Alamat blog

Kembali ke Linux

11/16/2007 07:19:00 PTG | , , , ,

Sudah lama tidak kemas kini blog.

Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi.

Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru.

Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya.

Ada lagi gambar kawin dulu-dulu.

Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu.


Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6
Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya.
Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8.
Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus.

Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaksa dibuang dahulu untuk yum upgrade boleh dilakukan.

Saya kini boleh menggunakan pelungsur web kegemaran ku semula, Epiphany.

Yang menyeronokkan ialah Epiphany membolehkan saya klik-kanan pada blog mak merah
Banyak lagi perkara perlu dilakukan.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Sharuzzaman // 17 November 2007 pada 4:42 PTG  

    Selamat kembali menggunakan Linux. Terjemahan Fedora telah menggunakan infrastruktur baru yang agak kompleks. Saya sendiri tengah membiasakan diri dengan sistem tu

  2. Acaii Jawe // 18 November 2007 pada 12:17 PG  

    slm bro,
    waa, dulu mmg ada godek2 redhat linux tapi tak reti sangatla,hehe..:) sayangnya..tapi bro mmg lagi advance dari sylah tentang sume ni,huhu

  3. Tanpa Nama // 18 November 2007 pada 9:38 PTG  

    fedora?1st gue dengo benda tu..hehe :D

  4. Hasbullah Pit // 18 November 2007 pada 11:06 PTG  

    @sharuzzaman

    kau study dulu la fedora punya l10n, aku rasa fokus aku sekarang ni:-

    1. nak tolong NSX firefox l10n
    2. idupkan balik akaun GNOME aku supaya aku boleh sikit2

    @faisal / Acai

    untuk ko aku rasa sesuai
    "Ubuntu Studio"
    http://ubuntustudio.org


    @kumbang
    aik
    Ubuntu pernah dengar?

  5. Irwan // 19 November 2007 pada 3:16 PG  

    Selamat kembali ke alam open source & free software. Ingatkan nak jadi macam lagu Rabbani, pergi tak kembali.

    Ni install Fedora kat pc lain ke atau dual-boot dengan Mac OS X?

  6. Hasbullah Pit // 19 November 2007 pada 3:58 PG  

    Kat PC lama
    aku tak install..
    sebelum ni first hdd je rosak, grub rosak sekali.

    lepas tu lepas install ubuntu, rupanya grub ubuntu tu nampak fedora,
    apa lagi aku pun but fedora terus.

    tapi sekang ni tengah tak abis2 yum upgrade ke Fedora 8.

  7. Tanpa Nama // 20 November 2007 pada 10:10 PTG  

    dan aku hanya memerhati dan mendengar perbualan korang.. :D pernah dgr tapi tak pernah guna dan explore dgn benda2 nie :D