Alamat blog

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek.
Kata-katanya banyak yang merepek.

Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek.

Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri.
Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran.

Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan.

Lupakan sebentar tentang Ali Rustam.

Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam.

Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang 'kool' seperti 'Rausyanfikir' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya


Mungkinkah maklumbalasnya berbeza?

1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda.
Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Semenanjung tubuhkan Malaysia, orang Sumatera tubuhkan Indonesia.

Burhanuddin Al-Helmy, lebih cenderung untuk merdeka bersama. Tetapi disebabkan oleh penjajah tak sama, jadi merdeka tak sama.


Zaman dahulu, sesiapa sahaja boleh menyeberang menggunakan perahu untuk ke seberang. Tiada Passport diperlukan.

Zaman ini, "Bangi" yang lebih jauh daripada Melaka, kelihatan lebih dekat daripada Dumai.

Saya sendiri tidak pernah ke Dumai.

Zaman sempadan politik adalah sempadan segalanya, membuatkan mereka cukup jauh.

Sempadan internet pun dikira jauh.
Penduduk Dumai baca blog orang Melaka?
Penduduk Melaka baca blog orang Dumai.

Siapa yang memisahkan Melaka dan Dumai sehingga begitu "Jauh".
British dan Belanda.

Kenapa lebih mudah untuk orang Malaysia menyeberang ke Singapura?
1. bekas Jajahan British juga
2. Ada tambah Johor
3. Ada Linkedua

Mengapa mudah untuk orang Malaysia ke Selatan Thai?
1. Tak perlukan Jambatan,

Masih di dalam Malaysia, kenapa Pulau Pinang pesat membangun selepas adanya Jambatan sehingga perlukan jambatan lagi 1?

Saya sudah kata dulu Batalkan sahaja pembinaan Jambatan Pulang Pinang kedua

Sila baca perenggan di bawah tanpa rasa perkauman.

Mengapa bagi pulau yang majoritinya bukan Islam di binakan Jambatan? Mengapa pula apabila dicadangkan sahaja Jambatan untuk menyambung 2 kawasan majoriti Islam, banyak pula alasannya?

Alasannya hanya kerana Tak suka Ali Rustam Cadangkan?
Kena tunggu Husam Musa Cadangkan? Kena tunggu Anwar cadangkan? Kena tunggu Lim Guan Eng cadangkan? baru terima?


Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang.

Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau.

Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya.

"Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka.


Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi.

Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan.

Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.

Tidak semestinya kerajaan persekutuan kedua-dua negara.
Syarikat minyak kedua-dua negara boleh bergabung tenaga, PERTAMINA + PETRONAS.
Pelabur Arab pun boleh sediakan dana.


Banyak lagi dana dalam dunia ini boleh digunakan.




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. Hasbullah Pit // 25 Disember 2008 pada 9:58 PTG  

    test

  2. Tanpa Nama // 26 Disember 2008 pada 7:16 PG  

    Mengikut pandangan rakan-rakan dalam Platun 1 Jom Sumpit, kami sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Dari segi ekonomi memang ada logik untuk menaikkan taraf ekonomi Melaka. Namun jika dilihat dari keadaan fator kewangan,ekonomi, projek kacang putih di Melaka yang meruncing, kami melihatnya sebagai angan-angan mat jenin.
    Faktor utama cadangan ini tidak kami persetujui adalah kerana perairan Selat Melaka dan Indonesia itu sendiri yang telah disahkan termasuk dalam lingkaran kawasan gempa bumi dan juga kawasan tsunami. Jadi adalah tidak logik sekiranya cadangan ini di teruskan. Jika diteruskan juga, terima la padahnya nanti seandaikanya kejadian alam itu berlaku. Jangan salahkan Platun 1 Batelion Jom Sumpit. Haha

  3. Tanpa Nama // 26 Disember 2008 pada 2:46 PTG  

    Memang jika dilihat dari segi pertumbuhan ekonomi mungkin pembinaan jambatan ini boleh memberi sumbangan ke arah itu tapi jika dilihat dari segi pertumbuhan ekonomi sekarang yang sedang dilanda krisis, maka ia mungkin belum sesuai dilaksanakan...

  4. Tanpa Nama // 26 Disember 2008 pada 4:06 PTG  

    projek mcm menarik...
    em...tanpa jambatan pun dah penuh mat2 indon kt malaysia nie..so just imagine dah ade jambatan?

    p/s: klu ade jambatan,boleh aku pegi Medan...huhu..

  5. Tanpa Nama // 26 Disember 2008 pada 5:08 PTG  

    satu patern breaker yg ali rustam buat..tahniah!!menghubungkan negara islam..

  6. Tanpa Nama // 26 Disember 2008 pada 5:17 PTG  

    sila lawat laman web kami di http://b4bsrinawar.blogspot.com

  7. maun // 27 Disember 2008 pada 1:47 PTG  

    Salam,

    Walaupun aku bukannya pro UMNO atau BN tapi aku bersetuju dengan cadangan Ali Rustam. Ianya merupakan cadangan yang baik bagi Malaysia-Indonesia. Tapi masanya tak sesuai, mungkin lepas ekonomi pulih boleh kot. Aku tengok kat melaka dan bandar Hilir perancangannya teratur dan banyak tempat boleh dikunjugi berbanding ibunegeri lain seperti Ipoh atau JB. Bandarnya hidup, cuma bagi peluangle azan dilaungkan di Dataran pahlawan tu bila nak masuk waktu Maghrib atau 15 minit nak masuk waktu pasangkanlah kaset bacaan Al-Quran dan buatlah satu surau khas yang besar disatu kawasan yang masih kosong dekat ngan Dataran tu.takkan tak boleh, bangunan lain boleh dibuat. Tapi usaha-usaha Ali Rustam memajukan industri pelancongan diMelaka terutama sekita bandar hilir dan air keroh patut disokong. Takkan semuanya tak elok. Aku kalau bawak anak-anak lebih suka melancong keMelaka dari KL. Zoo melaka lebih baik dari zoo Negara. Cuma mendukacitakan dibawah dataran pahlawan tu cuma sekor duanya peniaga melayu yang menyewa..yang lain Cina..menyedihkan!!Yang baik tetap baik cuma seimbangkan dunia dan akhirat.

  8. Tanpa Nama // 31 Disember 2008 pada 11:47 PG  

    Setuju jika dibina jambatan. Tapi pastikan melalui tender terbuka supaya cost nya paling kompetitif dan tidak masuk ke kantung kroni-kroni. Tapi, yang pastinya Singapura akan bantah habis-habisan sebab dengan tersekat nya selat melaka, kapal2 tidak dapat lalu dan pelabuhan Singapura akan terjejas. Bagi malaysia, jika selat melaka tersekat, Malaysia boleh bekerjasama dengan Thailand. Projek terusan Songkhla boleh dibuat. Ini akan memajukan utara Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kuala Perlis ke pelabuhan Songkhla juga sudah siap. Ini boleh digunakan sebagai jalan darat dimana barang2 dagangan dipunggah dari kapal2 di Pulau Pinang atau Kuala Perlis dan di hantar ke kapal2 lain yang menunggu di Songkhla. Ini boleh menjimatkan kos dagangan.