Alamat blog

Pak Karamu, ada menulis MEMBELA KAUM ATAS DASAR AGAMA

Konsepnya lebih kurang dengan apa yang saya tulis dahulu :

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Ianya tidak dipersetujui oleh YB Khalid Samad ,Respon: PAS dan DEB

Apabila PAS majoritinya melayu, apabila dilihat sebagai pembela Melayu, ia akan kelihatan seperti berjuang atas dasar kaum.

Akan tetapi apabila PAS benar-benar menjadi pasti Islam pelbagai kaum, dan dilihat begitu sukar mendapatkan untuk kaum melayu, kaum kadazan, bidayuh dan kaum yang merasakan perlu dibela atas nama kaumnya.

Maka mungkin strategi pembelaan kaum boleh dilakukan.

Memang sudah lumrah manusia, kalau kita tidak perkauman sekali pun, kita akan menggelarkan seseorang berdasarkan kaumnya.

Itu budak cina
itu budak Melayu
Itu budak jawa

Pembelaan kaum cukup berbeza dengan ketuanan kaum tetapi kehilatan hampir sama kerana menggunakan nama kaum juga.

Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan.

Masalah Mat rempit itu masalah Melayu, kalau tidak masakan ianya menggunakan "Mat"

Pembelaan kaum, menggangkat seseuatu kaum daripada negatif kepada 0, dan bukannya daripada 0 kepada terlalu tinggi sehingga menjadi "Tuan".

Ada kaum merasakan perlu mereka dibela sebagai pembelaan kaum.
Ada kaum yang tidak merasakan perlu kerana sudah maju.

Agak menghairankan apabila PAS ada aktiviti sumbangan terhadap masyarakat India, sumbangan terhadap Persatuan kaum cina, tetapi tiada langsung "dialog dengan Melayu", "sumbangan untuk Masyarakat Melayu"

Walaupun banyak sumbangan dibuat kepada orang melayu, ianya tidak pernah disebut sebagai sumbangan kepada masyarakat melayu.

Mengapa?

Menyerupai UMNO?






Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 27 November 2008 pada 10:43 PG  

    Brother
    I agree with your earlier post.
    I think it's working.
    Well it's really opened my eyes.

  2. Kavi // 27 November 2008 pada 12:18 PTG  

    "Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan."

    agak susah untuk menolak idea saudara. Ianya memang tepat.

    Syabas.

  3. Tanpa Nama // 27 November 2008 pada 1:00 PTG  

    Takkan kita nak jadikan semua kaum menjadi satu kaum? Bukan bermaksud nak mengamalkan perkauman yang keterlaluan tapi jika semua kaum dikira sebagai satu kaum, dimanakah nilai dan maruah sesuatu kaum? Kita harus ingat bahawa Melayu tetap Melayu, cina tetap cina, india tetap india. Hakikat ini harus diterima tapi bukan bermaksud untuk mengamalkan perkauman... Negara masih boleh hidup dengan aman walaupun berbilang bangsa asalkan ada persefahaman dalam amalan masing-masing.

  4. bungaraya // 27 November 2008 pada 4:11 PTG  

    Salam
    Hasbullah Pit,
    Saya nak tanyani.
    Tolong jawab yah?
    Bagaimana jika Ali berkahwin dengan Sue Lin Liaw dan akhirnya beranak anaknya si Ahmad berkahwin dengan Scolastika ( Dusun ). Apakah kaum cucu si Ali tadi?

  5. Hasbullah Pit // 27 November 2008 pada 6:03 PTG  

    Bungaraya:

    Cucu Ali adalah ikut sama kaum dengan Ali kerana ikut sebelah bapa.

    Kalau Ali itu India maka cucu Ali yang dimaksudkan itu India.

    Kalau Ali itu Cina maka cucu Ali yang dimaksudkan itu cina.
    (Mengambil contoh Ali Seng, tauke mainan)


    Kalau Ali itu Melayu, cucu Ali itu Melayu.
    (Mengambil contoh Mohd Ali hi-way)


    Kalau Ali itu Negro seperi Muhammad Ali (tinju) maka cucunya yang dimaksudkan itu negro.

    Kalau Ali itu Arab, cucunya itu arab.

    Ikut sebelah bapa.

  6. ~PakKaramu~ // 29 Disember 2008 pada 9:43 PTG  

    Salam munjung Maal Hijrah