raya-dari-halwa-romantis-halwa-kelat/#comment-5389

  3. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 11:41 PG  

    tak menyempat2 dah mamat tu ..maklumla dia kan menteri kewangan baru. Mesti la nak cari kreadit lepas pegang jawatan. Mesti la cite bende2 best jer