Alamat blog

Ada beranggapan tawaran Anwar Ibrahim tentang royalti minyak 20% itu agak tidak masuk akal. Saya sendiri akan merasakan ianya terlalu tinggi. Disebabkan ia akan memberi manfaat kepada Kelantan dan Trengganu, maka saya amat bersetuju ianya dinaikkan, akan tetapi tidak perlu sehinggga 20%.

Tersebut Alkisah seorang bernama JOE FERNANDEZ, telah mengemel Jed Yoong mengenai unsur negatif Anwar Ibrahim, saya tidak mahu sentuh hal lain kecuali royalti minyak.

Daripada emel itu:


Instead, Anwar is harping on offering 20 per cent of the oil royalty when he knows this is not true. Malaysia only gets 15 per cent oil royalty. So, how can the Federal Government offer 20 per cent to the oil states? Why didn’t he offer the 20 per cent when he was Finance Minister for so many years?

Mungkin Anwar itu sendiri tidak faham tentang royalti minyak, saya sendiri pun tidak faham sangat.

Ada juga catatan blog menyatakan kekeliruannya secara terbuka.

Adakah dakwaan Joe Fernandez bahawa Malaysia hanya mendapat 15% royalti minyak?

Suatu ketika dahulu, Kerajaan Malaysia hanya memberikan 12.5 % royalti minyak kepada kerajaan Brunei, dan menyebabkan Brunei Terkeluar dari Malaysia.

Pada tahun 1963, Shell mengadakan pembahagian untung dengan Brunei 50:50.

Saya pun tak tahu berapa peratus yang Malaysia dapat daripada syarikat minyak. Dengar-dengar ia tidak menggunakan sistem royalti, akan tetapi pembayaran dalam bentuk cukai. *Tidak Pasti*

Amat bodohlah kalau Kerajaan Persekutuan hanya mendapat 15% royalti minyak berbanding dengan Syarikat Minyak dapat 85%. Bukan semua minyak di Malaysia dikorek oleh Syarikat Minyak Nasional.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Syarikat minyak lebih mendapat untung lebih berbanding dengan empunya kawasan. Kerana itu kita ada PETRONAS supaya ianya kurang sedikit dibawa balik ke Amerika, Britain dan belanda.

Akan tetapi tiada undang-undang yang mengatakan Malaysia hanya perlu ada 1 sahaja Syarikat minyak. Syarikat Minyak Nasional hanya satu, tetapi kita boleh ada lebih syarikat minyak untuk mengorek minyak di Negara lain atau sendiri.

Tidak mustahil untuk kerajaan Negeri mempunyai syarikat minyak sendiri, bergandng bahu dengan syarikat minyak nasional.

Dipendekkan cerita, saya harap PAS Pusat lebih berhati-hati dengan semua cadangan Anwar Ibrahim yang melibatkan Kewangan Persekutuan. Jangan terima sahaja bulat-bulat cadangan 20% itu. Mungkin 10% memadai, supaya kita berlaku adil dengan negeri yang tidak mampunyai sumber minyak.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah persekutuan, kalau tiada langsung royalti minyak diberikan kepada negeri, tetapi sumbangan persekutuan kepada negeri jauh lebih besar daripada royalti minyak. Tidak menjadi masalah.

Sebagai contoh, royalti minyak terengganu adalah 1 bilion, Persekutuan tidak bayar royalti minyak, tetapi meyumbangkan 5 bilion setiap tahun. Tidakkah itu lebih baik?

p/s: Sila cadangkan nama syarikat minyak negeri Kelantan.
Kelateoil?
Petroklate?




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 28 April 2008 pada 2:29 PTG  

    Anwar Ibrahim selalunya gemar memikirkan satu niat dalam bentuk satu hala saja.Dalam bercerita tentang untung Petronas,banyak juga faktor lain yang perlu diambil kira.Seperti wang yang petronas taburkan kepada Universiti Petronas,Pinjaman pendidikannya,Pelaburan jangka masa panjangnya dan kemudian gaji yang perlu dibayar kepada pekerja Petronas yang bertungkus lumus mencari gali minyak.


    Kebanyakan kawan2 saya yang belajar di Petronas,apabila habis belajar dan diterima masuk ke Petronas segala pinjaman yang diberi Petronas sebelum ini kesemuanya menjadi free.Kemudian apabila masuk bekerja di Petronas gaji basic starting pun sudah agak lumayan dalam RM 2500.Itu baru lepasan degree,klau agak2 yg dah lame kerja mesti gajinya lagi tinggi.


    Dari segi logik, memang tak adil untuk kita yang tak belajar di Universiti Petronas ini,tapi apa boleh buat itu hak mereka,sapa suruh tanak masuk Universiti Petronas,hehe.Tapi apa yg saya nak tekankan,duit Petronas bukan boleh suka2 ditawarkan kepada semua orang untuk tujuan berpolitik,Petronas perlu juga memikirkan akan keuntungan mereka supaya kredibiliti mereka sebagai anatara syarikat carigali minyak terbesar di dunia terus disegani.Lagi disegani lagi senang untuk menambah kapasiti busines di negara asing serta melahirkan lebih ramai engineer2 Malaysia yg berbakat.


    Dan duit tuh juga seharusnya disalurkan kepada investment untuk masa hadapan yg dapat memberikan pulangan balik,bukan setakat bagi kat semua orang miskin,lepas orang miskin abis guna duit tuh masih lagi miskin.

  2. Tanpa Nama // 28 April 2008 pada 5:00 PTG  

    Agree with Tanpa Nama.

    Not all the oil and gas are extracted solely by Petronas. The oil companies who do will naturally get the bulk of the proceeds as drilling, extraction is expensive and high risk.

    I understand the agreement is 15 per cent to the Malaysian govt. But I guess new negotiations can be made with Petronas and future production agreements. It's unlikely that oil companies with existing contracts would change the terms mid-way. It wouldn't be profitable to drill then.

    I agree with Joe's email 'cos I think besides the oil royalty, there are many other issues like the Taibs mind-boggling rape of the Sarawak forest, etc. Also the fact that Sarawak is not a "state" but rather on par with Malaya at the time they join Msia. So far the state has been shortchanged...

    Crossing over is unfair to voters. It's the same if you voted for PAS and that guy walks over to BN....If he contested under BN, would you vote for him? The BN MPs campaigned on BN's promises so they have to stick to it after being given the mandate. Isn't it far too hypocritical to be slamming the Opp (PKR, PAS, DAP) during the election campaign but change tune after winning? What changed in between? The money?

    PAS is not stupid and is prob tolerating PKR like DAP. But Msian politics are changing.

    To me PKR is too entrenched in the BN/UMNO culture to be a REAL alternative. Akred

  3. Hasbullah Pit // 28 April 2008 pada 5:22 PTG  

    Jed:

    From my opinion, The cross over will become fair, only if BN component party pull out of BN.

    If the voter vote for PBS (for example), the PBS out from BN, the voter still goes to PBS.

    Individual lompat to PKR, is not a good Idea, But BN component in Sabah and Sarawak can pull out from BN, without joining Pakatan Rakyat.

  4. Hasbullah Pit // 28 April 2008 pada 5:24 PTG  

    Wait...

    if BN component party pulled out from BN, we cant say it as "cross over". It's just a pulled out.

    to deny BN simple majority without giving PR simple majority.

  5. Tanpa Nama // 2 Mei 2008 pada 12:31 PTG  

    Biasalah Anwar kan pandai cakap. Dia tahu, dengan cara mencadangkan nilai yang lebih banyak itu dia akan menjadi hero dikalangan rakyat Kelantan.

    PAS Kelantan perlu hati-hati. Ini salah satu taktik dia mendapat dan mengukuhkan sokongan terhadapnya seterusnya menjayakan agenda politiknya.

    Harap PAS Kelantan sentiasa jaga-jaga kerana Anwar mungkin menggunakan PAS atas tiket Pakatan Rakyat. Jika tidak kenapa dia tidak secara ikhlas merujuk sesiapa didalam PAS sebagai "PM-in-waiting'?

    Bukannya tiada individu berkredibiliti didalam PAS?

  6. antipetronas // 24 Julai 2008 pada 9:37 PTG  

    quote:Dari segi logik, memang tak adil untuk kita yang tak belajar di Universiti Petronas ini,tapi apa boleh buat itu hak mereka,sapa suruh tanak masuk Universiti Petronas,hehe.


    ya, memang tidak adil untuk kita yang tak belajar di UTP... tapi tak masuk utp bukan sebab taknak masuk atau tak layak, tapi ini adalah disebabkan utp hanya memilih anak anak kroni petronas sahaja utk diberi biasiswa penuh walaupun result mereka taklah hebat mana pun.