Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label tenaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tenaga. Papar semua catatan

Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi.

Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir!!!
Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin?

Kalau tarif naik kerana harga angin naik, lainlah cerita.

Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan.....

Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik.

Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong.

baca:
Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak

Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin.

Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?





Berpusing!!!!!!

Pada tahun lepas, hanya sidney sahaja yang mengelolakan "Earth Hour 2007" pada jam 8pm 29 Mac 2007.

Pada tahun ini, earthhour.org akan mengelolakan earth hour di seluruh dunia.
walaupun secara rasminya saya tidak menyertai earthhour2008 kerana tidak mendaftar di earthhour.org, akan tetapi kita juga boleh menyertai earthour secara tidak rasmi.

Pada 29 Mac 2008 jam 8pm, padamkan semua sumber elektrik yang boleh dipadam selama 1 jam .



Terima kasih Takfeng-lili di atas maklumat yang diberikan

Sila buat posting blog sebegini di blog anda jika perlu.

Turut menyertai Earthhour 2008:-

VHanded
http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html

Takfeng-Lili
http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html

MohdIsmail
http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/

Maria Samad (Tok Mummy)
http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html


( Disamping itu anda boleh dikira memboikot Buletin Utama 29 mac 2008.)




Berpusing!!!!!!

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing.

Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google.

Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak.

Mengapa?

Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga.

Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali.

Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh.

Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja.

Bayangkan Google mamajak tanah-tanah nelayan (yang tak diusahakan), sebanyak RM 2k sebulan untuk 1 kincir angin, berapa pendapatan yang orang kampung dapat.

Lihatlah Terengganu, banyak pantai, berapa banyak kincir boleh diletakkan.

Bayangkan kalau pelaburan google di negeri tertentu dijadikan Modal Pilihanraya.
Di Terengganu, HJ Hadi berlumba dengan Idris Jusoh berjanji sedaya upaya untuk menarik google melabur ke Terengganu.

Bayangkan kalau di Melaka, setelah nelayan tertipu kononnya kerajaan ingin menggantikan bot yang dicuri, hanya dibayar tak sampai RM 500 (Harga enjin sangkut lebih kurang 7 ribu) , kemudian ditabur janji untuk buat jeti menggantikan jeti kayu bakau, alih-alih Ustaz Ghani, sebagi calon Ketua Menteri Melaka menjanjikan pelaburan google, yang memanafaatkan nelayan.

Walaubagaimanapun, perkara ini terlaku teknikal untuk dijadikan kempen pilihanraya.




Berpusing!!!!!!

Malaysia bumi bertuah,
Ada minyak untuk dijadikan tenaga
Ada sawit untuk dijadikan tenaga
Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga.

Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km.

Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital).

Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai.

Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia,
"Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik"

Rasanya ramai yang jawap tidak.

Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik.

Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga.

merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power, hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin.

Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga berbelas peratus.

Denmark : 19%
Portugal: 9%
Sepanyol : 9%
Jerman: 6%

Akan tetapi Jerman adalah penjana elektrik menggunakan angin yang terbanyak dunia iaitu sebanyak 22,247 MW.

Saya sendiri kurang arif, berapa banyak "22,247 MW" itu.
mungkin cukup untuk 1 negeri? atau separuh dari Malaysia

Mari kita kaji.
merujuk kepada carta jumlah perbandingan penggunaan elekrik antara negara pada tahun 2002, Malaysia adalah di tangga ke 32.

Kuat juga rakyat Malaysia mentekedarah elektrik.

Akan tetapi jika dilihat, senarai negara yang menjana elektrik dari angin, Malaysia tidak pun masuk top 36

Installed windpower capacity (MW)
Rank Nation 2005 2006 2007
1 Germany 18,415 20,622 22,247
2 United States 9,149 11,603 16,818
3 Spain 10,028 11,615 15,145
4 India 4,430 6,270 ~ 8,000
5 China 1,260 2,604 ~ 6,000
6 Denmark (& Feroe Islands) 3,136 3,140
7 Italy 1,718 2,123 2,726
8 United Kingdom 1,332 1,963 2,388
9 Portugal 1,022 1,716 2,065
10 Canada 683 1,459 1,770
11 France 757 1,567 2,100
12 Netherlands 1,219 1,560
13 Japan 1,061 1,394
14 Austria 819 965
15 Australia 708 817
16 Greece 573 746 871
17 Ireland 496 745 866
18 Sweden 510 572
19 Norway 267 314
20 Brazil 29 237
21 Egypt 145 230 580
22 Belgium 167 193
23 Taiwan 104 188
24 South Korea 98 173
25 New Zealand 169 171 322
26 Poland 83 153 280
27 Morocco 64 124
28 Mexico 3 88
29 Finland 82 86 110
30 Ukraine 77 86
31 Costa Rica 71 74
32 Hungary 18 61
33 Lithuania 6 55
34 Turkey 20 51
35 Czech Republic 28 50
36 Iran 23 48




















































Tiada langsung usaha untuk menjana elektrik dari angin, lihatlah Jerman, begitu bersungguh-sungguh.

Bayangkan kalau Malaysia boleh menjana elektrik sebanyak yang jerman janakan, agaknya berapa bilion ringgit wang negara boleh dijimatkan?

Jadi, oleh itu dicadangkan supaya diperbanyakkan Ladang Kincir.



(sumber gambar)




Berpusing!!!!!!

Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion.

During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously.

Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar.

Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing.

Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain.

Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca dari kelambatan PakLah melepaskan tambatan Ringgit.

Kesilapan Paklah (matawang rendah) => Kos naik => Tarif naik => Rakyat Bayar

boleh diringkaskan sebagai:-

Kesilapan Paklah => Rakyat bayar.

Diolah dalam ayat biasa:-

"Rakyat membayar berbilion atas kesilapan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit"






Berpusing!!!!!!

Minyak dari dalam tanah
Minyak dari atas pokok
Minyak dari dalam air
Minyak dari kuali roti canai


Dalam tanah ada minyak
Atas pokok ada minyak
Dalam air pun boleh ada minyak
dari kuali roti canai pun ada minyak.

Dari dalam tanah dapat tenaga
Dari atas pokok dapat tenaga
Dari dalam air dapat tenaga
Dari kuali roti canai

Bila minyak dari dalam tanah naik harga
Harga roti canai naik
subsidi minyak naik
subsidi minyak di bawak lari ke negara jiran.

Tapi
tak boleh senang senang
proses minyak dari atas pokok
proses minyak dari dalam air
proses minyak dari kuali roti canai.

100 tahun lagi
Anak cucu kita maki hamun
Kenapa atuk nenek mentekedarah minyak dari dalam tanah?

kenapa atuk
kenapa nenek
kenapa tak ambil minyak dari atas pokok
dalam air
kuali roti canai?

Kenapa Atuk?
Kenapa nenek?
mentekedarah minyak dari dalam tanah semasa harga USD 70?
Kalau atuk nenek simpan minyak dalam tanah
Boleh jual masa harga USD 200.

Atuk Nenek gunalah dulu
Minyak dari atas pokok
dalam air
Kuali roti canai

tali barut Decepticon?

Mereka itu macam Decepticon.
Rebut Energon
Rebut Energon.




Berpusing!!!!!!

Malaysia, sebuah negara yang boleh dikira kaya dari segi tenaga, dengan Hasil minyaknya sendiri, Empangan Hidro Elektrik dari banyak sungai. Namun kita tidak boleh lari dari krisis tenaga yang akan melanda.

Minyak dan gas dimuka bumi suatu hari nanti akan habis. Elektrik daripada hidro mungkin tak mencukupi. Penggunaan Nuklear mungkin membimbangkan ramai orang, Walaupun jika kita boleh meleraikan Uranium sendiri, pihak barat mungkin akan melabelkan kita sebagai mampu membuat senjata nuklear. Sesuka hati mereka melabelkan kita seolah-olahnya kita ini gondola.

Kita masih boleh beruntung kerana mempunyai pesisiran pantai yang panjang untuk mendapatkan tenaga daripada angin. Tenaga solar pun kita boleh gunakan.

Walaupun kita mewah dengan sumber tenaga, tak semestinya kita tak boleh memikirkan sumber tenaga alternatif yang lain.

Sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kita patut mencari sumber tenaga alternatif yang lain walaupun sumber tenaga alternatif itu tiada di muka bumi ini. Bukan setakat marikh, kita mungkin mampu pergi lebih jauh untuk mendapatkan tenaga daripada Energon

Energon, walaupun dalam keadaan mentah adalah amat tidak stabil, dalam keadaan kristal. Namun, ia selepas diproses, ia menjadi cecair dan biasanya disimpan dalam bentuk kiub.

Tak mustahil bagi kita untuk memproses Energon. Tak mustahil jika PETRONAS adalah syarikat minyak pertama yang menjadi perintis dalam penerokaan Energon. Menjual kiub energon di stesyen minyak. Energon boleh dipindahkan daripada satu kenderaan ke kenderaan yang lain. Amat mudah untuk kita membantu kenderaan yang berhenti kehabisan tenaga ditepi jalan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Energon,
Sila baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Energon_(power_source)




Namun, Energon tetap mempunyai risiko. Ia diminati ramai.

Kita perlu memperkukuhkan kedudukan pertahanan kita, kerana sumber tenaga itu diminati oleh pihak Decepticon, yang diketuai oleh megatron.




Berpusing!!!!!!