Mari kita ramai-ramai melakukan bantahan terhadap kenaikan Tarif Elektrik dengan melaksanakan "Cadangan Bodoh 2"
Iaitu:
Tepat pada jam 10 malam, pada 1 julai 2008, tutup semua sumber elektrik selama 1 jam.
Sila salin dan tepekkan catatan blog ini dan siarkan di blog anda sebagai tanda sokongan.
Nyatakan Bantahan Kenaikan Tarif Elektrik dengan "Cadangan Bodoh 2"
6/16/2008 10:38:00 PG | Bantahan, politik, TNBBerpusing!!!!!!
Membantah Kenaikan Tarif Elektrik Kalau Belum Cuba Ladang Kincir
6/05/2008 02:20:00 PG | Ekonomi, Kincir Angin, politik, TNBDengan Ini saya membantah sebarang kenaikan tarif elektrik, kerana keuntungan TNB dan IPP adalah cukup banyak.
catatan saya yang terdahulu.
Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion
Secara kasar, TNB untung 6 bilion setahun.
Kerajaan sepatutnya menggalakkan TNB dan IPP untuk mengadakan sumber tenaga elektrik menggunakan ladang kincir, sebagai ganti subsidi terhadap TNB dan IPP yang dikurangkan, bukannya dengan menaikkan tariff elektrik.
Saya hanya merelakan kerajaan untuk membenarkan TNB menaikkan tariff Elektrik sekiranya Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik
Berpusing!!!!!!
Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik
2/04/2008 11:20:00 PTG | Ekonomi, Najib, pelaburan, politik, Sime Darby, TNB"Tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik"
Bayangkan kalau seorang Timbalan Perdana Menteri berkata sebegitu.
sebenarnya, Najib berkata
“You can’t review gas prices without looking at the (electricity) tariffs because otherwise the market will dump TNB (Tenaga Nasional Bhd) shares,”
Itulah akibatnya apabila sumber tenaga alternatif tidak dicari.
Itulah akibatnya, apabila "kos di atas kertas" meningkat dan TNB akan rugi, (walaupun baru lepas untung besar).
Dari sudut pelaburan pula, pelabur cukup suka jika ada berita "tarif elektrik akan dinaikkan", kerana ia akan menaikkan harga saham TNB secara mendadak. Ditambah pula dengan pengumuman Hukum melabur di ASB adalah Harus. Tidak hairan kalau indeks akan mencecah 15++ mata sekali lagi seperti sebelum kejatuhan akibat kegusaran pelabur tentang krisis sub-utama di Amerika Syarikat.
Tidak hairan kalau indeks akan dilonjakkan setinggi-tingginya ketika pilihanraya untuk membuktikan bahawa kerajaan BN bijak menarik pelabur. BSKL yang bianya menjadi petunjuk ekonomi akan menunjukkan bahawa "Ekonomi Malaysia baik".
Akan tetapi, pada firasat saya, saham TNB akan lebih melonjak jika ladang kincir diusahakan dengan kerjasama Sime Darby.
Berpusing!!!!!!
Ladang Kincir (Bukan ladang khinzir)
2/02/2008 12:16:00 PG | Ekonomi, Kincir Angin, politik, tenaga, TNBMalaysia bumi bertuah,
Ada minyak untuk dijadikan tenaga
Ada sawit untuk dijadikan tenaga
Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga.
Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km.
Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital).
Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai.
Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia,
"Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik"
Rasanya ramai yang jawap tidak.
Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik.
Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga.
merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power, hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin.
Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga berbelas peratus.
Denmark : 19%
Portugal: 9%
Sepanyol : 9%
Jerman: 6%
Akan tetapi Jerman adalah penjana elektrik menggunakan angin yang terbanyak dunia iaitu sebanyak 22,247 MW.
Saya sendiri kurang arif, berapa banyak "22,247 MW" itu.
mungkin cukup untuk 1 negeri? atau separuh dari Malaysia
Mari kita kaji.
merujuk kepada carta jumlah perbandingan penggunaan elekrik antara negara pada tahun 2002, Malaysia adalah di tangga ke 32.
Kuat juga rakyat Malaysia mentekedarah elektrik.
Akan tetapi jika dilihat, senarai negara yang menjana elektrik dari angin, Malaysia tidak pun masuk top 36
Installed windpower capacity (MW) | ||||
---|---|---|---|---|
Rank | Nation | 2005 | 2006 | 2007 |
1 | Germany | 18,415 | 20,622 | 22,247 |
2 | United States | 9,149 | 11,603 | 16,818 |
3 | Spain | 10,028 | 11,615 | 15,145 |
4 | India | 4,430 | 6,270 | ~ 8,000 |
5 | China | 1,260 | 2,604 | ~ 6,000 |
6 | Denmark (& Feroe Islands) | 3,136 | 3,140 | |
7 | Italy | 1,718 | 2,123 | 2,726 |
8 | United Kingdom | 1,332 | 1,963 | 2,388 |
9 | Portugal | 1,022 | 1,716 | 2,065 |
10 | Canada | 683 | 1,459 | 1,770 |
11 | France | 757 | 1,567 | 2,100 |
12 | Netherlands | 1,219 | 1,560 | |
13 | Japan | 1,061 | 1,394 | |
14 | Austria | 819 | 965 | |
15 | Australia | 708 | 817 | |
16 | Greece | 573 | 746 | 871 |
17 | Ireland | 496 | 745 | 866 |
18 | Sweden | 510 | 572 | |
19 | Norway | 267 | 314 | |
20 | Brazil | 29 | 237 | |
21 | Egypt | 145 | 230 | 580 |
22 | Belgium | 167 | 193 | |
23 | Taiwan | 104 | 188 | |
24 | South Korea | 98 | 173 | |
25 | New Zealand | 169 | 171 | 322 |
26 | Poland | 83 | 153 | 280 |
27 | Morocco | 64 | 124 | |
28 | Mexico | 3 | 88 | |
29 | Finland | 82 | 86 | 110 |
30 | Ukraine | 77 | 86 | |
31 | Costa Rica | 71 | 74 | |
32 | Hungary | 18 | 61 | |
33 | Lithuania | 6 | 55 | |
34 | Turkey | 20 | 51 | |
35 | Czech Republic | 28 | 50 | |
36 | Iran | 23 | 48 |
Tiada langsung usaha untuk menjana elektrik dari angin, lihatlah Jerman, begitu bersungguh-sungguh.
Bayangkan kalau Malaysia boleh menjana elektrik sebanyak yang jerman janakan, agaknya berapa bilion ringgit wang negara boleh dijimatkan?
Jadi, oleh itu dicadangkan supaya diperbanyakkan Ladang Kincir.
(sumber gambar)
Berpusing!!!!!!
Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion
1/17/2008 12:51:00 PG | Arang Batu, Ekonomi, Minyak, politik, tenaga, TNBTenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion. During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously.
Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar.
Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing. Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain.
Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca dari kelambatan PakLah melepaskan tambatan Ringgit.
Kesilapan Paklah (matawang rendah) => Kos naik => Tarif naik => Rakyat Bayar
boleh diringkaskan sebagai:-
Kesilapan Paklah => Rakyat bayar.
Diolah dalam ayat biasa:-
"Rakyat membayar berbilion atas kesilapan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit"
Berpusing!!!!!!