Alamat blog

Apabila wujudnya fatwa mengenai "Pengkid" maka ada pihak yang cuba protes.

Bermula dengan Ivy Josiah yang memperbodohkan Fatwa
kemudiannya terdapat demonstrasi kecil-kecilan ala pom pom girl di KLCC.

Ramai blogawan muslim yang membantah demonstrasi ini kerana ianya mencabar majlis fatwa.
Fatwa itu ianya terang-terang tidak melibatkan bukan islam namun mungkin tidak dapat difahami oleh mereka.

Mungkin ada diantara mereka keliru dinatara "Diharamkam" (dalam konteks semua orang) dengan difatwakan haram.

Istilah "mengharamkan" boleh ditakrifkan sebagai "ban".

Manakala difatwakan sebagai haram, maksudnya perkara semasa yang tidak jelas hukumnya samada haram halal dinyatakan sebagai hukum haram.

"Hukum" pula tidak boleh ditakrifkan sebagai "hukuman"

Fatwa tiada kaitan dengan mengawal seseorang, ianya hanya menjelaskan sesuatu hukum pada sesuatu perkara.

Apabila seseorang bukan islam mempersoalkan fatwa, ianya adalah lebih kurang sama dengan orang islam mempersoalkan hukum yang ada pada agama lain.

Orang islam tidak pernah mengatakan hukum haram bagi orang hindu memakan lembu sebagai "stupid" secara terang-terangan.

Begitu juga ramai bukan islam yang terlibat dalam perbankan, memahami hukum riba adalah haram bagi umat islam.

Tetapi mengapa sesuatu hukum terhadap orang islam, dikatakan "stupid fatwa" oleh orang bukan islam?

Fatwa mengawal rakyat?
Agaknya dalam konteks ini siapa yang kawal siapa?



Fatwa untuk rang islam sudah pasti tidak boleh mengawal bukan islam, mana mungkin ia mengawal pemakaian, pemikiran dan tingkahlaku rakyat.

Fatwa bukan satu penguatkuasaan hukum.

Jika kita lihat balik poster yang dibawa oleh pendemontrasi itu, ianya boleh ditafsirkan dari sudut lain.

Kalau kita lihat budaya pemakaian rakyat Malaysia sekarang, budaya pemikiran dan tingkah laku, siapa yang kawal?

Sebenarnya mereka tidak perasan bahawa media barat banyak membentuk pemikiran, tingkahlaku, pemakaian mereka.

Ia bukannya terjadi di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.
Pakaian barat dianggap hebat.
Tingkah laku barat dianggap hebat.
Pemikiran barat juga dianggap hebat.

Andaikana wujudnya pemikiran diluar daripada tempurung pemikiran barat semuanya akan dianggap kolot bagi mereka.

Mereka mahukan kebebasan mutlak, akan tetapi pernahkan mereka fikir kebebasan mutlak itu sesuatu yang perlu dipersoalkan juga?

Sekiranya kebebasan mutlak yang mereka mahu adalah dilarang supaya dipersoalkan mereka, maka mereka duduk didalam tempurung pemikiran liberalisme.

Sekiranya perkara berkaitan agama bagi mereka perlu diketepikan, maka mereka duduk dibawah tempurung pemikiran sekularisme.

Seseorang yang berfikiran bebas, ialah bebas untuk berfikir tentang sekularisme dan juga alternatif kepada sekularisme iaitu penggabungan unsur keagamaan dalam kehidupan harian.

Sekiranya Ivy Josiah berfikir supaya semua perjuangan hak wanita perlu disatukan tanpa mengikut agama, maka dia sepatutnya mampu berfikir kenapa ada agama yang tidak setuju yangan feminisme melampau.

Cara penulisan Puan Nuraflah dan Hani Nasution (Pakatan Girl power) tentang isu ini adalah lebih menggambarkan bahawa feminisme melampau adalah lebih merosakkan wanita berbanding menyelamatkan wanita.

Kini, wujud pula tulisan oleh Celine Ng yang pro kepada kebebasan bagi wanita yang turut ditandatangani oleh beberapa orang Islam.

This letter is signed by Katagender, Food Not Bombs as well as the following 19 individuals: Cheneille Neo Ming Yi, Dahlia Martin, Eugene Ch'ng, Lainie Yeoh, Lee Wei San, Lee Jia Hui, Leow Mei Chern, Mohd Rizman, Nurul Amani Faizal Poodien, Puan llli Farhana, Puan Azreen Madzlan, Shikeen Arif, Thilaga Sulathireh, Wan Azhar Bin Wan Ahmad Wong Chai Yi, Yusmar Mohd Yusof and Zedeck Siew

Sungguh mengecewakan.




Berpusing!!!!!!

17 komen

  1. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 12:10 PG  

    Hello Bradder

    Boleh lah soal hukum agama lain..
    Soal saja, bradder tak percaya tak pe ler...
    Jika kami soal, kami hanya nak faham sebab mungkin ada sikit tak logik dan penjelasan kurang menyakinkan...

  2. Orang Melaka // 13 November 2008 pada 9:10 PG  

    Satu komentar yang bagus dari En Sebol.

  3. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 10:55 PG  

    Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami.... (simple as that)...


    dalam bahasa kutu ... "gua tak usik telur lu, lu jangan usik telur gua" ....

  4. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 11:30 PG  

    Salam...
    Setuju dengan artikel En Sebol kali ini dan komen cencurut... Memang jelas "Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami...", tapi kenapa mereka yang bukan Islam ni berani sangat nak cabar kewibawaan Islam dengan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan untuk orang Islam sahaja... Kenapa mesti nak timbulkan kekecohan untuk bangkitkan kemarahan orang Islam? Jadi siapakah yang memulakan isu agama dalam perhimpunan ini...

  5. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 11:33 PG  

    Agak menghairankan apabila bangsa bukan Melayu membantah Majlis Fatwa. Apa kena mengena Majlis Fatwa dengan mereka? Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa kepada umat Islam sahaja dan bukannya untuk mereka yang bukan Islam. Kenapa mereka pula yang tidak semena-mena mencampuri urusan agama Islam? Angkara siapa semua ni? Siapa dalang di sebalik perhimpunan 'bangang' ni? Kenapa perlu bangkitkan isu yang boleh membuat orang Islam marah? Kenapa mesti cabar kewibawaan Islam? Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. Kalau boleh, ISA kan saja mereka ni...

  6. Hero // 13 November 2008 pada 2:39 PTG  

    "Boleh lah soal hukum agama lain..
    Soal saja, bradder tak percaya tak pe ler...
    Jika kami soal, kami hanya nak faham sebab mungkin ada sikit tak logik dan penjelasan kurang menyakinkan..."

    berdemo tentang urusan agama lain tu sama macam "soal" ke? please go away laa. jgn sibuk2 dengan hal agama kami. kalau awak ikhlas nak faham, awak pasti dah siasat hukum2 lain dalam Islam, yg tak semestinnya berteras logik akal, sebaliknya bertunjang keimanan. tapi awak takkan faham soal ni pasal awak bukan org beriman. sebab tu cencurut dan samad kata "bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami...". statement tu boleh faham tak? nobody forced you to agree or disagree. awak tak rasa yakin pun takpe. in fact, nobody wants to know your opinion.

  7. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 8:40 PTG  

    jed yoong,

    berdiskusi dengan cara yang baik tidak ada masalah.

    tanya pada sebol contohnya,

    "Kenapa Majlis Fatwa haramkan pengkid?"

    tetapi kalau sampai berdemo sesuatu perkara yang diharamkan oleh agama lain contohnya, itu bukan "mahu soal" lagi.

    Pakdi
    http://www.pakdi.my

  8. Hasbullah Pit // 13 November 2008 pada 9:34 PTG  

    harap maaf kawan-kawan jika perkataan "mempersoalkan" mengelirukan.

  9. Tanpa Nama // 14 November 2008 pada 7:41 PG  

    cencurut..ha ha ha. ha ha ha. sorry gonna make lame joke now, but some ppl like other ppl to usik their telur ha ha ha ha ha ha...huh huh

    hero...lots of ppl say no one want to hear my opinion but lots of hate mail, comment emotional, like urs...kee kee...i will still express it, it's my right, if u take it as 'hina', 'challange', then it's ur problem...but i dunno wat's the story with ivy lah...dia kuat minum, saya tau....

    tanpa nama, agree lah if berdemo, then muslims must take the lead after all, we are not the ones affected by the fatwa...if my muslim fren asks me to join her demo, of cos, i go along if i kinda agree with her but not happy start campaign lah like ivy..

    sebol -- =)

  10. Tanpa Nama // 14 November 2008 pada 11:09 PG  

    Kerana terlalu diberi kebebasanlah mereka ini berani membuat perhimpunan seperti ini. Tapi yang peliknya kenapa mereka yang bukan Melayu ni pula yang nak mempertikaikan Majlis Fatwa? Apa kena mengena dengan mereka... FATWA YANG DIKELUARKAN MAJLIS FATWA HANYA UNTUK ORANG ISLAM...

  11. Kavi // 14 November 2008 pada 11:23 PG  
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  12. Kavi // 14 November 2008 pada 11:25 PG  

    saya beragama Hindu... bagi saya, saya langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa hukum bagi umat Islam kerana ia tidak melibatkan agama saya. Maka saya pun tidak mempersoalkan apa-apa.

    saya harap saudara-saudari faham bahawa bukan semua orang yang beragama bukan Islam menentang atau mempersoalkan fatwa. Hanya segelintir daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mungkin mereka ingin menyuarakan pendapat dari segi pandangan kebebasan wanita. Namun begitu, saya tidak pasti apakah tujuan utama mereka.

    Saya harap para pengulas tidak "generalise" yang semua umat bukan Islam ingin sibuk mencampuri hal ehwal Islam. Bukan semua orang bersifat begitu. Tetapi saya faham yang setitik nila boleh merosakkan susu sebelanga.

  13. Hero // 14 November 2008 pada 11:28 PG  

    "hero...lots of ppl say no one want to hear my opinion but lots of hate mail, comment emotional, like urs...kee kee...i will still express it, it's my right, if u take it as 'hina', 'challange', then it's ur problem...but i dunno wat's the story with ivy lah...dia kuat minum, saya tau...."

    wow.. kat mana yang emotional tu? i wonder what would it be if I add an exclamation mark to every "?" in my previous comment. sure lagi emotional. kena ada "..kee kee.." juga or smiley ke baru boleh baca msg saya tanpa prejudice? then again, you see what u want to see. kalau u imagine saya cakap in a mellowed tone, it may not sound emotional at all. it's oklah. there are so many of your kind. instead of looking at the points of argument, you opted for the style. but putting words (and/or impressions) into other people's mouth is not oklah, very low actually. (see your "if u take it as 'hina', 'challange', then it's ur problem"). you don't need to "if" to such specifics, you know.

    but i do agree with your rights to express whatever you want. and i will exercise mine.

    :) <-- to avoid being regarded as emotional

  14. Tanpa Nama // 14 November 2008 pada 8:47 PTG  

    Salam Tuan Besbol,

    Apabila tidak dibendung dari awal,
    inilah padahnya.
    Merosakkan akidah orang melayu adalah perjuangan mereka,dengan berlindung disebalik memperjuangkan hak-hak kaum wanita dan kesamarataan.

    Dipelopori oleh anak-anak menteri parti politik dominan ditanahair.

    Sebenarnya iman bukan boleh nampak dengan mata kepala.
    Islam jelas nampak segala amalannya.
    Maksud saya,perbezaan rukun iman dan rukun islam.

    Contoh :
    Rukun Iman,
    1.Percaya pada.....
    2.Percaya pada......

    Yang enam ni tak nampak dengan biji mata.


    Rukun Islam,
    1.Mengucap (memang jelas lafaznya)
    2.Sembahyang (memang nampak jelas orang pergi ke masjid/surau)

    Hati yang gelap tidak mempercayai rukun iman yang tak nampak dengan mata kepala.


    Propaganda mereka ialah "seeing is believing"




    Yamaha Y80

  15. Hasbullah Pit // 14 November 2008 pada 11:41 PTG  

    Propaganda mereka ialah "seeing is believing"

    Tapi manusia sekarang percaya wujudnya bluetooth wifi wimax 3g tanpa melihatnya.

  16. Tanpa Nama // 16 November 2008 pada 9:12 PG  

    hahaha.. JED.. your joke is quite amusing... hahaha

  17. Tanpa Nama // 18 November 2008 pada 12:00 PTG  

    Also added to BHO blog. Hopefully will convey the correct message.