Alamat blog

Daripada Jed Yoong, didapati Tony Pua telah menulis tentang Petaling Jaya yang dikatakan 'overdevelop'. Saya setuju.

Kini tiba masa untuk meningkatkan kualiti.

Di Melaka pula, di kawasan Banda Hilir, kawasan di situ tidak pula saya boleh klasifikasikan samada 'over develop' atau tidak.

Pada masa yang sama, banyak rumah kedai di bahagian belakang Melaka Raya yang kosong, terutama sekali berdekatan dengan pejabat Damian (Sebelah Tricomas), dan di kawasan berdekatan 'Andak SPA' begitu banyak yang kosong.

Akan tetapi di kawasan yang tidak jauh dari situ, Kawasan peniaga gerai makanan melayu telah dikorbankan hanya untuk dijadikan tempat parkir. Begitu juga Aked MARA yang dulunya ada 'Khadijah Tailor', berdekatan dengan sungai Melaka kini dikorbankan untuk pembangunan tempat letak kereta.

Pelik juga melihat 'Pembangunan' Banda Hilir.

Jalan di hadapan Dataran Pahlawan, tidak pernah lancar. Namun masih lagi didirikan satu lagi bangunan diantara Carrefour dengan Pusat Perubatan Mahkota.

Di kawasan situ juga ditelaknya Menara Taming Sari.


Dimana mereka hendak meletak kereta? Mungkin kedai makan 'Pak HItam' akan dikorbankan hanya untuk tempat letak kereta?

Zaman dahulu, Melaka agak popular dengan kedai Kraf Tangan di tepi padang. yang tidak jauh dari tepi laut, tempat makan sate. Boleh tengok ikan Temakul.

Bukan Tembakul, Temakul.

Pembangunan bukan kerja mudah bina, bina, bina, bina.

Bilangan kedai, perlu disembangkan dengan bilangan parkir , perlu diseimbangkan dengan perumahan, perlu diseimbangkan dengan jalan raya.

Kalau salah satu terlebih, maka ada yang terkurang.

Kawasan Tesco yang besar dan banyak parkir, tetapi tidak dapat diimbangi oleh jalan raya, dan kemudian ingin dibina pula Pusat membeli belah di sebelah Tesco?

Kawasan Semabok yang baru dimajukan agak seimbang, namum dikuatiri kawasan parkir akan tidak mencukupi jika semua bangunan diduduki.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. cencurut // 18 November 2008 10:04 PG  

    Inilah masalahnya kalau pegawai yang mengendalikan Jabatan Perancang Bandar dikawal kuasanya oleh orang politik dan ahli perniagaan..

    Sebagai contoh.. tidak ada diperuntukkan dalam "By Law" mana-mana Majlis Perbandaran ataupun PBT yang memperuntukkan bahawa setiap kawasan perniagaan yang mahu dibina perlu menyediakan kawasan parkir. Begitu juga peruntukan untuk laluan masuk dan keluar serta kaki lima.

    Sekarang ini susah untuk mencari bangunan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan ini. Malah bagi pasaraya "hyper", kemudahan "susur gajah" hampir tiada disediakan yang menghubungkan kawasan parkir dengan bangunan pasaraya.

  2. Taiko Blog // 18 November 2008 11:21 PTG  

    Sebelah Tesco tu Jaya Jusco...
    Kedai runcit kat Bandar melaka memang hancuslah lepaih ni..
    Meniaga goreng pisanglah korang

  3. chokilala // 22 November 2008 2:45 PG  

    btol tu.. jalan depan DP sesak je skrg ni. pasal peniaga kraftangan tu plak, kira okla kan sbb dorang dpt gerai dlm DP. tapi kesian la yg blkg2 sbb xlaku sgt