Alamat blog

Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka

YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka,
Graha UMNO,
Jalan Hang Tuah,
75300 MELAKA

Tel : 06-2841760
Fax : 06-2840414

Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah.
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400


PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.


Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.


Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat http://taman-pitis.blogsite.org, Supaya memudahkan lagi unit siber pihak tuan untuk memantaunya.

Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.

Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.



Walaubagaimanapun, Pihak kami akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya berlaku kakitangan awam negeri melaka, digunakan sebagai unit siber bagi pihak UMNO.

Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.



BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA





HASBULLAH PIT




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Tanpa Nama // 29 Mac 2008 pada 10:02 PG  

    err... nak memohon juga boleh? :D

  2. rastom // 29 Mac 2008 pada 12:08 PTG  

    Blog orang Melaka je? Orang Kedah tak leh ke?

  3. Azhar Ahmad // 29 Mac 2008 pada 2:25 PTG  

    Huhuhuhuh, siap memohon lagi tu...

  4. Hasbullah Pit // 29 Mac 2008 pada 3:23 PTG  

    muddin001

    Mohon sahaja...
    ubah suai surat aku tu,

    Rastom
    Dia nak pantau blog 1 Malaysia, Y.A.B Rastom pun boleh mohon.

  5. Tanpa Nama // 29 Mac 2008 pada 3:32 PTG  

    Betul ker kau ada anto kat CM nie??? Boleh aku check status surat ko..
    Huhuhuhu

  6. Hasbullah Pit // 29 Mac 2008 pada 4:02 PTG  

    zool:
    aku plan nak faks je kot.
    tapi kalau ko dah boleh printkan dan letak atas meja dia, aku tak payah faks lagi

  7. Tanpa Nama // 30 Mac 2008 pada 2:47 PG  

    jap, kalau aku duduk kat selangor, aku nak antar surat ni kat sapa? ali rustam jugak ke atau TS khalid?

    susah la birokrasi ni. kalau dulu boleh antar kat khir toyo, tapi sekarang dia pun dah jadi bloggers.

    susah plak nak pikir!

  8. ahib0205 // 30 Mac 2008 pada 8:25 PG  

    serius ke? pastu kalo aku nk gak gi mana seh? mcm2 la la ni... so ramai gak pro kerajaan la ni dh ada blog. depa pun patut mesti la kena pantau gak kan? baru fair

  9. Hasbullah Pit // 30 Mac 2008 pada 11:08 PG  

    Buat Ahib dan Bumi Langit

    Sebenarnya saya telah membuat kesilapan kerana mencampur adukkan "UMNO" dan "Ketua Menteri", walaupun saya telah menulis larangan untuk menggunakan kakitangan kerajaan negeri untuk hal ehwal UMNO. Rupanya saya sendiri yang tercampuradukkannya. Saya mohon maaf.



    Nasib baik saya tak hantar lagi,

    Alamat yang Sepatutnya,

    YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
    Pengerusi
    Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka,
    Graha UMNO,
    Jalan Hang Tuah,
    75300 MELAKA

    Tel : 06-2841760
    Fax : 06-2840414

    Jadi kepada orang kedah atau selangor, bolehlah hantar ke alamat itu. BUKANNNYA Ketua Menteri atau Menteri Besar di negeri masing-masing.