Alamat blog

Blog bukan punca kekalahan BN...

3/25/2008 11:52:00 PTG | , ,

Apabila kalahnya BN di beberapa negeri, maka keluarkan 1001 punca kenapa BN kalah.
Merujuk kepada Perbincangan Analisis PRU di Astro, kelihatan seolah-olah blog adalah punca utama kekalahan BN. Selain itu, faktor calon kononnya.

Tak pula disebut faktor parti. tidak pula disebut faktor "keris" atau faktor "DEB".

Mari kita mengiyakan dulu, kata mereka yang kononnya blog adalah punca kekalahan mereka.
Ada pula menteri penerangan yang kononnya nak jumpa pemblog, akan tetapi, dia sendiri lupa, blog dan internet adalah bukan dibawah bidang kuasa kementerian penerangan.

Blog boleh dijadikan medium bagi kementerian penerangan, untuk menerangkan sesuatu, akan tetapi apa yang pemblog tempatan perkatakan, itu bukan soal kementerian penerangan.

Jika kementerian penerangan nak gunakan khidmat pemblog tempatan, untuk menerangkan sesuatu, buat sahaja "pay per post". Jika ianya berkaitan dengan "Kerajaan", maka boleh dipertimbangkan oleh pemblog, akan tetapi jika ianya untuk menerangkan propaganda BN, maka mungkin tiada siapa yang mahu, walaupun ianya berbayar.

Berbalik kepada persoalan asal.
Adakah benar BN jatuh kerana blog. bagi saya tidak,
Masyarakat di Malaysia masih belum pandai membaca blog dengan betul. Tak ramai yang gunakan pembaca RSS, tak ramai yang baca agregator RSS, tak ramai yang tahu guna carian blog.

Budaya pemblog malaysia juga berbeza-beza. Ada yang berblog kerana suka-suka, ada yang kerana politik. Kalau nak diharapkan blog politik itu menjatuhkan BN, bagi saya tidak.

Ramai pembaca blog yang terang-terang tak baca blog politik. Pemblog tersohor lensalily, pernah memberitahu saya dia tak suka membaca blog politik.

Pemblog politik pula sifatnya tak teratur. Ada yang hantar ke petalingstreet, ada yang tidak.
Ada yang dah berbelog sekian lama pun tak tahu wujudnya petalingstreet.

Pemblog PAS kebanyakkannya suka "copy paste" daripada menyatakan pendirian sendiri. copy paste dari blog lain (atau sumber web lain yang bukan blog) dan masukkan ke blog sendiri.

Pemblog DAP yang banyak berpetalingstreet, itupun YB Teng tidak berpetalingstreet.

Jadi adalah BN jatuh kerana Blog? Jawapan saya ialah "tidak".

Akan tetapi bila kita melihat sejarah beberapa tahun yang lalu, skim "pelaburan internet" berleluasa. Ianya terjadi bukannya kerana ramai orang google dan jumpa pelaburan internet dan melabur dengan sendirinya.

Pelaburan internet berjaya berkembang kerana wujudnya manusia yang mencari mangsa secara fizikal, dan kemudian mengatakan ianya "Pelaburan Internet", Kalau nak diharapkan internet semata-mata, mungkin ramai yang tak kena tipu.

Maka konsep yang sama dilakukan pada politik Malaysia ketika pilihanraya, bukan kerana pengundi yang baca blog, tetapi pengundi bercerita kandungan blog kepada bukan pembaca.

Tidak dinafikan bahawa, blog juga boleh mempengaruhi pembaca, walaubagaimanapun, bukan blog politik yang banyak mempengaruhi pembaca. Apabila blog bukan politik, tiba-tiba mengatakan sokongan kepada pihak tertentu, maka pembaca setianya akan terima.

Di Malaysia, ramai yang lebih suka berforum berbanding blog. Ramai yang menyatakan sokongan terbuka keada pembangkang di dalam banyak forum bukan politik.

Jadi apa kesimpulannya?
Kalau PakLah nak juga kata blog punca kekalahan BN, suka hati dia lah.




Berpusing!!!!!!

13 komen

  1. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 4:14 PG  

    aku pun konfius bila ada kenyataan kata BN jatuh kerana blog.. BN jatuh kerana diri mereka sendiri.. :)

    peace!

  2. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 7:20 PG  

    If they are still oblivious to their mistakes, then they might just lose another 5 states next term.

    ... or the country could change hands in one month's time.

  3. Acaii Jawe // 26 Mac 2008 pada 9:42 PG  

    mmg setuju sangat pernyataan bro nih..:) kalau blog tu cerita politik sepanjang masa mmg jarang org2 biasa ni akan baca melainkan mereka mmg betul2 'kaki' politik..:)

    bila blog biasa cam saifulislam, faisal tehrani yg sebelum ni terkenal dengan entry2 dakwah dan kemasyarakatan cerita pasal politik maka pengikut diaorg lebih ramai..kalau kementerian penerangan buat blog politik time dah kalah ni nak pilihanraya baru ramai org baca kot,hehehe

  4. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 2:05 PTG  

    Kawan2 aku yg kaki online pun tak semua yg rajin baca blog. Masing2 otak pemalas, tak suka baca artikel panjang berjela, lebih suka lepak di Friendster dan Facebook (sungguh la juvenile).

    Ayah aku selalu pergi Malaysiakini, Harakah tapi blog pun dia tak jejak.

    Mana perangkaan yg kata BN jatuh pasal blog?

    Lagi satu aku rasa kelakar sgt bila pak menteri cakap nak jumpa bloggers.. It's like macam ko cakap, saya nak buat perjumpaan dgn semua org yg ada email address.

  5. Arni // 26 Mac 2008 pada 2:09 PTG  

    Apa kata pemimpin2 BN semua pakat buat blog and update sendiri (jgn suruh secretary pulak yg buat). Macam YB Teng ker... cam LKS ker.. Barulah best.

    Ker diaorg ni semua tak tahu apa nak tulis kat blog?

    Mungkin jugak, pasal yg aku perasan kalau dlm BN, akal tak berapa panjang pun boleh jadi pemimpin..

  6. anthraxxxx // 26 Mac 2008 pada 2:20 PTG  

    saya rasa kebanyakan pengguna internet di msia ini lebih gemar membaca cerita gosip seperti City Nurhaliza dan datuk K berbanding blog politik.

  7. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 2:29 PTG  

    mmg ada benar kata ko tu sebol...

  8. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 3:19 PTG  

    OT: org Melaka kenal tak Ust Minhat bin Mamut?

    wassalam.

  9. Jie // 26 Mac 2008 pada 5:32 PTG  

    Kak Jie tak pandai bercerita ttg politik di blog tetapi melawat blog politik lain secara tetap sejak 3-4 tahun lepas.

  10. rastom // 26 Mac 2008 pada 7:24 PTG  

    Blog tu laksana tingkap. Kita ada tingkap kasi angin keluar masuk, baru sihat. Bila BN atau mana mana politikus kentut kita boleh buka tingkap luas luas, kasi angin busuk keluar dan masukkan angin fresh masuk.

    Pak Lah biasalah, sedang mencari cari scapegoat -kambing hitam-, kerana bloggers tu sesuatu yang maya maka senanglah tuduh menuduh.

  11. merapuman // 26 Mac 2008 pada 9:31 PTG  

    tidak sebol ... tidak samaskali, memang BN kalah kerana blog aku

    :) 'gelak sambil guling-guling'

  12. Tanpa Nama // 26 Mac 2008 pada 10:29 PTG  

    Aku baca blog politik pun lepas PRU..
    Sebelum ni tak rajin ke blog politik..
    Tak tau le samada betul atau tak kenyataan ko ni...

    Eh lawan futsall nak tak>>>

  13. Tanpa Nama // 27 Mac 2008 pada 3:28 PG  

    Betul tuh Bro sebol, haha BN nih sememangnya masih tak sedar-sedar lagi..Orang2 bawahan die pun 2 kali lima jer..Kalau tak pecaye,try la carik mane2 ahli UMNO bawahan, biler ditanya alasan apasal BN kalah, jawapannya ialah sbb tak nak dengar cakap Tun Mahathir.Bagi diorang tak da sapa kat Malaysia nih dibenarkan untuk tidak dengar cakap Tun Mahathir,kalau lawan,terima la padahnya..Lagipun diorang cakap Tun Mahathir sentiasa betul,tak pernah buat silap..


    Alasan kedua,ialah media alternatif..Bloglah dan bermacam lagi..


    Ni haa nak habak mai, rakyat sekarang bukannya belajar sampai sekolah tadika..Sesetengahnya memang tahu kenapa perlu harga minyak naik sumer,supaya kerajaan dapat bangunkan projek2 untuk kebaikan masa depan.Kalau duk harapkan minyak jer pun tak boleh gak,karang minyak kt Malaysia nih abih baru nak duk terkial-kial cari sumber ekonomi baru.


    Jadi Rakyat pun pasrah untuk kebaikan masa depan,tak mengaperla, kita bersusah dahulu bersenang-senang kemudian untuk kebaikan negara jugak..TAPIIIIII yang pelik dan ajaibnya,di sebalik rakyat terpaksa bersusah payah menanggung kos hidup yg meningkat, menteri-menteri dan kroni-kroninya terus hidup dengan mewah,dan ada juga yg semakin mewah,haha..RASA-RASANYALAH, TAK PAYAH BACE BLOG PUN SEMUA ORANG DAH TAHU..