Suatu ketika dulu, di saat Ali Rustam menyarankan semua ADUN perlu ada blog, hampir tertawa di hati saya. Kali ini grenboc pula MengAliRustamkan dirinya.
Jangan marah Greenboc, KM kita juga.
Mengapa Ali Rustam memilih penyelesaian sebegitu, mungkin kerana dia terlalu paranoid dengan blog.
Sebenarnya dia boleh mencari 1 penyelesaian dimana semua ADUN boleh tulis di satu blog atau laman CMS sahaja.
Tetapi dia sepahkan mengikut ADUN / MP, sudahlah 1 orang penyelengara perlu menjaga 3 atahun lebih blog ADUN. di mana ADUN itu sendiri tidak komited untuk berblog.
Tugas utama ADUN atau AP adalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya wakil kepada bloggers.
ADUN berkomunikasi dengan rakyat dalam dunia nyata, apabila ADUN berblog, dia akan habiskan lebih masa dengan warga diluar DUN berbanding warga di dalam DUN.
Oleh itu, komunikasi terbaik ialah menggunakan kertas, papan notis atau mungkin SMS.
Atau mungkin, jika ADUN ingin memberitahu sesuatu, selitkan sahaja sebagai iklan surat khabar.
Sekira seseorang ADUN/AP itu tidak komited berblog, maka tidak perlu berblog.
Apa erti ada blog atas nama sendiri tetapi ia menjadi siaran ulangan harakah atau media lain?
Adakalanya tanpa sepatah pun apa yang dikatakan olehnya.
Cuma bila ADUN atau MP tiada blog, dia akan sedikit ketinggalan kebelakang. Akan tetapi jika dia kerap mengeluarkan kenyataan yang dihantar ke media, dia tidak akan kebelakang.
Walaubagaimanapun penyelesaian perlu ada supaya Ahli Parlimen boleh menyuarakan kenyataannya di dunia web ini.
Jadi adalah lebih baik diadakan penyelesaian peringkat negeri, dimana pada 1 tempat yang sama ADUN/AP boleh keluarkan kenyataannya sendiri atau catatannya sendiri. Suapan RSS sendiri.
Andainya ADUN hendak berblog sendiri, pastikan ia tersuap ke penyelesaian peringkat negeri.
Walaubagaimanapun saya ingin menyatakan kemusyikalku tentang budaya berblog PAS yang kurasa berlainan sungguh dengan budaya berblog di mana-mana.
Kenapa Banyak blog PAS menggunakan huruf besar pada tajuk?
Kulihat blog-blog di Petaling Street, Sarawho hampir semua tajuk huruf kecil.
Akan tetapi bila banyak blog PAS di Beras Padu, amat nyata budaya ini popular di Kalangan PAS.
Dari mana datangnya budaya tidak tulis tajuk di ruangan tajuk, tetapi meletakkan tajuk di ruangan catatan, kemudian ia dimerahkan.
Daripada mana datang budaya tulis ulasan kecil di artikel salin tepek?
Mungkin dari Rickywan.
Dari pada mana datang budaya tulisan warna berlainan untuk perenggan berlainan?
Daripada mana budaya letak gambar "taknak BN" banyak-banyak?
Walaubagaimanapun tahniah kepada greenboc kerana berani menegur.
Greenboc mengAliRustamkan Ahli Parlimen PAS
4/23/2008 11:58:00 PTG | Ali Rustam, blog, greenboc, PAS, politikBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ehmmm,apa benda tah Pak Ali Ketam tu. Orang nak berblog, dia pun berblog gak. Tapi kat blog di tak boleh bagi komen. Takleh terima kritikan la tu..
Aku pun heran dengan yang jenis tak letak tajuk tu. Kadang-kadang menyampah pun ada.
Ya. Aku maksudkan MSO, Roslan SMS dan yang sewaktu dengannya. :)
mudin001:
Aku rasa aku tahu la punca dia,
(aku teka sahaja)
Bila dia letak tajuk, saiz dan warna font pada tajuk tidak sesuai dengan jiwanya.
Oleh itu, Tajuk di letak di bahagian Catatan, tetapi dibesarkan dan diletakkan warna yang mereka suka.
Roslan SMS gunakan Warna Merah
Kuda Kepang gunakan warna biru.
EPISODE SEBUAH PERJUANGAN guna warna biru, adakalanya warna merah.
Blog Dr Lo'Lo' guna sekejap hijau, sekejap oren. Dulunya hitam.
"Dun Batu Burok Molek Doh Weh" dulunya tulis tajuk, agaknya kerana warna tajuk itu sama warna dengan catatan blog, maka dia pun meniru langkah geng tiada tajuk.
Atau mungkin diorang sengara nak sembunyikan permalink?
Aku rasa niat greenboc tu baik. Apa guna ada keta kalu dah lama tak start enjin & dibiarkan hujan panas & mereput? Kalu blog? Rasanya selagi ada internet & blogspot la. Apa guna ada blog tapi tak pernah update? Baik jgn berblog..
Kalu dah rasa pyh update blog, delete la. Bukan susah pun