Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.
Ini kata najib.
"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.
"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.
Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.
Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.
Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.
Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?
Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.
Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.
Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.
Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?
Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)
Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.
Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.
kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% = 125 bilion.
Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?