Alamat blog

Setelah meneliti hujah Saudara Herman Shamsudeen supaya tidak membatalkan larangan pembelian minyak kenderaan asing, Memang ada benarnya, kerana masih beberapa sen per liter wang negara disubsidikan lagi.

Akan tetapi akibat daripada larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing yang dibuat secara tergesa-gesa itu juga telah menyebabkan:-

1. Warga Negara Malaysia yang berkenderaan Singapura terpaksa ke singapura untuk membeli Minyak.

2. Warga tempatan yang berkenderaan Thailand juga terpaksa masuk ke Thailand untuk membeli Minyak.

3. Pengusaha Stesyen Minyak di sempadan hampir gulung tikar akan menyebabkan beberapa pekerja tak dapat cari makan.

Disebabkan pembatalan larangan itu memberi manfaat kepada
warga Malaysia juga, walaupun rugi sedikit.

Maka terpulanglah pembaca untuk menilai samada pembatalan larangan itu wajar atau tidak.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 10:21 PTG  

    Bro sebol,Kadang2 kerajaan nih memang fikir komplikated sangat.Ape susah2 sangat,diorang nak isi minyak kat Malaysia,isi jerla,kita kan baik hati.Lepas tu time foreigner nih nak kluar dari Malaysia,meter lebih separuh atau tiga suku jer,kasik cukai kow kow sajer.Heheh setel problem.

  2. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 11:05 PG  

    Memang tak komplikated. Dah kata kita negara yang bertolak ansur, murah hati, sopan santun. Nak beli minyak murah? Sila kan sila kan.... Yang tang rakyat Thailand tu saya tak tahu sangatlah keadaannya, tapi kalau dengan orang singapore, kita kasi cukai kau kau pun diorang apa peduli, minyak kita pada mereka harga berapa sen je jadinya.

  3. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 11:25 PG  

    ni lah sikap sesetengah rakyat malaysia yang tidak bertanggungjawab, elok2 kerajaan subsidikan petrol sume, dibantai jual kt org luar, nk untung laa katakan. yang nelayan pulak dapat diesel subsidi, jual dekat laut, pastu minyak abis, bising.... kerajaan dan kita2 yg x buat kerja2 mcm tu jugak yang rugi dan susah..entahla..