Alamat blog

Saya bukan Fobia Subsidi

6/17/2008 09:05:00 PTG | ,

Saya bukan Fobia Subsidi.

Kenapa?

Saya dikelilingi dengan Nelayan yang dapat subsidi, dikelilingi pemandu teksi, kenal rapat dengan pesawah.

Semasa pilihanraya, nelayan yang menerima subsidi itu yang bersama-sama memasang bendera PAS.

Nelayan yang terima subsidi itu yang memasang bendera PAS di telah Selat Melaka. Saya tidak suruh, mereka yang pasang sendiri.

Takkanlah pula saya berasa hina dengan penerima subsidi apabila saya rapat dengan mereka.

Bayangkan kalau nelayan turun ke laut dengan harga RM 1.92 seliter, adakalanya hasil tangkapan tidak pulang modal. Kerana itu mereka memerlukan subsidi. Inikan pula bila harga minyak RM 2.70.

Nelayan di eropah yang maju itu pun menuntut subsidi kerana sektor perikanan mereka tidak lagi menguntungkan. Walhal ikan dinikmati oleh semua orang dengan harga yang berpatutan.

Jika benar menerima subsidi memalukan bagi sesetengah orang, ada baiknya "Elaun Keraian" Menter itu ditukarnama menjadi "Subsidi Keraian".




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Lily Abdullah // 18 Jun 2008 pada 1:01 PG  

    Untuk marhein ia dipanggil subsidi dan untuk menteri dipanggil elaun.

    Elaun sedap sikit bunyinya kut dan elaun tebal sikit kut.

  2. Tanpa Nama // 18 Jun 2008 pada 12:20 PTG  

    Subsidi untuk orang miskin
    Elaun untuk orang berada
    Komisen untuk menteri kot

  3. Acaii Jawe // 19 Jun 2008 pada 11:06 PG  

    setiap satu tu ada maksud yg tersendiri..:) cubalah tengok kamus dewan bahasa sblm diaorg nak pertikai..:) dah terang2 berbeza elaun ngan subsidi tu,huhu..sy bayar satu barang RM2..harga asal RM3 sbb kerajaan tanggung selebihnya..takkan RM1 tu elaun dari kerajaan,heheh.