Alamat blog

Di Melaka kini Berlangsungnya Street Smart anjuran PETROSAINS di Mahkota Parade, sehingga bila ya?

Saya mengambil kesempatan itu untuk membawa Ben 10 dan Kubica berhibur sambil belajar secara percuma.

Satu mesin yang saya amar suka di situ ialah mesin Batak.

Mesin Batak sebegitu yang digunakan oleh pemandu F1 untuk menajamkan tindakbalas tangan dan mata.


Maka saya pun mencubanya, dan mendapat 54 mata dalam 60 saat.




Kemudian, setelah kanak-kanak selesai bermain batak, saya nekad untuk pecahkan rekod tadi, dan mendapat 64 mata. Ini buktinya.



Berpeluh juga.
Menurut staff PETROSAINS yang ada, rekod dunia adalah 120 seminit. Mungkin untuk Batak Lite


Bila diselidik melalui web, rupanya rekod untuk Batak Pro  114 seminit, dipegang oleh pemandu F1 Jensen Button.
Batak Pro lebih besar sedikit daripada Batak Lite.

Jadi, kepada sesiapa yang berada di Melaka, sementara Pasukan Street Smart masih lagi di Mahkota Parade, cubalah pecahkan rekod 64 hit seminit saya itu.

Tidak pasti samada mesin Batak itu dijual di Malaysia atau tidak, terdapat di gimnasium tempatan atau tidak.
Kalau tiada, gunakan peluang menggunakan Batak secara percuma.

Di PETROSAINS KLCC, anda perlu bayar tiket untuk bersukan.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. fandi // 18 November 2008 8:44 PG  

    eh, macam permainan telaga buruk. sama agaknya,

  2. cencurut // 18 November 2008 9:54 PG  

    Pergh... nanti marah plak Ahmad Tarmimi Siregar... sebab dia berketurunan "BATAK' ... hehehe

  3. zool // 18 November 2008 11:14 PTG  

    Ala.. Bile aku nak gi MP ni..
    tunggu gaji skg kering

  4. Ida // 20 November 2008 10:46 PTG  

    saya dapat 69 mata seminit!
    :D