Alamat blog

Puas saya memikirkan adakah benar rakan sepejuanganku memperjuangkan kebebasan media?

Adakah disebabkan media perdana yang tak betul, menyebabkan semuanya ditolak, dan semuanya dari tranungkite dan harakah dianggap benar?

Terdapat golongan Melayu yang tidak membenarkan seseorang itu membaca Harakah kerana takut terpengaruh. Ada juga orang melayu yang kata jangan baca media perdana kerana ia bohong.

Di kalangan orang PAS, Harakah, Tranungkite, Siasah begitu popular.
Di kalangan orang UMNO, takut benar mereka dengan harakah.

Selain daripada membaca cerita-cerita indah tentang parti sendiri, orang melayu juga suka membaca cerita-cerita buruk dengan pihak lawan.

Di Media Terbuka seperti Malaysiakini, pembaca melayu agak kurang, ini mungkin kerana orang melayu hanya suka baca cerita-cerita indah parti mereka dan cerita buruk parti lawan.

Akan tetapi berita Bahasa Melayu Malaysiakini yang berbentuk cerita-cerita indah parti sendiri dan berita buruk parti lawan begitu popular untuk disalintepekkan di blog-blog yang menyokong parti sendiri.

Adakah mereka mahu orang orang parti sendiri supaya hanya membaca cerita-cerita indah parti sendiri?




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Jie // 2 Mei 2008 pada 7:32 PG  

    Saya tetap membaca kesemua akhbar perdana dan menonton tv3 kerana ingin mengetahui isu apakah yang perlu di jawap kepada orang "di atas pagar"( golongan inilah yang perlu kita beri perhatian untuk menarik meraka dlm PRU13)

    Saya rasa dengan membaca , mendengar dan melihat kesemua secara menyeluruh, saya 'lebih setingkat' dari orang yang membaca di satu belah pihak sahaja.

    Dan saya yakin, saya mempunyai filter yang berjenama hebat ( otak saya sendiri ) untuk menapis segala lambakan maklmumat.

  2. Tanpa Nama // 2 Mei 2008 pada 12:14 PTG  

    ...tidak bermakna berdiri atas pagar tetapi menilai segala maklumat dan pandangan dari semua golongan tidak kira dari pihak pencadang dan pembangkang ataupun dari pihak-pihak yang lain. Tidak ada ertikata neutral dalam hidup ini. Yang ada hanyalah 'ya' atau 'tidak' kerana walaupun dengan memilih jalan tengah akhirnya anda akan di'ya'kan atau di'tidak'kan gitu...

  3. Tanpa Nama // 2 Mei 2008 pada 3:25 PTG  

    Saya gagahkan diri juga untuk membaca Utusan (semestinya yg dipinjam, bukan dibeli sendiri.. haha), dan menonton berita TV1 kerana saya juga membaca The Sun dan Malaysiakini. Untuk keseimbangan.

    Cuma Harakah sahaja yg tak serasi dgn jiwa saya jadi walapun saya ahli PAS tapi saya tak baca Harakah.

    Tapi saya tak pelik Harakah jadi macam tu, sebab ianya lidah rasmi PAS, mmg dicetak untuk ahli sahaja..

    Yg Utusan tu, apa cerita? :D

  4. rastom // 2 Mei 2008 pada 5:14 PTG  

    Utusan? NST? Berita Harian dsb? Semua saya bakulsampahkan (selepas belek belek secara percuma)

  5. Abu Alfateh // 3 Mei 2008 pada 10:40 PG  

    Sokong saranan Jie,

    Ramai yg nonton tv3 daripada baca harakah....sebab tu baru 5+1 je yang ditawan.

    Kalu nak lawan musuh kena tau kelebihan dan kelemahan dia...biarpun nak termuntah, kena gagahkan jua menjengok2 siaran berita.

    Paling koman pun, bacalah utusan online ke, star online ker...(my 2 cents opinion)...wassalam