Alamat blog

Terdapat satu ulasan di Tranungkite yang mengatakan perkataan Subsidi itu biadap.

PENGURANGAN HARGA = SUBSIDI ....(perkataan SUBSIDI ini perkataan biadap..walhal kita beli produk.....bukan dapat percuma terus!!!!! )

Apa bila saya mengatakan ianya memang subsidi, maka saya dilabel:

Dah hang tu MUKA SUBSIDI, sebab tu hang tak kisah....

Rupanya disebalik kehangatan "Tuntutan Turunkan Harga Minyak" rupanya ada manusia yang begitu fobia dengan perkataan subsidi.

Macam mana ni? nak harga minyak turun, tapi taknak guna nama "subsidi"?

Patutlah Tuntutan subsidi Makanan Rakyat tidak mendapat sambutan, mungkin kerana malu dan takut hilang keegoannya bila nak minta subsidi tapi nak minta turunkan harga minyak.

Mungkin saya kena ubah nama tuntutan itu kepada "Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat", barulah yang ego itu tak berapa malu nak tuntut.

Jatuh martabat mereka kalau minta subsidi.

Petani di Negeri Jepun sejak dari dulu mendapat subsidi, tetapi mereka tidak berasa malu pun.

Rakyat Malaysia, yang baru nak bermewah, fobia dengan perkataan subsidi.

Kalau benar tak mahu terima subsidi, atas sebab takut hilang ego, maka belilah kenderaan disel dan beli minyak disel pada harga industri.

Tapi mereka yang takut kehilangan ego itu, mahu tuntut penurunan harga minyak, tapi tak mahu terima subsidi.

Bukankah itu pelik?




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. suara // 16 Jun 2008 pada 4:01 PTG  

    Salam.
    Itu baru guna istilah 'subsidi'... kalau ditukarkan jadi perkataan 'sedekah' atau 'derma', mahu ada yang tak mahu tuntut penurunan harga minyak lagi.

    Sebenarnya kita semua kaya, tapi sengaja buat diri jadi miskin semata-mata kerana nak rasa hidup yang senang dan tak pentingkan hidup yang tenang.

    Apapun, ia hanyalah istilah, kenapa mesti rasa terhina...

  2. Tanpa Nama // 16 Jun 2008 pada 8:54 PTG  

    ke hadapan encik sebol;

    masalah ini serupa masalah penumpang bas yang bayar harga tiket tapi masih dituduh menumpang.

    soalannya, siapa jahat, sykt bas atau driver bas?

    syabas!

  3. Hasbullah Pit // 16 Jun 2008 pada 9:10 PTG  

    bumilangit,

    Barukutahu kenapa pengangkutan awam negara kita jauh ketinggalan,

    rupanya mereka menteri pengangkutan tak rela rakyatnya menumpang.

    heheh

  4. Letting the time pass me by // 16 Jun 2008 pada 11:34 PTG  

    Subsidi ke apa-apa kata la..

    Siapa yang paling banyak dapat subsidi? Itu menteri semua dapat subsidi, cuti luar negara, entertainment bla..bla..bla.. Tu semua apa kalau bukan subsidi? Imbuhan?

    Pada aku subsidi ke, gaji ke, bonus ke, itu semua duit..

  5. Acaii Jawe // 19 Jun 2008 pada 11:02 PG  

    disebabkan 'perkataan' je terasa hina, pelik sungguh manusia ni..ego terlalu tinggi..tah anak raja agaknya nak guna perkataan yg melambung2 dan melambangkan tingginya darjat seseorang,huhu..