Alamat blog

"Tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik"

Bayangkan kalau seorang Timbalan Perdana Menteri berkata sebegitu.
sebenarnya, Najib berkata
“You can’t review gas prices without looking at the (electricity) tariffs because otherwise the market will dump TNB (Tenaga Nasional Bhd) shares,”

Itulah akibatnya apabila sumber tenaga alternatif tidak dicari.

Itulah akibatnya, apabila "kos di atas kertas" meningkat dan TNB akan rugi, (walaupun baru lepas untung besar).

Dari sudut pelaburan pula, pelabur cukup suka jika ada berita "tarif elektrik akan dinaikkan", kerana ia akan menaikkan harga saham TNB secara mendadak. Ditambah pula dengan pengumuman Hukum melabur di ASB adalah Harus. Tidak hairan kalau indeks akan mencecah 15++ mata sekali lagi seperti sebelum kejatuhan akibat kegusaran pelabur tentang krisis sub-utama di Amerika Syarikat.

Tidak hairan kalau indeks akan dilonjakkan setinggi-tingginya ketika pilihanraya untuk membuktikan bahawa kerajaan BN bijak menarik pelabur. BSKL yang bianya menjadi petunjuk ekonomi akan menunjukkan bahawa "Ekonomi Malaysia baik".

Akan tetapi, pada firasat saya, saham TNB akan lebih melonjak jika ladang kincir diusahakan dengan kerjasama Sime Darby.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 5 Februari 2008 pada 1:10 PG  
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
  2. Azhar Ahmad // 5 Februari 2008 pada 2:38 PTG  

    Hahahahah, saya gelak sahaja bila baca komen di atas ni....

  3. miss arizona // 6 Februari 2008 pada 11:41 PG  

    lawak tajuk ini
    tapi lagi lawak apabila kerajaan selangor sudah pun menghistiharkan...

    sebarang air yang ditadah hasil hujan akan dikenakan cukai perkhidmatan.

    hujan datang dari langit..apa kena mengena dgn pekhidmatan negeri selangor..

    maka logiklah kincir angin tidak disediakan..sah sah pergi pantai tatkala angin bertiup, cajnya lebih mahal daripada waktu tiada tiupan angin.

    hehe

  4. Hasbullah Pit // 6 Februari 2008 pada 12:47 PTG  

    Ulasan oleh Human Book dipadam kerana ia melakukan SPAM.

    untuk membaca SPAM oleh Human Book, sila google "Human Book Malay"


    Anda akan menjumpai banyak lagi SPAM dia

  5. Tanpa Nama // 8 Februari 2008 pada 2:58 PTG  

    kincir angin kalau disediakan pun, mesti lepas tu tak diselenggara dengan baik, kotor dan menyakitkan mata. biasalah, hangat hangat taik ayam saja :p