Alamat blog



Seperti biasa apabila harga minyak dunia turun, banyak catatan blog menggesa Pak Lah menurunkan harga minyak seberapa segera.

Di atas adalah graf matawang Amerika Berbandin Dollar Australia.
Beberapa hari lalu, terdapat kenaikan seketika harga minyak sehingga mencecah 120 kemudia dia akan turun balik.
Hari ini ia berada pada tahap 94 USD.

Graf USD berbanding AUD ini memang tidak menggambarkan 100% harga minyak, akalu tetai sekiranya permintaan dan penawaran kekal, dan nilai AUD kekal, maka nampak jelas penurunan harga minyak adalah disebabkan kenaikan dollar.

Sebelum ini saya mushkil juga bagaimana Dollar boleh naik ketika berlaku krisis.

Seorang penganalisis ekonomi di Astro Awani tadi menceritakan bahawa Dollar naik akibat daripada pelabur amerika yang menjual kepentingannya di Asia. buat masa ini tak dapat saya nak berimaginasi bagaimana permintaan terhadap dollar Amerika meningkat apabila mereka melepaskan pegangan ekuiti.

Katanya, Dollar akan tetap jatuh dalam jangkamasa panjang, setelah pelepasan pegangan ekuiti oleh pelabur amerika akan selesai.

Ada logiknya.

Dia tidak dapatmenjangka sampai bila rally USD ini akan berakhir. mungkin setahun?

Mungkin atas sebab yang sama saham di Asia jatuh.

Sebentar lagi akan ada undian draf ke 2 pelan penyelamat 700 bilion.
Kita nantikan keputusannya.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Gelombang Rakyat // 3 Oktober 2008 pada 11:48 PTG  

    Hasbullah Pit

    Turun naiknya Dollar Amerika berdasarkan apa?

  2. Dziauddin // 4 Oktober 2008 pada 8:57 PG  

    Turun naik dollar adala berdasarkan demand dan supply dollar. Dlm kes menjual ekuiti itu tadi, dollar amerika mengalir masuk kerana penjualan ekuiti.

  3. Tanpa Nama // 4 Oktober 2008 pada 9:11 PG  

    Sdr.Hasbullah,

    Terbaca tajuk sdr kat sopo.sarawho. Terus layar ke sini.
    Rupanya tersalah baca tajuk!

    Ingatkan; "Kenaikan Dollah Sementara...

    Maklumlah baru celik mata belum perkena kopi kaw....

    Cheers.

  4. Tanpa Nama // 4 Oktober 2008 pada 3:48 PTG  

    The oil price is dropping because there is a lesser demand for it amidst poor economy in the States. It still does make sense why USD is still hitting up the roof. The only reason I can think of is US is suppressing the gold price through market manipulation to strengthen the dollar.

    Gold is dropping fiercely and it does not make sense at all. Except, somebody has a point to make by suppressing the gold price and gives a facade the dollar is a better option compared to the volatile gold.

    It'll be interesting to see how long they can keep the dollar up and gold price down.