Alamat blog

Usah di layan sangat cerita pemilihan UMNO.

A sedia bertanding
B dapat pencalonan
Negeri C kata sokong D
E kata F tak layak bertanding
bla bla bla bla

Kesemua ini boleh diibaratkan hiburan politik sahaja. Dalam erti kata lain, gosip politik.

Mereka bukan membincangkan kandungan politik kerahan pembentukan negara.

Ada kita dengar calon yang bertanding menyediakan kaedah menyelamat ekonomi? kemudian dibidas oleh calon yang lain.

Adakah kita dengar calon itu berjanji untuk cuba mempertingkatkan taraf pendidikan?

Kalau berjanji untuk mengukuhkan parti ada juga kedengaran.

Ada mereka berjanji untuk menggunakan kaedah ekonomi yang lebih islamik untuk mengatasi masalah ekonomi?

Akan tetapi, seronok juga makan bertih jagung sambil menonton drama UMNO.



Di dunia lain yang agak jauh sedikit dari politik, Ustaz Zaharudin telah bercerita tentang kandungan politik, iaitu kebaikan dan keburukan nasionalisasi.

Catatannya panjang, tidak hanya nasionalisasi, kalau hendak diulas, memerlukan sekurang-kurang 5 catatan blog untuk mengulas satu catatan blog itu.


Ini adalah sebahagian daripada catatan itu, yang menceritakan tentang nasionalisasi. Saya tidak pasti adakah nasinalisasi adalah istilah yang sesuai atau tidak.

sekali pandang nampak macam bermaksud pembentukan negara berasaskan nasionalisme.

Akan tetapi beliau memaksudkan proses mengkerajaankan badan swasta.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 'NATIONALIZATION'
Apabila bank-bank komersial di nasionalisasikan ini bermakna ia telah menjadi sebahagian daripada institusi kerajaan dan bukan lagi sebuah syarikat swasta.
 
Pihak yang berfahaman ‘sosialis' amat sukakan proses nasionalisasi ini, bagi mereka semua pengeluaran, pengagihan dan harta di dalam negara sepatutnya di miliki dan dipegang oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Sistem ekonomi Islam tidak sependapat dengan fahaman ekonomi sosialis yang terlalu ingin meng'kerajaan' segala-galanya.
 
Islam juga tidak bersetuju dengan cara ekonomi kapitalis yang terlalu membuka peluang begitu luas sehingga menjadikan untung sebagai fokus dan segala-galanya dalam dunia perniagaan dan kehidupan. Islam boleh dikatakan berada di pertengahan, ada perkara yang perlu di'kerajaan'kan dan ada yang tidak.
Islam juga membenarkan pencarian untung dalam dunia perniagaan namun ia mempunyai tanggungjawab dan limitasi seperti kewajiban zakat, kebajikan, berniaga dalam lunas yang halal dan pelbagai lagi. Limitasi moral dan nilai ini amat longgar dan hampir tiada dalam dunia ekonomi kapitalis.
Justeru, membiarkan semua bank komersial riba yang mengalami kerugian akibat kelemahan pengurusan dan ketamakan, lalu dibayar dengan sejumlah amat besar wang rakyatnya melalui proses 'nasionalisasi'. Ia tidaklah boleh diterima oleh Islam.
 
Hasil dari nasionalisasi ini adalah berikut :-
 
a- Harta dan aset ; harta dan asset bank atau syarikat tersebut sudah menjadi harta dan aset kerajaan.
 
b- Halatuju : Kerajaan berkuasa untuk menentukan halatuju bank yang telah diambil alih (jika peratusan pemilikkannya adalah terbesar), sebahagiannya berpendapat dengan demikian, ia lebih selamat berbanding swasta.  
 
c- Kurang Risiko ; Ia lebih baik kerana kerajaan akan sentiasa berimbang dalam mengejar keuntungan berbanding swasta yang sentiasa ingin perbanyak untung serta lebih mengambil risiko.  
 
d- Suasana Kerja Lebih Mudah ; Suasana pekerjaan lebih baik kerana amat jarang kerajaan membuang pekerja berbanding swasta yang sentiasa menagih prestasi tinggi.  
 
e- Aset Utama dimiliki ; Aset berharga tinggi dan amat diperlukan (terutamanya key services) lebih selamat dari dijual kepada pihak asing, berbanding swasta yang sentiasa ingin menggandakan wang walaupun dengan menjualnya kepada pihak asing. Masalahnya, adakah perbankan komersial ini amat amat diperlukan?. Kerajaan masih boleh membantu peminjam melalui pelbagai cara lain.
 
Namun begitu kebanyakkan usahawan-usahawan yang wujud di dalam pasaran memandangnya sebagai satu tindakan yang boleh membawa negative kerana :-
 
1) Prestasi kerja akan menurun, demikian semua maklum akan tekanan kerja di bawah swasta dan kerajaan. Tahap kecekapan akan menurun, situasi selesa amat boleh membawa padah.
 
2) Kurangnya persaingan ; Menurut teori perniagaan, persaingan amat penting bagi mewujudkan pembangunan berkualiti.
 
3) Bertambah campurtangan politik ; Apabila sebuah syarikatr besar seperti bank komersial masuk dalam pemilikan kerajaan, campur tangan orang politik semakin mudah menyelinap dan akhirnya mewujudkan kelemahan keyakinan pelabur,
 
4) Menyuburkan sikap 'favoritism' dalam bisnes. Selepas ini sdudah tentu projek-projek besar kerajaan akan diberikan kepada syarikat di bawah naungannya atau yang unyai ikatan langsung dengannya. Hasilnya, syarikat swasta yang cekap kempunan dan kurang bisnes disebabkan asyik kalah tender dengan syarikat berkaitan kerajaan. Hal yang sama banyak berlaku di Malaysia.
 
5) Meningkatkan beban kerajaan yang telah sedia banyak ; Setiap hutang yang sedia ada dan pengurusannya kini di bawah tanggungjawab kerajaan.
 
6) Peluang pekerja semakin sukar ; Peluang para pekerja bank terbabit untuk naik atau naik gaji juga amat sukar apabila prose sini berlaku. Sebagaiman sukarnya kakitangan awam naik gaji dan pangkat, itu akan berlaku. Berbeza dengan swasta yang lebih responsif kepada kakitangan yang cemerlang dengan kepantasan peluang naik pangkat, gaji dan bonus. Ini bakal menyebabkan prestasi kerja menurun.
 
7) Kerajaan Hilang Fokus Kebajikan ; Semua hutang yang terhasil dan berbaki dari syarikat gergasi yang dinasionalisasi akan menjadi beban kerajaan. Ini bermakna ia menjadi beban semua rakyat. Tanpa pengurusan dan pendapatan yang baik, kerajaan akan menaikkan cukai. Bayangkan, bagaimana proses ini boleh beri kesan negatif kepada rakyat. Di United Kingdom, sudah tersebar analisa dari pelbagai pihak, PELBAGAI CUKAI AKAN DINAIKKAN akibat dari bail-out ini.!
 
Dalam Islam, nasionalisasi adalah amat diperlukan dalam sektor perkhidmatan utama seperti pengurusan air, makanan asasi seperti beras, eletrik, kesihatan dan lain-lain perkara asas bagi masyarakt. Ia penting bagi kerajaan mengawal harga dan kebajikan awam. Penswastaannya bakal membawa beban keapda rakyat ramai akibat harganya yang pasti meningkat kerana target sesebuah syarikat swasta adalah UNTUNG. Kerajaan tidak sewajarnya mempunyai target sebegitu sebagai sasaran utamanya.
 
Namun nasionalisasi dalam bidang komersial dan bisnes yang bukan TERDIRI DARI PERKARA asasi adalah tidak digalakkan di dalam Islam bagi mengawal hal negatif yang dinayatakan di atas. 
 


Adakah benar golongan sosialis mahukan nasionalisasi?
Atau golongan sosialis hanya mahukan output sahaja, asalkan polisi lebihkan rakyat, maka cukuplah.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat milik kerajaan. Walaupun ia milik kerajaan, tidak semestinya kerajaan jaga kepentingan rakyat.

Syarikat milik kerajaan banyak yang bertindak seperti syarikat biasa yang berasaskan keuntungan.

Jangan diharapkan sangat syarikat kerajaan akan jaga kepentingan rakyat, kalau badan kerajaan pun tidak menjaga kepentingan rakyat.

Lihat sahaja sistem PBT yang ada, PBT seolah-olah bekerja untuk dinaikkan taraf secepat mungkin, kerana ahli majlis akan dapat peruntukan lebih kalau taraf majlis daerah dinaikkan menjadi pembandaran.

Untuk mencapai taraf pembandaran, syarat kutipan hendakkan melebihi sekian-sekian. Maka cukai itu ini akan naik, parkir naik. Kalau tak capai, bukan dinaikkan taraf tetapi dapat penyapu pula.

Apa yang golongan sosialis suka sangat kalau syarikat dinasionalisasikan?




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Amin Ahmad // 13 Oktober 2008 pada 1:29 PG  

    sosialis percaya kerajaan besar (baca: kerajaan menentukan semuanya (kalau boleh))..saya percaya sdr faham ideologi sosialis bergerak bagaimana..

    pertembungan dengan liberalis ialah kerana liberalis percaya kepada kerajaan terhad...

    dan ada lagi pecahan2 dari persoalan ini..pendek kata berlegar persoalan ideologi

  2. Hasbullah Pit // 13 Oktober 2008 pada 8:05 PG  

    pewaris reformasi:

    Sebenarnya aku pun tak berapa faham apa dia sosialisme.