Alamat blog

Apabila Sang Erisar mengutarakan bagaimana Siti Nurhaliza ingin mengundi jika Kad Pengenalannya tiada dalam senarai SPR, maka saya meneka dia akan mengundi menggunakan Kad Pengenalan Tentera. (mari bersangka baik dengan Siti Nurhaliza).

Namun di ruang maya yang lain, persoalan sama timbul, ada pula Jawapan dari "SitiZone.com" mengatakan nama Siti Nurhaliza sudah didaftarkan dan ianya "Private"


    SitiZone.Com kata:

    UNTUK PENGETAHUAN…CERITA INI SUDAH AKU SAMPAI KAN KPD DATUK CT..DI LAMAN WEBSITE CT SENDIRI…DAN CT MEMBALAS,CT KATA “YES,CT SUDAH MENDAFTAR UNTUK UNDI BERSAMA SUAMI,DAN CT MELETAKKAN PRIVATE KPD SPR,SO KORANG TAK BAIK NAK FITNAH2 ORG..LAIN KALI CHECK DULU SEBELUM FITNAH ORG…BUAT DOSA AJER…



Terdapat persoalan baru timbul, Adakah Siti Nurhaliza berada di atas Akta Pilihanraya pindaan 2003, sehingga dia boleh meletakkan "PRIVATE", supaya nama dia tidak tersenarai di daftar pemilih dan boleh mengundi?

Adakah terdapat dua jenis buku daftar pemilih di tempat Siti Nurhaliza mengundi supaya namanya dalam bentuk "PRIVATE" boleh digunakan untuk mengundi? tetapi tiada dalam Daftar pemilih yang diserah kepada wakil calon.

Mari bersangka baik dengan Siti Nurhaliza, jangan anggap dia menipu, kita mengiakan saja kata-katanya yang seolah-olah berada di atas SPR.

Jika benar dia boleh mengundi dengan Nama yang diletakkan "PRIVATE", maksudnya dia sudah boleh menguasai SPR.

Jika namanya tiada pada daftar pemilih bukan private, tetapi ada dalam data pemilih private, maka adakah kita boleh tafsirkan dia sebagai pengundi hantu?

Eh,
Jika dia boleh menguasai SPR, kenapa dia tidak teruskan penggunaan dakwat pada jari?




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. mudin001 // 11 Mac 2008 10:37 PG  

    Hahaha! Siti ni buat malu ajelah. Malu aku jadi peminat dia masa doul-dolu... ahaks!

  2. Jie // 11 Mac 2008 11:58 PG  

    Susahlah kita yg jadi PACA ni, nak garis nama dia tang mana... hehehehehe


    sebelum dpt memegang kertas undi, CT sekurang2nya akan lalu 2@3 tapisan...

    1. kat pondok panas....skrg ni pondok panas ada pc, kat tmpat saya direct connection dgn internet.

    2. petugas spr( kat luar bilik )

    3. PCCC - Kerani SPR yg akan check IC dan bagi kertas undi

    PACA menggunakan senarai nama yg sama spt yg di tangan PCCC...

    hehehehe..kelakarlah jawapan dia tu

  3. Azhar Ahmad // 11 Mac 2008 2:57 PTG  

    Alahhhh, cik sebol, kalau letak dakwat, habis lah kuitik (pewarna kukunya)... Hahhahahahah

  4. ezza erisa // 11 Mac 2008 11:03 PTG  

    YES,CT SUDAH MENDAFTAR UNTUK UNDI BERSAMA SUAMI,

    tang ini paling aku rasa nak tergolek sebelum sampai yang tang private tuh....

    suami dia tu baru umur 21 tahun ke???? baru nak daftar mengundi??? Hahaha....

    1. suami umur 21 tahun
    2. private.

    okey..let gelak guling 2 kali.
    rotf

  5. Nadlique // 13 Mac 2008 2:26 PTG  

    Siti, dok nyanyi sudah lerr :D

  6. Tanpa Nama // 28 November 2008 12:58 PTG  

    Wehhhhhhh!!

    Skang dah ader la!!

    Jom check SPR..!!

    Dia baru daftar tu..

    huahuahuahua..