Alamat blog

Saya tahu, krisis perlantikan MB perak adalah memeningkan.

Kronologinya sebegini.

Isnin:
Sultan panggil wakil-wakil PKR, PAS DAP
Selasa:
Wakil PAS PKR DAP jumpa sultan, dan berbincang dan mengatakan terpulanglah kepada sultan untuk memilih. Dipersetujui oleh ketiga-tiga wakil. Kesemua
Rabu:
Telah diumumkan bahawa Ir Nizar, dipilih menjadi MB. Kemudia DAP punya CEC cadang untuk tak hadir majlis perlantikan. Pada masa yang sama penyokong DAP kebanyakannya membantah tindakan Lim Kit Siang di blognya.


DAP dan PAS sebenarnya memang tiada pakatan sebelum pilihanraya, kecuali ketika membahagian kerusi. Akan tetapi terdapat arahan Pimpinan PAS menyuruh Ahlinya untuk mengundi DAP dan PKR untuk menumbangkan BN.

Apabila keadaan sebegitu berkalu di Perak, dimana DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PKR, ia seolah-olah DAP mempunyai hak mutlak untuk memjadi MB.

Situasi di Perak agak berbeza kerana wujudnya Undang-undang Tubuh Negeri yang mengkehendaki Melayu Islam menjadi MB.

Namun DAP tidak meletakkan calon melayu Islam di Perak, Maka berkuburlah peluang untuk menggunakan mendapatkan MB melayu Islam dari DAP. Adakalanya DAP kelihatan untuk tidak cuba memancing pengundi Melayu.

Sokongan Melayu kepada DAP sebenarnya datang dari pimpinan PAS dan PKR.

Jika kita lihat, dari satu sudut, sebenarnya keputusan Sultan Perak (anak Raja Dr Nazrin) adalah bijak. Jika Wakil DAP dipilih, kemudian orang melayu akan bising, walaupun sebenarnya memang cukup ramai ADUN melayu dari BN, PKR dan PAS di Dewan Undangan Negeri.

Maka Wakil PAS dipilih, bukan kerana dia PAS, tapi kerana personaliti dirinya.
Maka, DAP Terpaksa berurusan dengan wakil PAS dalam pentadbiran.
Dari situ maka akan wujudnya integrasi kaum yang lebih baik.

Wakil DAP akan memahami Islam dengan lebih baik, dan Wakil PAS akan memahami isu antara kaum dengan lebih baik.




Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 10:17 PG  

    Di saat kebanyakan orang mula untuk berfikiran positif, bersangka baik. Kit Siang menjadikan ia kembali negatif.

    Naib baik DAP Perak kata mereka akan hadir majlis angkat sumpah.

  2. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 10:44 PG  

    en mudin...tkder org yg berfikiran positif.....

    saya bersangka buruk sejak dr mula keputusan pilihanraya.....

    "" trima kasih kepada pakatan pembangkang """ u know what i mean!!!

  3. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 10:46 PG  

    opsss satu lagi....

    tlg jangan guna perkataan NASEB BAIK !!!...coz u you used that word to satisfy yourself...

    in future...maybe u cannot use that word anymore.!!!

  4. Chicken Ball // 13 Mac 2008 pada 10:50 PG  

    Saya, kaum Cina Malaysia akan menyokong siapapun dilantik jadi MB oleh Sultan kita.

  5. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 11:55 PG  

    kecewa baca statement kit siang di blog dia.

    rakan-rakan jentera di parlimen serdang telah pun mengundi utk DAP (saya parlimen hulu langat) selain mengundi Dr Shafie di Bangi.

    kenapa dia fikir seolah-olah DAP tidak ada sokongan Melayu?

    Kalau PAS belajar untuk memahami bangsa dan agama lain, kenapa DAP tidak boleh buat perkara yang sama?

    saya usulkan Lim Kit Siang letak jawatan dari DAP.

  6. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 2:24 PTG  

    Pelik la... Baru dua tiga hari pilihan raya, dah mula dah berbaur perpecahan.

    Mcm-mcm la Uncle Kit Siang kita ni.

  7. Tanpa Nama // 13 Mac 2008 pada 3:20 PTG  

    Uncle kit nih pun satu, tak da melayu kat Malaysia nih yang membenci kaum cina, tapi rakyat Malaysia tidak mahu MB dari kalangan orang cina disebabkan fakta dan sejarah..Ia dah pun pernah terjadi dekat negeri di bawah sana tuh, dan rakyat Malaysia fobia..

    Dan kalau Uncle kit nih bijak, die akan sokong orang melayu untuk menjadi menteri besar, sebab sekiranya MB cina yang diletakkan di Perak, DAP sudah pastilah hanya akan dapat memerintah di Perak sepenggal sajer dan kalah pada pilihan raya akan datang.

  8. rastom // 13 Mac 2008 pada 8:06 PTG  

    Dulu ada ahli Melayu - Fadzlan Yahya, mana dia? Kenapa dia tak dicalonkan bertanding ha?

  9. nizam // 14 Mac 2008 pada 6:39 PG  

    congratz!!!

    Now, governs the 5 states successfully. Show the rakyat that you can govern states and then Malaysia nation especially in economy, safety, justice, education, state administration, transparency and many more.

    if you excel in the five states, you can convince the rakyat to choose you as a ruling party at federal level; the same manifesto or strength of BN.

    in your future manifesto, pay attention to investor/ corporate sectors. Draft the manifestos as if you are going to become the Malaysia ruling party. Alike BN, play with statistics and numbers; say 10 million for education, say millions for safety etc. opposition should have shadow cabinet line-up to prepare these manifesto.

    Now, concentrate on Sabah and Sarawak parliamentary and state seats. pkr (or the opposition front) must show that it is a party for all races and ethnics ie bajau, kadazan, dusun etc. most of them vote BN because their mentality (i might be wrong) is BN brings development. if you can develop the 5 states, they can open their eyes and vote opposition in next general election.

    Pas, pkr, dap etc must groom leaders or candidates for the 13th general election. Pick candidates with strong education background so that people have faith in them able to govern states (or Malaysia). Starting from today, these candidates must turun padang to list down all the problem faces by rakyat and tackled the problems; win their heart and show them that you do works. if the candidates don't have enough time and energy, seek help from opposition supporters or appoint assistances as many as you need.BN won uncontested in 11 parliamentary seats meaning opposition lacks 11 leaders/ candidates.

    Starting today until the next GE, keep record of mismanagements, corruptions (power and money), wrongdoings of BN for your campaigning points.

    Most of the main media in Malaysia are controlled by the ruling party. opposition candidates must use alternative medium such as internet or blogs to convey their messages, counter the ruling party allegations, reveals corruptions by BN etc. if the candidates are busy, ask the party supporters to run the blog; maybe can elect media committee. The opposition have won five states and KL; make as many press conference as you can to address your developments, progress etc. each states have its own radio station; use these opportunity to deliver the messages.

    Work very hard during this 4 or 5 years!!

    If not, rakyat will vote for BN in the next election

    if selangor can beat pahang or sabah or sarawak in economy, safety, education etc performances, the sabahan and the sarawakian and pahang people might choose the opposition in 13th GE.

    The opposition must pick an outstanding state as a benchmark while governing the 5 states. If say pahang attracted 10 foreign investors, the five states must have more than 10 investors. If sabah crime rate is 10 %( let say it is a state with lowest crime rate), the opposition must have lower than 10% of crime rate. The examples are endless.

  10. Tanpa Nama // 14 Mac 2008 pada 5:43 PTG  

    Alahai Uncle Kit sajer jer berlakon laa..

    Aku rasa dia dari awal lagi sokong calon MB PAS tu cumanya dalam DAP sendiri ada jugak kaum2 yg ekstrem yg tak nak terima langsung MB Melayu, so sebab tu la Uncle Kit sajer cakap yg dia nak boikot angkat sumpah tu. Hanya utk puaskan hati extremist ni la. At least dia boleh cakap kat diaorg, "Haiya, wa sulah cuba kau tim.. Tapi itu Sultan masih pilih itu Melayu.. Cannot do anything maa.. Have to accept, else kita jadi pembangkang semula"