Alamat blog

Saya terselak surat khhabar dan nampak iklann pelaburan emas public bank.

Maka saya tuju lamanw ebnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Terdapat berita mengatakan perbezaan harga jual dan beli yang amat minimum.


The difference between the selling and buying prices is relatively small. As a global practice, the Gold Investment Account does not pay interest as this is not a deposit placement and furthermore, the Bank keeps the gold with an authorised custodian bank.



Jadi mari kita kita berapa "premiumnya"

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Gold Investment Account

Gold Investment Account (As at 24/04/08)


Selling PriceBuying Price
1 gramRM 93.6200RM 90.6600

(93.62 - 90.66 ) / 90.66 *100 = 2.96 % atau 3 % sahaja.


Sebagai perbandingan, Maybank gold passbook saving mengenakan premium/cas sebanyak 8%.
IGDexchange mengenakan cas 20% keatas dinar Islamnya.

Kijang Emas Bank Negara , antara 3-8 % (mengikut saiz).

Dinar Emas Kelantan 5%

Ini menjadikan Public Bank dapat nombor 1.
Dinar Emas Kelantan nombor 2.

Walaubagaimanapun, untuk membeli emas sekala kecil Dinar Kelantan tetap nombor 1.
5 % untuk 4.25 gram. Bila agaknya Dinar Emas Kelantan boleh dibeli di Negeri Melaka?

Kelantan itu terlalu jauh dari Melaka.


p/s: Kalau Husam Musa nak turunkan premium Dinar Emas menjadi 3%, saya alu-alukan.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. rastom // 24 April 2008 pada 10:48 PTG  

    TYT Sebol, saya pasti menyokong pelaburan emas jika saya mewah wang ringgit, kerana inilah pelaburan yang nampak slow tetapi kebal!

  2. Hasbullah Pit // 25 April 2008 pada 12:55 PG  

    rastom:
    jadi buat sementara ni buat catatan blog pun jadi lah dulu.

  3. Tanpa Nama // 6 Mei 2008 pada 8:08 PTG  

    Terima kasih di atas maklumat saudara berkaitan harga emas di public bank dan dinar emas.

    Untuk makluman saudara,
    harga emas di public bank dan di Maybank jauh lebih rendah dari dinar emas IGD atau Dinar kelantan mahupun Kijang Emas kerana bank menjual pada harga semasa bg setiap 1 gm. Sedangkan harga dinar emas mahupun kijang emas tinggi sedikit kerana kos 'mint'dan package. Tetapi sekiranya saudara ingin mengeluarkan jumlah emas dari simpanan di public bank mahu pun maybank, anda akan dikenakan charge untuk insurance, dan sbgnya.
    Jadi terpulang pada anda semua. Satu lg, harga emas tidak pernah naik, apa yang berlaku ialah nilai matawang semakin susut, dan menyebabkan untuk mendapatkan emas, kita terpaksa membayar duit yang lebih.
    Jazakallah

  4. Hasbullah Pit // 7 Mei 2008 pada 7:53 PG  

    Berdasarkan pengalaman lalu, tiada caj dikenakan oleh maybank.