Alamat blog

Semalam saya menonton seketika Anugerah Juara Lagu ke-n (n 0 Integer yang saya lupa).

Saya amat terpesona dengan Kreomatografi lagu Destinasi Cinta nyanyi Siti Nurhaliza. Walaupun saya mempunyai Album Transkripsi Siti Nurhaliza, namun itu bukan lagu yang saya suka dengar, tidak tahu pun itu popular. Kufikir ia hanya pelengkap album sahaja.

Mari kita lihat video ini:-
(bukan akaun youtube saya)


Tertarik sungguh saya akan tariannya dan muziknya. Seakan ada unsur "perang", Ada beberapa panji ala Cina berwarna hijau, mengepung penari yang berpakaian seperti tentera Rom. Terus saya teringat kisah lama bagaimana Islam menumbangkan Rom pada peperangan Yarmuk, walaupun bilangan tentera Rom 5 kali ganda. Ketika dalam masih peperangan Komander tentera Khalid al-Walid diturunkan pangkat, Namun dia tetap berjuang kerana katanya "Aku Berjuang Bukan Untuk Umar".

Berbalik kepada Tentera Rom Siti Nurhaliza, ia kelihatan cuba bergerak, namun tak bergerak. Walaupun berpusing-pusing, Akhir sekali, Panji Cina berwarna Hijau ala Bendera PAS berkibar semula.


Apakah tafsiran bagi tarian sebegitu?
mungkin ...

"Dengan sokongan orang cina terhadap Islam, Tentera Rom pun dapat dikalahkan".

atau

"Tak mustahil Parti yang kelihatan kuat seperti tentera rom untuk dikalahkan"

atau

"PAS memerlukan lebih ramai cina islam (bukan setakan sokongan cina bukan islam) untuk menjatuhkan Parti yang kelihatan kuat seperti Tentera Rom"

atau

"Tentera Rom yang kalah ketika perang Yarmuk kini menutup aurat"

atau

"Tentera Rom Siti Nurhaliza asalnya tidak menutup aurat, akan tetapi melihat akan tindakan melampau terhadap Faizal Tahir, maka tentera Rom itu tutup aurat"

Saya pun tak tahu apa mesej yang hendak disampaikan oleh tarian tentera rom siti Nurhaliza itu, mungkin anda pun boleh reka sendiri tafsirannya.

Dan mungkin tentera rom itu sebenarnya bukan tentera rom, tetapi orang scotland yang memakai kilt seperti IDa, tetapi tak jumpa kain petak-petak.
Maka dililitkan kain seperti "pangkah" pada bendera scotland supaya kelihatan seperti orang scott.

Eh, ada pangkah?
Ada bendera Hijau?

oooo mungkin Siti Nurhaliza maksudkan ialah "Undilah PAS"




Berpusing!!!!!!

13 komen

  1. Azhar Ahmad // 29 Januari 2008 pada 12:36 PG  

    Sebol, kamu memang pengulas yang amat baik. hahaha. Serasa tak sabar pula nak menunggu entri sebegini lagi! hahahahaha

  2. adi // 29 Januari 2008 pada 9:17 PG  

    hahahha.. sempat juga berkempen .. al maklum ajer la.. dah dekat PRU 12..

  3. Zana S // 29 Januari 2008 pada 9:55 PG  

    hehe..sabarjela.. tapi kat bendera tu ada tulis CT. kira2 undilah CT ek? :D

  4. Hasbullah Pit // 29 Januari 2008 pada 10:24 PG  

    @Azhar Ahmad:

    Kepala otak aku fikir yang bukan-bukan :)

    @Adi:
    bukan nak kempen, tapi cuba mentafsir sahaja.
    Orang BN boleh tafsirkan video itu sebagai
    "Islam Hadhari mampu mengalahkan Rom"


    @Zana Sadri:
    Tak nampak pun tulisan CT di bendera itu.

  5. Acaii Jawe // 29 Januari 2008 pada 4:26 PTG  

    hahahahaha, tak tahan betulla kesimpulan bro tu,hehee..:) emm, byk2 lagu siti mmg yg tu sy paling suke, even sblm lagu tu terkenalpun,hihii

  6. SisHoney // 29 Januari 2008 pada 10:06 PTG  

    bagus la tafsiran en.sebol nie.mana tau kan...kita yg xtau manfsir nie hanya main tgk je..pemikir seperti en.sebol jugak yg rajin memikir.tahniah!

  7. Sarah Mohd Shukor // 29 Januari 2008 pada 10:24 PTG  

    salam bro.

    wah. tafsiran satu persatu yg hebat. sy rasa takde org yg memerhati dan memerincikan smpai mcm ni skali. tp apa2pun baju siti dan 'tudung'nya tu mmg sgt kelakar :)

  8. Tanpa Nama // 31 Januari 2008 pada 4:38 PTG  

    huhu..sebol memang blh jadi ahli pemikir nie..sebab lain daripada yg lain..kadang2 bleh paham..kadang2 tak bleh :P

  9. Ajami Hashim // 1 Februari 2008 pada 4:33 PG  

    muahahah! blog neh mcm best!.. rasanyer mmg best pun!!!.. cayalah!

  10. Nadlique // 1 Februari 2008 pada 10:44 PTG  

    Masa saya tgk AJL kat TV3 punya website, tgk Siti Nurhaliza nyanyi, saya rasa, apa pelik sgt fesyen dia ni. Ingatkan dia pakai baju hujan ke apa. Maklumlah, online streaming tak clear.

  11. Hasbullah Pit // 2 Februari 2008 pada 12:09 PG  

    @nadlique
    Anda boleh menafsir pergerakan penari itu dari aspek pelaburan.

    pergerakan seperti berjalan tak bergerak itu seperti BSKL pada tahun 2003
    cuba nak naik tapi tak naik-naik

    hehe

  12. Hasbullah Pit // 2 Februari 2008 pada 12:11 PG  

    @sarah shukur
    Tudung heliza lagi kelakar.

    @sishoney
    sejak ramal gempabumi dulu, rasa ketagih pula.

    @faisal, vangardx

    aku dah ajak ashterix lawan, dia tanya "bila".

  13. Tanpa Nama // 7 Februari 2008 pada 8:20 PTG  

    kostum siti macam robin hood @ peterpan pon ade...ke x