Alamat blog

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah. Ini boleh dipanggil sebagai politik positif.

Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman.

Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman.

Apa itu politik positif apa itu politik negatif.

Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN.
Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan.

Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS.

Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan.

Jadi, Segala mak nenek cadangan Sofi Wahab supaya dilaksanakan oleh kerajaan Negeri semasa, sebenarnya boleh digubah dengan lebih positif.

Daripada cadangan Sofi Wahab, maka terbentuklah draf manifesto PAS 2012.


Ini draf sahaja, bukan betul-betul.

---mula---


1) Kerajaan PAS Melaka akan mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan PAS Melaka dan agensi kerajaan akan mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan PAS Melaka akan membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan akan memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan PAS Melaka dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan PAS Melaka, agensi kerajaan dan penternak akan duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan PAS Melaka akan mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan PAS Melaka dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.
 
---tamat---


Sekiranya PAS Melaka bermesyuarat betul-betul dan mengubahsuai dan meluluskan perkara di atas maka terbentuklah "Manifesto Penyelesaian Masalah Babi Melaka" 3 tahun lebih awal daripada PRU 13 .

Alangkah indahnya kalau PEWARIS dan GGMM memonoh bantuan PAS Melaka setahun lebih awal.


Mungkin ada diantara pembaca melihat catatan blog saya yang terdahulu sebagai satu yang negatif, namun bagi sesiapa yang berfikiran positif dan oportunis, ini adalah satu peluang untuk memperkasakan PAS.




Berpusing!!!!!!

1 komen

  1. Tanpa Nama // 31 Disember 2008 pada 9:37 PG  

    Hasbullah

    Tapi saya rasa masalahnya bukannya ladang berlesen tapi ladang haram tak berlesen ataupun "berlesen" rasuah.

    Saya rasa terlalu banyak penternak2 babi di Melaka sebab eksport ke Spura atau lain2 tempat.

    Ladang moden, seperti yang dikaji dibawah pimpinan Khir Toyo, harus dikaji oleh Melaka.

    Apakah dasar penternakan babi di Melaka? Ia mungkin beza sikit sebab negeri tu asalnya Straits Settlement dan adalah antara tapak tamadun awal di Malaysia, jadi budaya mungkin berbeza sikit dari kawasan2 lain yang lebih "isolated".

    Sekian.