Alamat blog

Malaysia bumi bertuah,
Ada minyak untuk dijadikan tenaga
Ada sawit untuk dijadikan tenaga
Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga.

Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km.

Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital).

Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai.

Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia,
"Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik"

Rasanya ramai yang jawap tidak.

Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik.

Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga.

merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power, hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin.

Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga berbelas peratus.

Denmark : 19%
Portugal: 9%
Sepanyol : 9%
Jerman: 6%

Akan tetapi Jerman adalah penjana elektrik menggunakan angin yang terbanyak dunia iaitu sebanyak 22,247 MW.

Saya sendiri kurang arif, berapa banyak "22,247 MW" itu.
mungkin cukup untuk 1 negeri? atau separuh dari Malaysia

Mari kita kaji.
merujuk kepada carta jumlah perbandingan penggunaan elekrik antara negara pada tahun 2002, Malaysia adalah di tangga ke 32.

Kuat juga rakyat Malaysia mentekedarah elektrik.

Akan tetapi jika dilihat, senarai negara yang menjana elektrik dari angin, Malaysia tidak pun masuk top 36

Installed windpower capacity (MW)
Rank Nation 2005 2006 2007
1 Germany 18,415 20,622 22,247
2 United States 9,149 11,603 16,818
3 Spain 10,028 11,615 15,145
4 India 4,430 6,270 ~ 8,000
5 China 1,260 2,604 ~ 6,000
6 Denmark (& Feroe Islands) 3,136 3,140
7 Italy 1,718 2,123 2,726
8 United Kingdom 1,332 1,963 2,388
9 Portugal 1,022 1,716 2,065
10 Canada 683 1,459 1,770
11 France 757 1,567 2,100
12 Netherlands 1,219 1,560
13 Japan 1,061 1,394
14 Austria 819 965
15 Australia 708 817
16 Greece 573 746 871
17 Ireland 496 745 866
18 Sweden 510 572
19 Norway 267 314
20 Brazil 29 237
21 Egypt 145 230 580
22 Belgium 167 193
23 Taiwan 104 188
24 South Korea 98 173
25 New Zealand 169 171 322
26 Poland 83 153 280
27 Morocco 64 124
28 Mexico 3 88
29 Finland 82 86 110
30 Ukraine 77 86
31 Costa Rica 71 74
32 Hungary 18 61
33 Lithuania 6 55
34 Turkey 20 51
35 Czech Republic 28 50
36 Iran 23 48




















































Tiada langsung usaha untuk menjana elektrik dari angin, lihatlah Jerman, begitu bersungguh-sungguh.

Bayangkan kalau Malaysia boleh menjana elektrik sebanyak yang jerman janakan, agaknya berapa bilion ringgit wang negara boleh dijimatkan?

Jadi, oleh itu dicadangkan supaya diperbanyakkan Ladang Kincir.



(sumber gambar)




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. rastom // 2 Februari 2008 pada 11:26 PTG  

    Tuan Sebol,

    Setiap kali main Sim City, saya akan pasang kincir angin banyak banyak. Orang Jerman yang pandai yang pernah saya jumpa banyak menegur tentang banyaknya sumber asli Malaysia yang tidak dijana. Angin itu satu hal. Dia datang dengan alat letronik seperti radio, hp dsb yang guna tenaga solar. Pakar Jerman jugalah yang dipanggil untuk adjust kebersihan kilang simen di Telok Ewa Langkawi. Sungai Sein yang dulu kotor sekarang ikan membiak dan air boleh diminum.

    Jangan lupa, kalau kincir angin dan tenaga solar mampu dilaksanakan, TNB dengan budaya koporat yang pelahap tidak akan diam. Budaya koporat Malaysia sangat tamak dan tidak mesra alam. Koporat Barat pun tamak tetapi undang undang ekosistem mereka itu patut di contohi.

  2. Tanpa Nama // 2 Februari 2008 pada 11:34 PTG  

    Namun, jika kita fikirkan (bak kata rastom) kita mempunyai tanah yang luas. Say terlupa perbandingan antara satu empangan hidroelektrik boleh menghasilkan tenaga yang sama banyak dengan puluhan (yang saya pasti lebih dari 50) kincir angin. Juga faktor budaya...

    Kalau betul2 nak buat, satu cara yang best. Kita gunakan angin monsun. Letak ladang kincir sepanjang-panjkang timur...

    Ahahah, dapat juga menjana kewangan, dengan cara rendahkan bayaran elektrik...

  3. mad redo1 // 4 Februari 2008 pada 3:21 PG  

    mengapa tidak pernah terfikir oleh mereka yang mengusahakan pusat peranginan di pulau2 untuk memaksimakan sumber alam yang banyak seperti tenaga matahari dan tiupan angin untuk menjana elektrik di sana...

  4. Tanpa Nama // 4 Februari 2008 pada 11:38 PTG  

    mungkin menda nie boleh jadi modal utk kerajaan meraih undi..agaknya la..kiranya setiap negeri akan ada ladang khinzir nie..ops kincir dgn syarat pangkahla saya :D

    aku rasa kos dia tinggi kot..tu yg tnb tak pasang2 tu

  5. Hasbullah Pit // 4 Februari 2008 pada 11:58 PTG  

    Tuan Rastom:

    Cadangan Ladang Kincir itu tidak mengenepikan TNB, kerana TNB tetap kawal pengagihannya dengan "TNBD", ladang kincir boleh diusahakan oleh IPP, atau IPP baru.

    Sime Darby boleh letak kincir di ladang Sawitnya, kemudian boleh jual pada TNB.

    Acai boleh letak kipas disetiap baru pokok naganya untuk dijadikan kincir, dan tak perlu buat empangan elektrik hidro yang baru.

  6. Acaii Jawe // 5 Februari 2008 pada 8:20 PG  

    Slm bro sebol,

    hehehe..lawakla bro ni, kebun sy tu dahla kecik ciput je, tanahpun tak luas sangat..:) terlindung dibalik pokok plak tu,hehee...:)

    rasenya kincir angin ni sesuai kat tpt yg selalu berangin je..maksudnya kadar tiupan angin dia lebih byk dari tpt2 lainkan bro..:) contohnya kat mesia ni mcm kat padang layang2 kat johor tu,hihi..24 jam berangin..

    kat germanypun diaorg taruk kat persisir pantai ga, mungkin kat mesia boleh taruk camtu kot,hehe..beberapa KM kat laut china selatan ker, tapi takut dilanggar kapalla plak,huhu..

  7. Tanpa Nama // 6 Februari 2008 pada 2:58 PG  

    salam..utk pengetahuan saudara,saya bukanla berpengatahuan yg amat mengenai proses penjanaan,tetapi tetap mempunyai sedikit ilmu.
    setahu saya kadar angin di Malaysia tidak tetap dan tidak cukup kuat jika hendak dibandingkan negara Eropah yg punyai cuaca sejuk yg bertekanan rendah..jadi persoalan tenaga angin tidak timbul kecuali kajian mengenainya. dan sekiranya ingin menggunakannya juga, ia amatlah mahal, tambahan pula memerluka ia diletakkan di kawasan lapang yg besar, serta perlu banyak penjana nya..kuasa yg dijana tenaga oleh kincir juga tidak banyak jika dibanding arang batu dan juga hidroelektrik. kalau solar pula memerlukan kwsn lebih luas..utk dipraktikkan seluruh Malaysia, amtlah tidak praktikal..
    Bukan ingin memihak TNB atau kerajaan atau sesiapa, cuma bercakap atas dasar praktikaliti..
    ada benar kate syamsulariff, kosnya agak tinggi dgn penjanaan yg xseberapa..lebih baik hidro.kecuali malaysia ni kaya raya cam US yg menipu.wlpn mgkn Malaysia pn ade penipuan, tp tetap lom cukup utk kate kite mampu..sbb cam kos angkasawan tu under perjanjian..kos nk wat kincir lg mahal tambah nak kepakaran, dan proses jangka panjang.