Alamat blog

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan.

Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves.

Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan.

Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave.
Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung.


poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.

Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk "semangat DSAI"


Kemudian Perisik Rakyat membuat Catatan :

Sejarah Tercipta...!!! PKR Naik BERHALA ~ ref Malaysiakini


Tajuknya agak keras dan kontroversi kerana perkataan berhala.
Agaknya, kalau guna perkataan "syirik" atau "khurafat", mungkin ada yang pandang sebelah mata.

Bagi saya penggunaan istilah berhala agak tepat, sesuai dengan tujuan mereka dirikan poster yang menyerupai patung itu.

Maka, Saudara Topeng_Perak pun dihentam.....


Kemudian wujudlah "Penjelasan" Skuad DUN Batu Caves tentang "Berhala" itu.

Di dalam "Penjelasan" itu, mereka menyatakan matlamatnya sekali lagi..

Dan kami menyediakan poster gergasi ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau.

Matlamat tetap sama iaitu untuk individu bernama Anwar Ibrahim.

Kemudian Perisik Rakyat menulis

Kenapa Aku Bantah "REPLIKA@BERHALA@TUGU" DSAI..?


Perang ulasan berlaku

Kemudian, Dr MAZA meminta supaya ia diturunkan.

Mufti Perlis: Penyokong Anwar jangan taksub

“Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
“Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?” katanya.

Tujuan telah dinyatakan di dalam blog Skuad DUN Batu Cave itu iaitu untuk "Semangat DSAI"

Kemudian, keluar kenyataan di Malaysiakini mengatakan YB Amiruddin tidak mahu menurunkan poster itu. Kini YB Amiruddin sendiri mengaku menyumbang RM 100 untuk poster yang kelihatan seperti patung itu.

Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."

 Di cerita yang sama di blog Perisik Rakyat, seperti biasa, perang ulasan beserta ugutan blog akan tersungkur.

Dr3mte4m said...
Amenda la ko ni bro menda ni ko perbesarkan. Kalau menda ni jadi isu aku salahkan ko jer. perbesarkan crite. jgn sampai blog ko tersungkur nanti. tak caye ko tgklah nanti.
Secara kebetulan DNS saya "tersungkur" beberapa jam pagi tadi.

Ali Rustam.
Di peranan Ali Rustam?

Saya tidak ingat di mana, akan tetapi Ali Rustam turut memberi ulasan tentang "Berhala" ini, tetapi mahukan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dengan mengatakan sudahkah PKR mendapat kebenaran PAS.

Wah.

Maka selepas Ali Rustam memberi ulasan, barulah beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan.

FIkir Semula Tugu Negara

AYER KEROH – Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman mengharapkan pemimpin negara memikirkan kembali berkenaan penghormatan Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

“Memberi penghormatan kepada Tugu Negara (yang terbukti patung) itu yang harus dipertikaikan dahulu sebelum dibandingkan dengan replika gergasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit (kepada Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara. Barulah ada kesan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kepada penyokong PKR di kawasan itu bertindak untuk membuat replika pemimpin mereka.

“UMNO harus dilihat sebagai lagi teruk kerana begitu mengagung-agungkan pemimpin mereka, manakala tindakan penyokong PKR itu sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kerana orang mereka beragama Hindu,” jelasnya. 

 Macam lari sedikit dari tajuk, tetapi tidak menegur YB Amiruddin, atau "semangat DSAI"  yang mereka tidak pernah nafikan.

Khairul Faizi membuat satu ulasan yang agak "play safe".

Agak-agaknya, sekiranya replika tersebut bukannya replika DSAI mungkinkah ia akan menjadi kontroversi? Banyak juga papan-papan iklan yang dinaikkan di serata negara yang menaikkan gambar/replika selebriti terkenal negara tapi tidaklah menjadi kontroversi sehingga memerlukan seorang mufti untuk memberikan pandangan atau nasihat.

Saya bukannya menyokong agar replika tersebut dinaikkan kerana pastinya saya tidak akan naikkan replika seperti itu untuk menunjukkan tanda rasa hormat dan kasih saya kepada TG Abd Hadi Awang, TG Nik Aziz ataupun YB Salahuddin Ayub kerana saya tidak melihat ia adalah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa sayang kita kepada kepimpinan kerana ia tidak diajar oleh Islam dan jamaah. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah satu projek yang diketuai oleh En R Viraya, seorang penganut agama Hindu (maafkan saya jika silap). Mungkin budaya dan agama mereka seperti itu.

Nampak gayanya, Khairul Faizi dan Ustaz Ghani seolah-olah mengganggap tiada penglibatan orang Islam dalam pembinaannya. Mungkin tidak membaca penjelasan DUN Batu Cave yang ianya dibina untuk "semangat" dan pengakuan YB Amirudin turut menyumbang RM 100 dan merasmikannya.

Sampai di blog Hani Nasution saya dihentam?

nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.
 Antara perkara pelik dalam isu ini ialah bukan Islam berpandangan berbeza sedikit.

Di Malaysiakini
Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

R Viriya, ketua projek sedia robohkan, akan tetapi YB Amiruddin mahu tunggu tamat tempoh.

Di blog Damien Yeo (DAP), Semua mengatakan ianya tidak perlu. mungki Damien tidak tahu ianya daripada wang individu.




Berpusing!!!!!!

30 komen

  1. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 10:26 PG  

    Kalau nak tunjukkan sokongan pun tak perlu la sampai macam tu sekali.
    Ini dah macam 'taksub' namanya.
    Kan dah keluar isu berhala.

  2. rastom // 8 Oktober 2008 pada 3:17 PTG  

    Jika ini dianggap berhala, maka inilah berhala yang bakal memusnahkan beberapa berhala yang sekian lama menghiasi sekitar simpang, roundabout, billboard negara kita.

  3. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 4:25 PTG  

    taksub? kalau nk cakap taksub. semua taksub. taksub pada parti, taksub pada bola. taksub kepada agama? nnti di panggil ekstrim. maka? bersederhana lah. wasatiah!

  4. Tanpa Nama // 8 Oktober 2008 pada 9:21 PTG  

    Bagaimana kalo TAKSUB dgn pendapat sendiri? Masing2 rasa pendapat dia paling BEST. termasuk aku dan ngko, ngko dan ngko. Bila pemimpin "reserve" nak bg ulasan, ngko jolok gak tp kalo ulasan tak selari dgn pendapat sendiri, mula la nak hentam.

    Bila gambar? patung? tu dipanggil berhala apa niat dlm hati? nak betulkan keadaan atau saja nak sakitkan hati org lain? Betul ke definisi berhala cm tu?

    Moga Allah selamatkan kita dari jadi keluarga isteri abu lahab.

    112431

  5. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 3:37 PG  

    "Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk 'semangat DSAI'.."

    Idolatry...
    Waste of $$$...
    But some people have other beliefs so if it's for them, then it's ok?

  6. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 9:47 PG  

    alo bro hasbullah pit.. udah udah la tu... depa dah kat akan turun.. ilek laa... asal lu kecoh kecoh... aku tgk sumer dah senyap tapi lu bikin kecoh lagi pasal ni.. kan pengelola projek tu dah umum akan turunkan.. tunggu jer laa nanti dia turunkan...

    apa masalah lu? lu takut org pi sembah ker? cammon la ni bukan zaman kuno... org ada otak dan boleh fikir... cukup la... hentikan ko punya publisiti murahan tu... aku harap pas ni tak trimbul lagi isu ini.. byk lagi benda utk di tumpukan... cukup lah... dah naik muak laa... !!

  7. Hasbullah Pit // 9 Oktober 2008 pada 11:06 PG  

    uweek:

    Yang mula "kecohkan" ialah skuad DUN Batu Cave sendiri.

    masalah?

    Kami mahu menjaga akidah YB Amiruddin kerana dia orang Islam.

  8. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 3:33 PTG  

    hahah takpayahlah nak buat lawak bodoh... ko ingat ko hentam beribu kali tu boleh nak jaga akidah yb amiruddin tu?? abis ko ingat aku bukan islam ke??

    itu semua ada pada diri yb tu sendiri?? aku rasa tak salah dia kata dia sedekah 100 tu... sbg YB direspect kaum india kat sana sebab tu dia bagi 100. kalau dia tak bagi apa diorang ingat?? bukannya yb tu biaya penuh nak dirikan gambar tu.. pasal dia respek kat diorang dia salah??? satu lagi pasal dia pi rasmi pun salah?? bukannya di pirasmi patung sami diorang kat kuil... sbg yb di terpaksa melalui benda ini walaupun mungkin dia sendiri tak seberapa setuju.. ko kena paham situasi dia.. jangan nak menghentam taKtentu pasal...

    satu lagi ko kata dia mengaku enggan turun poster tu walau kaum india kat batucaves nak turun.. haloo cammon laa ko nisekolah ker tak? baca ke2 dua statement tu betul betul dan mana yang keluar dulu... ??

    sudah sudah la tu... ko kena faham situasi dia.. bukan pasal ko hentam kat sini ko boleh betulkan akidah dia .. aku rasa akidah dia takde apa problem dari segi apa yang aku mengenali dia... ]aku harap ko stop setakat ni.. pasal dari awal aku mengikuti isu ni.. so aku faham situasi dia.. jangan pasal ko bn terus dapat bola tanggung nak hentam pakatan rakyat... enough is enough...


    aku nak tanya ko? ko ada pi tengok tak poster tu dengan mata ko sendiri...?? kalau belum aku harap ko pegi tengok dan baru cakap.. kalau boleh tanyalah masyarakat kat batucaves tu..

    ko tgk la diorang ada dok puja ker tak.... ko ingat diorang bodoh sgt ker?? please laa aku meluat nak baca pasal isu bodoh yang ko kecoh sangat...

    kalau dia buat apa macam paklahbuat kat tugu negara tu ... aku sokong ko.. ni apa???
    cukup laa........................... perisik rakyat pun dah stop... ko sorang je kecoh kecoh... aku tgk skuaddunbatucaves tu pun dah senyap...

    semalam dsai sendiri dah komen pasal tu... sudah laa...

    aku harap jangan ada lagi isu ni kat blog ko kalau ko taknak kehilangan pembaca setia ko mcm aku ni... yg makin meluat ngan cara ko!

    takpayah la ko ulas balik kata sbg org islam ko tegur sumer... tu sumer bullshit!! ko betulkan dulu keimanan dalam diri sendiri sebelum menegur orang lain... ko kutuk yb amiruddin tu.. tapi dalam masa yang sama ko nilai balik tak dimana kau sendiri berada???

    fikir-fikirkanlah......

  9. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 4:26 PTG  

    Aku rase brader pit sorang yang sempurna giler akidah die. sampai akidah org lain pun die nak tegur.. berulang kali plak tu. agak - agaknya dah takde keje lain la tu. bawak2 bertenang.. banyak lagi isu lain ko bole bincangkan dari blog ko dari dok hantam org lain. emosi btul la awak ni. ade blog lain tu hentam ko takdekan.. ko sorang je yang melalak tak tentu pasal bro. be cool & be matured!!!

  10. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 4:28 PTG  

    hasbullah pit yang macam kena pit.
    Aku rasa kau agak tenenggelam punca.Aku rasa kau yang mengalamun diawang-awangan .Orang smua dah paham kedudukan poster ini dan mengerti akan terbitnya poster itu....
    kau jgn lah carii iklan murahan..
    Aku harap kau hentilah ambil PIT

  11. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 4:32 PTG  

    lani
    Hai pit tak abis kau nie.Aku rasa kau yang tak paham tentang isu replica tu,aku setuju brother tu berkata kau hentilah isap PIt

  12. Hasbullah Pit // 9 Oktober 2008 pada 4:35 PTG  

    Macam askar siber UMNO, tapi rupanya cap lain.

    Kaedah hampir sama.

  13. Azurah Anuar // 9 Oktober 2008 pada 4:40 PTG  

    ha ha..

    apa jadi nih?

    apsal tiba2 melatah tak tentu pasal?

    mesti makan cili, sebab tu terasa pedas kan.

  14. Mr Joker // 9 Oktober 2008 pada 4:43 PTG  

    kah kah kah kah kah kah... sebol... hang bawak bersabar banyak2... lenkali kita jangan tegur dah... kita pujiiiiiii je...

    nak buat silap? silakan.

    "KAMI BERDIRI TEGUH" dibelakang bla bla bla bla...

    kita kasik naik lagi 1 "replika"...

    40 kaki tak cukup tinggi... kali ni kita advise yang boleh masuk guinness world of record...

    tinggi sikit dari stat of libert.

    amacam?

  15. Hasbullah Pit // 9 Oktober 2008 pada 4:47 PTG  

    Topeng perak:

    seronok pula ada hiburan petang hari.

    tadi dia kata

    aku harap jangan ada lagi isu ni kat blog ko kalau ko taknak kehilangan pembaca setia ko mcm aku ni..

    Tapi dia panggil askar datang.

  16. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 4:52 PTG  

    lain kali pikir-pikir nak tulis
    Tulisan yang baik ada lah pendapat tapi bukan komen.
    Aku rasa kau berdua ni baru nak belajar menulis ke apa ,
    pendapat dan komen masih tak paham...

  17. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 4:54 PTG  

    SELAMAT TINGGAL HASBULLAH PIT
    ////////////KOSONG///////////

  18. Azurah Anuar // 9 Oktober 2008 pada 5:02 PTG  

    waaa

    you have lost a loyal reader.

    ;)

    write nicely next time, okeh.

    btw, otai, apa beza pendapat dan komen?

    komen tu yang buruk sajakah?

    dan benda yang baik2 jatuh pada kategori pendapat?

    tak berapa nak faham.

  19. Mr Joker // 9 Oktober 2008 pada 5:10 PTG  

    quot - SELAMAT TINGGAL HASBULLAH PIT
    ////////////KOSONG///////////

    quot - waaa

    you have lost a loyal reader.

    ;)

    aku jawab - blogger meluahkan pendapat untuk dikongsi dan dihakimi, bukan untuk mencari "peminat setia"...

    yang jenis cari "peminat setia" tu kene rujuk dekat Roslan SMS...

    x gitu HP?

    kalau ada "peminat setia" maknanya artis... blogger murahan... "glam blogger"... bila jadi artis - hilang kebebasan.

    ada sesape yang suka bersorak riang ria bila hilang kebebasan?

  20. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 6:00 PTG  

    think and talk oppsss think and write
    true or false.........
    kalau BN buat ada maaslah tak sure pembangkan kondem. Kalau Pemban,kang buat sure BN Kondem.
    never ending story........

    Abol
    its me R.H.M.A.N the Theory

  21. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 7:40 PTG  

    MEMANG KO NI NAK PUBLISITI MURAHAN.....

    SORRY LA... AKU DAH MULA NGAN BLOG KO!

  22. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 7:40 PTG  

    MEMANG KO NI NAK PUBLISITI MURAHAN.....

    SORRY LA... AKU DAH MULA NGAN BLOG KO!

  23. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 7:42 PTG  

    MEMANG KO NI NAK CARI PUBLISITI MURAHAN...

    SORRY TO SAY LA...
    AKU DAH START MELUAT NGAN BLOG KO!

    BYE BYE!!!

  24. rastom // 9 Oktober 2008 pada 8:34 PTG  

    Berhala yang paling besar, paling jahat ialah berhala yang bernama egoisme - yakni berhala yang ada di dalam diri seseorang yang pantang ditegur.Noktah!

  25. Tanpa Nama // 9 Oktober 2008 pada 11:47 PTG  

    itulah belajar 4 tingkat...... bodoh bertingkat-tingkat tak tahu ke beza antara poster dan patung hasbulah pit......akal letak dekat lutut ke

  26. Tanpa Nama // 10 Oktober 2008 pada 1:23 PG  

    oi mat pit.. udah udah la wei... kecoh la ko ni... boring laa... tukar la tajuk... banyak lagi la benda yg nak dipikir.. ni ko balik balik citer ni.. bosan tul! gambar ngan patung pun ko tak tau beza... kayu ker apa ko ni? hahahahaha pelik aku ngan mat pit ni.. tu laa isap pit lebih lebih... lain kali jgn lalok n tulis kat blog. semalam aku turun pi batu cave tu semata mata nak tengok apa yang ko kata patung tu.. bila aku tgk org perkataan pertama aku cak ko tau apa... alahai.. bodohnyer mat pit ni... ni bukan patung..!! hahahahahah

  27. Tanpa Nama // 10 Oktober 2008 pada 3:11 PTG  

    Setiap gerakan Islam harus sentiasa belajar dan berkongsi persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Kebanyakan gerakan Islam di dunia lahir daripada kemahiran yang berbeza, misalnya satu gerakan memfokuskan usaha dakwah melalui usaha-usaha kemanusiaan, satu lagi dalam bidang sains dan teknologi, begitulah seterusnya....

    Untuk mendapatkan kefahaman yang betul tentang pandangan seorang individu, adalah penting untuk memahami apakah titik punca ketidaksetujuannya. Perbezaan pendapat tetap berlaku tetapi terdapat juga persamaan yang perlu diakui kedua-dua pihak. Persamaan tersebut harus diterima dan memfokus kepada isu yang belum mencapai kata sepakat.

  28. Tanpa Nama // 13 Oktober 2008 pada 9:34 PG  

    Alhamdulillah anda sekelian tlh bangkit. Org yg bertanggungjawab mengharu-birukan bumi malaysia adalah seekor mamak yg bernama mahathir kutty nair. Bayangkan waktu tempatan pun dia boleh diubah percepatkan setengah jam awal. Boleh ke kita yakin dengan waktu solat yg sebenarnya? Sila anda rujuk dgn ulama yg tua lg arif! Wajarlah kalau dikira zaman dah berubah tapi takkan menguntungkan anak2 dan kroni2 dia saje. Ramai hari ini ceo, md dan chairman melayu yg kayaraya namun mereka2 ini sape? Bukankah org2 ini terdiri dari anak, ipar, menantu, keluarga, kengkawan, kroni, pembodek/pengampu mereka! Jadi org yg sebenar berkeupayaan dan mampu galas tugas tersebut di mana? Kan sudah ada perintah am utk kakitangan kerajaan ke swasta bahawasanya org yg berkaitan tidak dibenarkan samasekali di dlm mentadbir kerajaan atau syarikat. Mengapa tak digunapakai? Dulu kerajaan boleh kawalselia setiap harga barang atau tarif kenaikan sebab kenapa? Jawapannya krn tiada dasar pengswastaan yg melampau spt hari ini. Skg ni kerajaan pulak tunduk kpd petronas, tnb, plus@syrkt2 tol lain, syabas@syrkt air lain dsb. Cuba kita fikir sejenak kerajaan tu sape agaknya? Bukankah mereka2 itu terdiri dr kita, rakyat malaysia sendiri. Begitu juga dgn suapan@rasuah dlm kerajaan dan politik boleh di 'excuse' kan menjd saguhati dan sumbangan pulak! Contoh kereta, saham2, barang2, rumah, peralatan, duit, pakaian, hamper, sumbangan dsb. Zaman sape agaknya ia dihalalkan kalau bukan zaman mamak mahathir yg luluskan!!! Acu kita renungkan jap pd zaman pm2 sebelumnya adakah ianya dianggapkan rasuah? Sudah semesti...... Cukuplah dah tak larat nak komen paham2 sudahlah tst. SENDIRI MAU INGATLAH KAWAN!!!

  29. Tanpa Nama // 13 Oktober 2008 pada 9:40 PG  

    Hoi dak bol bahalol! Asal delete aku nyer komen! Bangang! Klu kau berani nape nak padam? Memang kau salah psl tu kau padamkan? Tau takut! Udah2le...lebih baik jage petronas pam kau tu lg baik dr mengate kat org. Dah byk maksiat ngan rasuah yg kau buat...

  30. Hasbullah Pit // 13 Oktober 2008 pada 10:28 PG  

    "midon.saily.saleh.com"

    Walaupun ianya dipadam, point taken.

    Siasatan dilakukan, akan tetapi Encik Midon menafikan yang dia tahu menahu soal ini.

    Sila beri nama staff saya yang dikatakan "bergedik" itu.

    Walaubagaimanapun, Ulasan saudara tentang percepatan jam di atas agak menarik.

    Sila guna nick yang tidak mengelirukan.