Alamat blog

Zaman saya kecil dahulu, tiada telefon dirumah.
Kemudian pada tahun 1980an rumah saya ada telefon.

Zaman ini, banyak rumah yang tidak perlukan talian tetap PSTN hanya kerana individu yang menghuninya mempunyai telefon tangan.

Internet pula.

Mulanya internet menggunakan PSTN.
Bergaduhlah penghuni rumah tentang penggunaan talian PSTN samada ingin bercakap atau berPPP.

Kemudian wujudnya streamyx. Talian PSTN rumah digunakan untuk streamyx walaupun fungsi PSTNnya jarang digunakan.

Penghuni rumah menggunakan internet pada komputer yang ada dirumah itu.

Apabila telefon tangan kian canggih, maka semua talian telefon tangan penghuni rumah mempunyai akses tanpa had 3G/UMTS/GPRS.

Ketika di hadapan komputer, guna internet komputer. Apabila komputer direbut-rebut oleh calon angkasawan, adakalanya ibu bapa terpaksa BerBerasPadu menggunakan telefon.

Makin lama, makin ramai manusia yang menggunakan talian internet tanpa had melalui telefon, maka bertindanlah kemudahan internet bagi seseorang itu.

Di telefon ada internet, di rumah ada internet, ditempat kerja ada internet. di kedai itu ini ada internet.

Berapa banyak sambungan internet yang diperlukan?

Pada masa yang sama, tahap kesedaran internet di kawasan luar bandar masih rendah.

Golongan berpendapatan rendah pula ada yang menuruntarafkan telefon rumahnya kepada "italk" kerana tidak mampu membayar sewa. tiada PSTN. Tiada PSTN maksudnya tiada 1325 tiada 1515 tiada 1511.

Golongan berpendapatan rendah di kawasan kampung, kebanyakannya menggunakan prabayar yang tiada akses internet tanpa had seperti yang dinikmati oleh pengguna pasca bayar.

DImana mereka mahu menggunakan internet.

Pemilikan komputer, walaupun zaman sekarang murah, masih lagi agak mahal bagi mereka.

Kalau guna komputer mendail menggunakan PSTN, cajnya boleh mengatasi bil streamyx tanpa had.

Pengguna telefon bimbt yang ingin menggunakan GPRS secara sekali sekala mungkin akan membayar lebih berbanding pakej tanpa had.

Nampak macam tidak adil.

Pengguna internet pada telefon dikawasan bandar mewah dengan HSDPA , UMTS tetapi pengguna di kawasan kampung banyak yang menikmati GPRS sahaja.

Agak pelik apabila Kerajaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Kelantan cuba memberikan akses internet percuma pada kawasan bandar.

Yang lebih memerlukan ialah pengguna kawasan luar bandar.

Bagi saya setiap pekan kecil patut diberikan peluang wifi percuma di kawasan tertentu.

Jika benar ingin memberikan perkhidmatan internet percuma kepada rakyat. Apasalahnya kalau GPRS diberikan secara percuma oleh telco bagi semua orang. Barulah pengguna telefon bimbit prabayar di kawasan kampung berani sedikit untuk membuka laman web melalui telefonnya.

Jika ditanya mana-mana pengguna di kawasan kampung, pernah tak guna internet melalui telefon, alasan utamanya ialah mahal.

"Eh jangan, mahal kena bayar"

Kelajuan talian yang dinikmatinya hanya seciput berbanding dengan kos yang dikenakan.


Berbalik kepada tajuk, Individu atau lokasi?

Apabila internet diberikan kepada individu, mungkin akan tiba satu tahap dimana rumah tidak memerlukan streamyx lagi.

Bapa nak guna internet pada komputer, bluetooth ke telefon dan dapat HSDPA
Emaknya pula nak guna internet pada komputer, bluetooth ke telefon emak.
Anak nak guna internet perlu pinjam telefon emak atau bapa.

Apabila bapa perlu ke pejabat, dia menggunakan telefonnya sendiri untuk mengakses internet daripada komputer pejabat.

Mengapa perlu terlalu banyak lokasi lokasi yang menyediakan internet kalau pada peringkat individu semua orang mempunyai talian internet pada telefon masing-masing?




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 13 November 2008 pada 11:04 PG  

    Sepatutnya fungsi asas internet adalah untuk menghubungkan kawasan yang jauh menggunakan komputer..

    Asas kepada Internet adalah BBS (Bulletin Board System) macam Wildcat, Mustang, Searchlight, PCBoard dan lain-lain (seperti permulaan AOL).

    Dulu pada awal 90'an gua ader bagi servis BBS kat semua orang... gua ader 32 line tepon link pada server guna 4 bijik 8 port DIGIBoard... masa tue guna perisian Wildcat sebelum upgrade pi PCBoard.. hehehe...

    masa tue harddisk gua cuma 850Mbyte jer... hehehe... banyak tue... semua untuk hosting shareware, freeware dan public domain software... hehehehe


    Sekarang... equipment tue semua terletak kat store rumah gua kat kampung... hahaha... dah tak pakai lagi... buat sejarah.. nak jual sapa nak beli??? hahaha

    oleh itu.. berbalik kepada tajuk komentar sebol... gua rasa la.. kerajaan patut bagi servis internet percuma kat kawasan luar bandar.... bagi peluang orang kampung pon akses internet... baru adil...

  2. Tanpa Nama // 16 November 2008 pada 4:24 PTG  

    Salam TUAN Besbol,

    1.Monopoli dan "Equal Access"
    2.Kakitangan menjadi mangsa pengswastaan.

    Kisah sebenar amat menyedihkan......
    Buat survey,tanya kakitangan bawahan...
    Terutama buruh seperti saya.
    Kenapa ?
    Nama samaran dibawah masih kekal pergi kerja menunggangnya.



    Yamaha Y80 WBE 45..

  3. Samdaddycool // 20 November 2008 pada 8:24 PTG  

    Memangperlu akses internet luar bandar.. Zaman sekarang kebanyakan pembayaran bil, pendaftaran, rujukansesuatu keputusan boleh didapati online.Jadi memang internet dah menjadi keperluan sesetengah pihak (jimat masa)..

    Berbalik kepada isu kepada inividu atau lokasi.

    Jawapan bagi setiap orang, sudah tentu adalah INDIVIDU. Tetapi kalau tanya telco internet (internet provider), lokasi tu sudah memadai, kalau tak.. 'takbley carik makan maaa..'