Akibat daripada melihat statistik blog orang lain, saya telah termasuk laman web Anuar Zain (atas dasar couriousity), kemudian telah menjumpai beberapa artikel yang memetik Anuar Zain tanpa segan silu berkata:-
"Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha,"
"Ini adalah perkara biasa kerana mereka (peminat) hanya mahu berseronok. Jadi saya biarkan sahaja kerana berharap mereka gembira dan saya juga akan berasa gembira,"
"Ciuman hanya terbatas di pipi sahaja. Namun, semua 'aksi' ini adalah untuk keseronokan sahaja. Saya mahu mendekatkan diri dengan peminat. Tujuan saya tidak lebih hanya untuk menghiburkan mereka tanpa sebarang niat lain,"Pautan sumber:
- Duduk Di Riba Pun Saya Tak Kisah
- Anuar Rela Di Cium
- Anuar Rela Di Cium Peminat
- A Nite With - Anuar Rela Di Cium
Mungkin ada diantara pembaca akan mengatakan ini permainan media.
Jika ianya mainan Media, kenapa ia disiarkan di laman web anuarzain.com.my?
Tidakkah Anuar Zain patut malu dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu?
di sini saya hadiah beberapa link youtube anuar zain tgh di cium oleh peminat wanita...yg bertudung pun ramai amik peluang cium dan peluk tau...
yg akan berlangsung mei nanti bukan kali pertama.
http://www.youtube.com/watch?v=eOlFXDTz_bs
Wah, Hanya seorang Anuar Zain, boleh merosakkan ramai wanita.
Tiap kali bukan April, masa sambutan " Minggu Setiausaha" saya akan lihat gelagat yang tak sepatutnya antara Anuar Zain dan peminat perempuannya ( baca: kakak² & makcik²) tanpa segan silu macam dah hilang kawalan berpeluk berlaga pipi.
Saya peminat Anuar Zain tetapi terus terang perlakuan itu tetap menguris hati dan membutangkan mata saya.
kenapa perlu malu, dia kan artis.