Alamat blog

Disebabkan tersalah haribulan, maka saya terpaksa beli baju baru kerana tinggal di Kawasan Lembah Kelang ekstra 1 hari.

Baju Abah, Jersi Malaysia dan juga boleh dijadikan baju untuk dipakai pada hari Sabtu.
Lebih Patriotik berbanding baju BERSIH kerana ada bendera Malaysia

Baju Umar, Autobots.

Majlis Aqiqah berlangsung.


Rupanya NSX pun datang, maka sempat saya culik anak dia untuk bergambar bersama Umar dan Hamzah.

Tapi bagi saya, yang menyeronokkan ialah cakap-cakap politik antara adik beradik saya.
Timbul persoalan "Kenapa semasa Tunku Isytihar Kemerdekaan Ghafar Baba disebelah dan bukannya Tuan Haji Pit?"
Maka saya pun menjawap, "Kerana dia sudah keluar dari UMNO".

Timbul lagi satu persoalan, Kenapa Dato Onn mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu sehingga dia dilabel sebagai pengkianat melayu?

Ketika itu belum merdeka, kerakyatan belum diberikan kepada bangsa asing, ada di antara mereka masih baru di Tanah Melayu, Masih boleh lagi untuk tidak memberi kerakyatan.

Akan tetapi, orang melayu lebih memilih Tunku yang begitu murah memberikan kerakyatan.

Dan sekiranya UMNO dibuka kepada kaum asing, maka UMNO boleh mengawal kerakyatan yang diberikan kepada bangsa asing.

Namun, 50 tahun selepas Merdeka, dan kerakyatan telah diberikan, ia amat mustahil untuk ditarik balik, terutama sekali apabila seseorang itu memang sudah lahir di Malaysia.
Ianya telah berlalu.

Jadi apa yang penting sekarang ialah menjaga integrasi kaum, tanpa mengurangkan apa yang orang Malayu dapat.

Tapi apa yang berlaku sekarang ialah, Integrasi kaum tidak terjaga, tetapi hak orang melayu terhapus sedikit-demi sedikit. 'DEB' sering dijadikan alasan untuk mereka meminta dan mendapat lebih.

Nak dihapuskan setinggan, apa salahnya keluarkan geran untuk 'legalized'kan mereka.
Kalau tak roboh setinggan, dapat 'penyapu'.


Kembali ke cerita asal, antara yang saya cemburu akan akak dan abang saya ialah mereka pernah mengikuti Arwah Abah ke Ceramah Burhanuddin Helmi dan Dato Onn. Sesuatu yang tak akan saya nikmati ketika ini.

Sebagai alternatif pengganti Dato Onn dan Burhanuddin Helmi, zaman sekarang ada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.



Orang Melaka, Muar, boleh ke Kampung Tedong hujung minggu ini.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. rastom // 19 November 2007 pada 2:00 PG  

    Idea hadiah penyapu! Sungguh mengangkasa tu, persis penyapu para witches yang boleh terbang ke angkasa. Ini tentu gara gara demam angkasawan SMS. Kalau hadiah penyapu digital boleh remote control mungkin boleh kita banggakan Selangor ke arah IT. Tapi penyapu kudik macam tu P Ramlee dah guna buat props masa nyanyi "aci aci buka pintu"..nana Toyo balik hai pukul satu!

  2. Orked // 19 November 2007 pada 2:37 PTG  

    penyapu....emmm...entahlah..saya yg tinggal di MDHS ni rasa ok je, kami aman damai, tak der masalah cyber cafe haram, rumah urut, pusat judi haram... mgkn ini tidak termasuk dalam penilaian kot....hanya krn kutipan cukai tidak memenuhi taget..terus di bagi penyapu....majlis daerah lain yg berserabut dgn 1001 satu masalah..longkang...gerai haram..bengkel haram.. dsbnya tapi dpt "KUTIPAN" tinggi....dibanggakan.

    MDHS tu kawasan terpencil..nilai harta tanah pun tak mencecah jutaan ringgi, tapi daerah ini LEBIH bersih dari majlis daerah lain di selangor.

  3. Tanpa Nama // 21 November 2007 pada 10:16 PG  

    kampung tedung? 24 nov?sabtu ni??...hoho...tak jauh tu turun dari batu pahat singgah TMJ(taman merlimau jaya) kemudian dengar ke kg tedung.. hmmm...macam nak pegi...tapi... :D