Alamat blog

Saya tidak ingat dimana URLnya, tetapi saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang sendiri tanpa bantuan Persekutuan.

Semalam saya sudah berlari beberapa minit sebagai persediaan awal untuk menawan Jambatan Pulau Pinang dan untuk mengempiskan perut.

Saya nampak ada hikmahnya penganjuran sendiri Larian Jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP kerana PAS boleh meminta DAP untuk mengubahsuaikan waktu larian daripada sebelum subuh kepada selepas subuh.

Kalau tidak salah saya, sebelum ini larian bermula pukul 6 pagi, mungkin boleh dilewatkan ke 6:30 pagi dengan syarat kemudahan bersolat disediakan berdekatan dengan tapak perlumbaan.

Selain dari ini, Pemuda PAS Negeri Melaka boleh mengajak golongan muda mudi negeri melaka yang berbakat supaya dibawa ke Pulau Pinang sebagai mewakili Pemuda PAS Melaka. Rombongan 1 bas pun sudah memadai.

Selain dari itu, Pemuda DAP Melaka dan Pemuda PAS Johor pun boleh mengkempiskan perutnya.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 11 Jun 2008 pada 8:54 PG  

    Dulu lepas SPM saya ada menyertai larian nie. Masa tu umur 17 skrg nie dah masuk 31, rasanya dah tak mampu nak lari macam dulu lagi. Larian yang buat masa tu lebih kurang 24km (half marathon). Dan kena buat dalam masa kurang 4jam kalau tak silap baru dapat sijil dengan pingat (saya berjaya dlm masa kurang 3 jam).

    Bro kalau nak lari mesti sekurang-kurangnya buat latihan 10km, baru join kalau tak naik bas la kat jambatan tu (perkhidmatan bas disediakan bagi peserta yang tak mampu menghabiskan larian)

    Selamat berjaya...

  2. Tanpa Nama // 11 Jun 2008 pada 10:26 PG  

    harap PAS boleh highlightkan issue mula lepas subuh ini.

    Dulu ada member join larian nie. Start betul-betul dah nak subuh. Dia amik wuduk siap2, sembahyang je tepi jalan, dia start lari 10 minit kemudian.. dapat juga medal (lari di bawah masa ditetapkan)

    cuma dia kat, "kalau yang pandang semacam tu bukan Islam dia tak kisah, ini yang Islam pun pandang semacam je bila dia sembahyang tepi jalan tue"

    abahfateh - http://abahfateh.blogspot.com

  3. WY // 11 Jun 2008 pada 11:51 PG  

    That's a good idea. the organisers should be considerate to everyone, particular malaysians. :) I agree.

    DAP KL. :)