Google, satu syarikat Internet yang tersohor, sendiri mengakui kepentingan bahasa untuk meningkatkan penguasaan pasaran kawasan tertentu.
Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka.
Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.
''Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat," ujarnya.
Alangkah malunya kita, apabila kajian mereka untuk memahami bahasa melayu, menunjukkan orang melayu suka membuang bahasa demi teknologi atau sebab lain.




Ah... Google perlu belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Selesai masalah.
Google masih dalam UMNO?
Kalau google masih UMNO, sudah lama semua diInggeriskan, tak wujud lah laman ini
http://www.google.com.my/language_tools?hl=ms
Yaa.. mari merogol bahasa Melayu!!
Mulakan dengan BAJET kemudian CYBERJAYA..
Ada khadam letak pula INFOTAINMEN
Kemudian suruh ajar pulak Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Dulu orang2 macam depa ni juga yang kata orang Melayu suka berbahasa 'KeARAB2AN'. Yang ini kita KeINGGERIS2AN, orang tak kata apa.
Ya lah.. KLCC dan Putrajaya tu kan baguih, buat Melayu kaya..
Kita pun kena tolong Google. Caranya dengan mengeja perkataan betul-betul. Kalau tak, susah sikit bahasa kebangsaan kita nak turut masuk era semantic web.