Selama saya hidup, saya tak pernah ada kamera digital.
Yang saya ada hanyalah kamera pada telefon, kalau dulu guna Nokia 6020, selepas itu Sony Ericsson k800i.
Bila sudah ada SE k800i barulah terasa seperti ada kamera digital sendiri.
Namun oleh kerana kecanggihan telefon ini, saya boleh hantar gambar ke komputer (mac atau PC) menggunakan bluetooth.
Soalan bodoh saya ialah:
Ada tak pembuat kamera digital (yang bukan telefon) yang boleh hantar gambar menggunakan bluetooth ke peranti bluetooth lain?
Ada sesiapa tahu penguasaan pasaran (market share) digital kamera di Malaysia?
Siapa nombor 1?
p/s: Gambar kamera & persoalan ini timbul setelah membaca http://myalycia.blogspot.com/2007/08/oh-kamera-ku.html
Soalan Bodoh: Kamera yang ada bluetooth?
9/03/2007 01:44:00 PTG | 6020, bluetooth, Digital, k800i, Kamera, Nokia, Sony EricssonBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sebol, kamera yang dalam kategori mana? consumer/prosumer/profesional? Yang nampak banyak orang guna macam Samsung/Sony..alang alang beli elok beli yang pro saja mcm Sony DSLR,,body saja rm3K hehehehe...
kalau ikut nak, mesti nak yang habis baik punya.
dsl pergh memang best.
dari dulu hobi aku ambil gambar, tapi fact is aku tak pernah ada kamera sendiri.
mungkin salah satu sebab aku kedekut nak spend duit untuk hobi.
aku pun tatau kenapa.
kalau ditakdirkan suamiku ada niat nak belikan camera untuk ku, kuserah pertimbangan nak beli yang mana kepada dia.
normally dia lebih tahu techical.
tak mahu pisang berbuah dua kali, macam masa dia belikan henfon dulu.
hanya kerana taknak 3G, aku terlepas henfon yang kool itu.
so far kan bang, yg saya tahu paling laris Nikon dan Canon.
tapi pilihan saya pada Nikon.
bagaiman pula dengan encik ??
:)
Aku raso sebol, ko pi le cipta SATU kamera yg canggih, yg ado alarm ke?? atau pun sambil ambik gambo bole minum air dari kamera tu...
ekekekekekeeeeeeee
Maaf...kakjie ni pengguna telefon gengam(?), telefon bimbit (?) sejak zaman Motorola sebesar batu bata, semahal 5k tahun 1991,zaman atur 010 tapi hp kakjie skrg hanyalah nokia cikai cap ayam...kamera tak de,3g tak de..yg ada line tetap berbayar setiap bulan.
Mgkn kakjie tak cukup power nak mengejar teknologi.
talefon atur seberat seterika 2kg tu ada bawah katil Angah! :p
Aku cerita pasal sony ericsson dia cerita pasal tidur
Aku cerita pasal kamera, dia cerita pasal telefon...
Kak jie... Kakjie...
takpe lepas ni ada cerita pasal Telefon dan Kamera.
@Rostum
Aku rasa prosumer kot, tapi yang paling ringkas.
DSLR? Aku takut under utilise nanti.
@Wawa
i sony_ericsson(love) you
@Lily
Setelah kugoogle, Canon nombor 1 dalam marketshare, tapi itu tak menggambarkan ia the best.
Lily punya Nikon model apa?
@Nordin Sulaiman
Kenapa tak komen hari ni?
berbalik pada soalan encik sebol, kamera saya Nikon D70s
tak gempak mane pong~