Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label Harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga. Papar semua catatan

Telah diberitakan kononnya harga 'barang' turun hari jumaat.

Zubli ada tanya:

Boleh Caya Ke Cakap Pemimpin Politik Harga Barang Turun Jumaat?


Maka tersebarlah sms kononnya harga 'barang' akan turun pada khamis malam jumaat, 24 okt 2008.

Khabar angin itu popular disebarkan di kalangan pengusaha stesyen 'barang', ada yang cuba membatalkan pesanan 'barang', ada juga yang mengeluh mempersoalkan kenapa syarikat 'barang' tertentu tidak membenarkan pembatalan. ada yang kata penurunan harga 'barang' 30 sen'. Macam-macam lagi.

Namun, ramai yang tertipu rupanya.

Mengikut logik akal yang asas, Mana ada orang suka 'barang' turun malam jumaat.




Berpusing!!!!!!

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan.



Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga.

Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga.

Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga.

Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan.

Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah.


"Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun"
"Harga minyak sawit juga naik"
"Akan tetapi nilai dollar merosot berbanding euro"
"Selain dari faktor permintaan, faktor kejatuhan USD juga adalah penyumbang kenaikan harga komoditi dalam USD"

"Harga minyak dalam Euro hanya naik 50% sahaja"
"Sekiranya nilai ringgit naik, dan matawang kita mampu untuk membeli barangan tanpa subsidi, maka tak perlulah begitu susah nak mengawal barangan"
"Makanan kambing juga turut menjadi murah"
(merujuk persoalan seorang kakak yang mengadu makanan kambing mahal).

"Jadi Soalannya ialah 'Sudahkan KPDN berbincang dengan Kementerian kewangan untuk mengkaji semula tambatan ringgit"

Dengan mudahnya Datuk Shafie Afdal mengatakan "Ya, Sudah berbincang dengan
Kementerian kewangan, dan Bank Negara"

Dia sendiri mengakui dengan meningkatkan nilai matawang Ringgit, masalah boleh dikurangkan. Akan tetapi dia tidak mengatakan sebagai ialah punca bagi masalah.

Bagi saya, Datuk Shafie Afdal yang sentiasa dijadikan kambing hitam dalam krisis kenaikan harga ini, sepatutnya menekan kementerian kewangan supaya masalahnya boleh dikurangkan.

Apakan daya, Menteri Kewangan I adalah boss nya.

Bagi pendapat saya, Roadshow untuk "menerangkan" krisis kenaikan harga adalah usaha sia-sia. Rakyat hanya perlukan keputusan, rakyat mahu barangan semuanya ada dan mampu dibeli. Rakyat tak peru tahu apa masalah KPDN.

Memang kalau mengikut sistem sedia ada, KPDN akan menjadi mangsa keada kesilapan kementerian kewangan. Mengapa perlu KPDN menerangkan masalah KPDN disebabkan oleh kesalahan kementerian kewangan tanpa memaklumkan bahawa ianya salah kementerian kewangan?

Akhir kata, Takkan kumaafkan kesalahan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit




Berpusing!!!!!!

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini".

Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember.

Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora, telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak.

Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan.


Kemudian ada lagi satu khabar angin yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan pada hari khamis atau jumaat. Samada ianya realiti atau tidak, saya pun tak tahu.

Pagi tadi saya terfikir, apa akan jadi pada subsidi nelayan jika harga minyak dinaikkan? Nelayan akan membayar RM 1 seliter atau ditambah sedikit dengan kenaikan itu? Buat masa ini belum ada berita dari LKIM.




Berpusing!!!!!!

Keanjalan Harga

7/27/2007 12:35:00 PG | ,


Orang selalu kutuk orang berniaga:

“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”


Hakikatnya itulah yang sering diperkatakan oleh pelanggan Melayu terhadap peruncit Melayu. Peruncit Melayu biasanya tak pandai "Buang" harga. Dari mana datangnya istilah buang harga ? saya pun tak tahu. Tetapi itulah istilah yang digunakan apabila seorang peruncit merendahkan harga sesuatu barangan untuk bersaing dengan peruncit yang lain.

Sebenarnya jarang saya jumpa peruncit Melayu main buang harga. Takut rugi. Tetapi mengapa peruncit bukan melayu dan peruncit asing boleh main buang harga?

Salah satu sebab peruncit asing, seperti Tesco boleh buang harga, sehingga lebih murah daripada "Harga Datang" adalah kerana pembekal telah membayar sewaan ruang kepada peruncit itu.
Jadi secara automatik kos sesuatu barangan yang melibatkan sewaan ruang itu akan turun.

("Harga datang" adalah istilah yang biasa digunakan bagi merujuk pada harga barangan yang dibeli oleh peruncit daripada pembekal).

Akan tetapi sewaan ruang oleh pembekal adalah hampir tidak wujud bagi peruncit tempatan (local retailer). Mahu tak mahu peruncit tempatan tetap perlu bersaing dengan peruncit asing yang gergasi itu. Peruncit tempatan perlu "buang harga" secara berhati-hati .

Dalam dunia teori pemasaran dan peruncitan, tiada yang "betul" dan "salah" yang nyata. Setiap teori atau idea boleh disangkal kebenarannya.

Ada peruncit yang cuba menggambarkan kedainya sebagai murah dengan merendahkan semua harga barangannya. Ada peruncit yang takut rugi memahalkan barangannya.

Sebenarnya tiada faedahnya kalau merendahkan semua barangan kalau kemurahan harga itu tidak diperasan oleh pelanggan. Jadi kalau peruncit merendahkan harga sesuatu barang, tetapi pelanggan tetap tidak perasan akan akan harganya rendah, adalah lebih baik dia tak rendahkan harga.

Begitu juga sebaliknya, kalau kita naikkan harga tanpa pelanggan rasa barang itu mahal, dan tetap membelinya. Apa salah naikkan harga?

Disitu letaknya keanjalan harga. Sesuatu item jualan perlu ada had apabila dinaikkan harganya. Dan apabila kita turunkan harga atas sebab promosi, biarlah ia menjadi termurah di kawasan setempat walaupun untuk tempoh terhad, walaupun kita rugi sedikit.

Kerugian sedikit disebabkan oleh buang harga sesuatu item jualan boleh diatasi dengan kenaikan sedikit harga barangan yang dinaikkan sedikit ke tahap yang tak tinggi.

Kita lihat keanjalan harga apabila ia hendak dinaikkan.

Ambil contoh 1 produk, ada tempat jual RM 1.80, ada tempat jual harga RM 1.90 ada tempat jual RM 2.

Jadi, kalau kita letak harga RM 1.80 = 34 laku --> nilai jualan = RM 61.20
tapi kalau letak RM 1.90 = 33 laku --> nilai jualan =RM 62.70
kalau RM 2.00 = 20 laku--> nilai jualan = RM 40.00
kalau RM 2.20 = 5 laku --> nilai jualan = RM 11.00
Tapi Tesco punya offer boleh turun sampai RM 1.69

kalau begitu adalah lebih baik kita jual dengan harga RM 1.90

Akan tetapi teori kenajalan harga ada buruknya, lambat laun pelanggan akan perasan juga kenapa di kedai kita Rm 1.90 , ada tempat lain RM 1.80.

kerana itu nilai Rm 1.90 dipilih, berbanding dengan RM 2.00 walaupun kalau jual RM 2.00 lebih jauh menguntungkan. Jangan sesekali jual RM 2.20 kerana dia akan nampak ketara lebih mahal drpd Rm 1.80, dan mungkin dialog “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.” akan timbul di hati mereka.

Lambat laun harga barangan RM 1.80 di tempat lain akan dinaikkan juga ke tahap 1.90, masa itu kita "tak naik".




Berpusing!!!!!!