Alamat blog

Suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan logo ini


Ketika itu, di Media Utama, telah menyiarkan berita akan beberapa laman web Reformasi yang berbahaya. Sejurus selepas itu logo itu dibuat. Bergembiralah webmaster laman-laman reformasi untuk menggunakan logo itu. Ketika itu belum ada lagi istilah "blogger". Laman web berkonsepkan blog yang saya baca hanyalah "Alan Cox Diary" dan "Telsa's more accurate diary". Tak sangka pula konsep sebegitu begitu popular sekarang, sehingga diberi nama sebagai "blog".


Kini, Ali Rustam mengumumkan "240 laman blog pembangkang". Maka kita perlukan logo baru bertulis

"Disahkan UMNO
1/240 blog pembangkang"

Ada sesiapa yang boleh tolong rekakan?


Pasti ramai diantara pembaca yang tertanya, dari mana datangnya nama "Beras Padu". "Beras" berasal dari laman http://beras.tripod.com , Ini gambar Arkibnya (mesti klik). Ketika itu zaman RSS amat baru dicipta, jadi untuk menarik (fetch) tajuk berita dari beberapa laman reformasi dan parti politik pembangkang amatlah memeningkan kepala.

[Sila berhenti membaca setakat ini jika anda tidak suka perkara teknikal]


Sebentar tadi saya telah melawat kiriman blog Kak Jie berkenaan, "Top Commentator"

Saya dapati Idea untuk membuat Top Commentator itu begitu genius. Ianya berasal menggunakan 1 Javascript yang mengolah 1 skrip Yahoo Pipe.

Idea untuk membuat Yahoopipe itu sendiri menakjubkan.

Bayangkan ketika dahulu, untuk membuat beras.tripod.com, saya perlu paipkan, beberapa kali laman web harakah atau laman reformasi sehingga akhirnya menjadi sebaris tajukberita.


cat harakah.html | grep -bla bla| sed -bla bla | tail -bla bla| head blabbla > output.html

"|" adalah paip.

Tapi kini ada Yahoo Pipe

Secara teori, semua laman web pembangkang, walaupun yang tidak menyediakan RSS boleh dioutputkan sebagai RSS dan kemudian diberaspadukan.

Semalam, saya telah menjumpai laman web PAS di negeri mana entah yang tak menyediakan RSS, Kecewanya saya kerana tidak dapat menambahkannya ke Beras Padu, akan tetapi kini, dengan adanya Yahoo Pipe, ianya tidak mustahil.

Terima Kasih Mak Merusuh yang menyediakan tutorial Top Commentator.

p/s: Adakah perlu saya masukkan Blog Dr Khir Toyo ke Beras Padu?




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Jie // 30 Mac 2008 pada 1:04 PG  

    cess...patutlah tadi dah off pc tapi tak leh lena...rupanya dak sebol ni dok taip nama kakjie :p


    erk...kakjie pun dah melawat blog Ketua Pembangkang Selangor tu..dah komen pun...agak kelakar....Tentang Diri saya tapi menggunakan kata ganti nama ke-3.

    KakJie dah pasang minggu lepas widget top commentator tu, tapi dari yahoo pipe, tutorial dia berbelet² sikitlah..kalau nk letak kat blog..mau pengsan murid² tua kakjie nak ikut...( harap² dia org tak baca perenggan ni )

  2. Tanpa Nama // 30 Mac 2008 pada 11:28 PG  

    Wah baru tau ada top commentator untuk blogger.com
    cayalah

  3. Jie // 31 Mac 2008 pada 8:30 PG  

    Sebol>> komen kakjie kat blog khir toyo tu tak diapprovelah..hik


    kakjie komen mengapa Tentang Saya dia gunakan kata ganti diri pihak ke 3. Dia guna perkataan beliau, seolah2 blog itu ditulis oleh pihak lain.

    Semalam tengok sidebar tu telah di edit tetapi komen kakjie tak ada. Dia masih tidak dapat menerima komen/teguran negatif walaupun membina dari orang² biasa seperti surirumah macam kakjie ke Sebol?

    Kak Jie nk jemput khir toyo belajar tutorial buat blog dengan kakjie la sebol...ko ade contoh surat rasmi tak?

    he he he....

  4. Hasbullah Pit // 31 Mac 2008 pada 9:21 PG  

    Kak Jie
    dia dah ada blog, tak payah buat surat rasmi...