Alamat blog

Percaturan Politik Anwar memang hebat, ia tidak bermaksud apa semua dia buat adalah betul. Dengan mempunyai parti yang hampir tiada jentera, PKR boleh menang banyak kerusi Parlimen.

Kini ada percaturan baru dimana dikatakan ahli parlimen akan melompat. Samada benar atau tidak 20 30 ahli parlimen dalam tangan, dia telah membangkitkan suasana kononnya Pakatan Rakyat akan memerintah persekutuan.

Pagi semalam di blognya sendiri, dia telah mengatakan

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.
Kalau kita lihat, ianya umpama gula-gula murahan, akan tetapi itulah politik. Politik yang menentukan siapa dapat apa siapa tak dapat apa.

Sehari selepas pakatan rakyat membebaskan beberapa negeri, saya terus terfikir, Kalau Anwar pandai, dia akan gunakan air liur sahaja.

Jika benar Ahli Parlimen Sabah Sarawak melompat, selain Sabah dan Sarawak, Siapa yang untung?

Kelantan dan Terengganu

Terengganu yang bergolak kerana PETRORINGGIT, akan mendapat royalti yang lebih.

Kelantan dapat memajukan Industri minyaknya yang selama ini tertangguh, kerana nak tunggu BN tawan kelantan.

Kalau tuntutan Ahmad Said supaya royalti diberikan kepada kerajaan Negeri terengganu BN, mungkin Ahli Parlimen BN Terengganu yang melompat dulu.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tekkaus // 25 April 2008 pada 6:57 PG  

    Siapa lagi kalau bukan Anwar? Tidak dinafikan bahawa dia memang hebat! namun demikian, saya tidak begitu setuju jika dia menjadi PM!

  2. Tanpa Nama // 25 April 2008 pada 10:54 PG  

    Apabila 20 ahli parlimen sudah dalam tangan,janji untuk menurunkan harga minyak di Malaysia lebih dari mampu dan wajib untuk ditunaikan.Begitu juga dengan semua janji2 lain dalam manifesto PR.

  3. Hasbullah Pit // 25 April 2008 pada 11:01 PG  

    30 ahli parlimen.

    maaf saya tersalah tulis lagi.

  4. ali allah ditta // 25 April 2008 pada 3:02 PTG  

    Anwar,sekarang sedang melancarkan perang psikologi politik. Setiap kali Anwar buka mulut pihak lawan akan menyalak...tandanya depa pun khuatir betoi atau tidak.

    Anwar tau benda ini tak kan berlaku,selagi dia tak masuk Parlimen. Wakil2 rakyat BN pun tak akan lompat selagi belum pasti Anwar menjadi YB.Sudah tentu mereka tak akan sokong sapa2 dalam PR utk jadi PM,kecuali Anwar.

    Pasai petro-ringgit,inilah yang gomen Pat Lah dok kecut perut. Tawaran Anwar adalah lumayan dan menarik. Kalu Anwar tawar 20% royalti kpd. Sabah & Sarawak,maka Terengganu pun akan dapat tawaran yang sama. Yang menakutkan gomen ialah minyak yang belum disedut di persisiran Kelantan. Bila PR berkuasa,maka boleh minyak dipersisiran pantai Kelantan diteroka & Kelantan pun akan dapat 20% royalti...eh..sapa tak mau. Rakyat Kelantan akan tersenyum panjang & di mana Anuar Musa dan Awang Adik nak sorok kemaluan masing2?

    cheers.