Alamat blog

Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu.

Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO.

Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO.

Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri.

Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka.

Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu".

Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, sedangkan penyelesaiannya mudah.

Kalau benar Orang yang berkonvensyen itu ingin menyelamatkan Melayu, dengar sini baik-baik.

Melayu sebenarnya tidak perlu bersatu untuk terus kekal. Melayu sebenarnya akan rosak apabila bersatu (bersatu dalam konteks duduk dalam satu organisasi). Sifat taat pada pemimpin yang ada pada kebanyakkan orang melayu akan digunakan oleh pemimpin yang rakus.

Selama ini pun, zaman kesultanan Melayu, terdapat banyak kesultanan melayu yang berasingan. Tanah Melayu tidak mempunyai Yang dipertuan Agung yang menjadi ketua kepada semua Sultan. "

Namun, Agama Islam terus kekal sehingga hari ini di Tanah Melayu yang telah ditukarnama menjadi Semenanjung Malaysia.

Bahasa Melayu juga kekal dengan nama "Bahasa Melayu" sehinggalah ditukar kepada "Bahasa Malaysia" , kadang-kalanya di sebut "Bahasa Kebangsaan".

Walaupun ia telah dikembalikan kepada nama asal oleh Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Menteri Pendidikan, namun nama "Bahasa Melayu" turut dipenjarakan bersama-sama Anwar Ibrahim.

Dipendekkan cerita, sejak 1400 , Melayu itu wujud kerana 2 sebab, Islam dan Bahasa Melayu.

Sekiranya benar orang yang sibuk berkonvensyen itu ingin menyelamatkan melayu, maka 2 perkara penting perlu dilakukan.

1. Tidak Berkompromi soal Islam
2. Tidak Berkompromi soal Bahasa Melayu.


Perlu saya jelaskan 2 perkara itu?

Mari kita imbas sejarah bagaimana tamadun Islam itu wujud sehingga menguasai semua bidang Ilmu. Ketika Zaman Khalifah (lupa pula), Para cendekiawan bertungkus lumus menterjemah 1001 buku daripada bahasa yunani (greek) ke bahasa Arab. Daripada situ ilmu berkembang dalam bahasa arab.

Bayangkan kalau khalifah ketika itu mewajibkan semua sekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa greek, adalah zaman kegemilangan itu akan wujud?

Bayangkan kalau Bahasa Arab dilacurkan dan dibunuh istilahnya oleh pemimpin seperti Bahasa Melayu, adakah Islam akan berkembang?

Bahasa Melayu mempunyai 1 sifat yang sama dengan Bahasa Arab iaitu, ianya adalah bahasa ibunda kepada majoriti umat Islam.

Bahasa Arab adalah bahasa ibunda orang Islam di Negara-negara Arab.
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda majoriti orang Islam di Malaysia.

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau membunuh Istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau halang bukan melayu belajar di IPTA dalam Bahasa Melayu?


Apa yang perlu dikonvensyenkan sangat, kalau jawapannya sudah ada di sini.


Parti yang memperjuangkan Islam ialah PAS.
Parti yang kuat memperjuangkan Bahasa Melayu adalah PKR.
UMNO tidak perjuangkan Islam dan Bahasa Melayu.

Nang it

Rock Your Vote




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Ibnu Hasyim // 4 Mei 2008 pada 3:56 PG  

    Ulasan:

    Kalau roboh kota Melaka
    papan di Jawa saya dirikan,
    kalau sungguh bagai dikata
    nyawa dan badan saya serahkan.

    Pantun dari kitab Sejarah Melayu. Hubungan Melaka-Jawa amat rapat dulunya, mengapa pendokongnya sanggup berkorban nyawa dan badan?

    Kerana bangsa atau agama?
    Itulah jawapannya.

  2. Tanpa Nama // 4 Mei 2008 pada 8:48 PG  

    Pengamatan dan penulisan yang bernas.
    Tolong sebarkan.Sama-sama respons pada blog GAP-gerakan anti Pas. Lama kelamaan I/A diorang semua tutup dek tak tahan nak berhujah dengan saudara-saudara. Inilah jihad melalui tulisan. Kita "terang" dan "serang" depa serentak. Wasallam

  3. Tanpa Nama // 4 Mei 2008 pada 12:54 PTG  

    Bro sebol,saya kurang bersetuju.Melayu kena bersatu,tapi tak semestinya tak boleh berbeza bendapat.Perpaduan melayu penting bukan untuk orang melayu saja,tetapi orang Islam juga.Kalau orang melayu pentingkan diri masing2,semua nak jaga kepentingan diri,yang paling dikhuatiri ekonomi di Malaysia ini akan dipegang oleh bukan orang melayu yang mempunyai sifat toleransi dan semangat tolong-menolong sesama bangsa yg kuat.



    Iyer,Islam adalah agama yang adil,tetapi kalau kita nak memartabatkan agama Islam,kita kena buktikan umat Islam dapat bersaing dengan adil dengan bukan Islam dari segi ekonomi di negara ini.Kalau orang Islam terpinggir,disebabkan masing2 nak jaga periuk nasi sendiri saja,macammana kita nak memartabatkan Islam di negara ini.Karpal Sing mungkin akan bertanya nanti apa hak orang Islam nak buat negara Islam di negara ini,hebat sangat ker orang Islam di negara ini ??


    Mungkin toleransi antara Lim Guan Eng dan pemimpin dalam Gerakan seperti Lim Kah Choon sesuatu yang wajar dicontohi orang melayu.

  4. Elhakim // 4 Mei 2008 pada 8:34 PTG  

    Tuan HASBUL!!!
    no more words....bcause...



    pakcik Setoju!!!!!

  5. Tanpa Nama // 4 Mei 2008 pada 10:13 PTG  

    betol tu..buat ape sibuk2 pasal melayu...blog chedet.com pon tak guna bahasa melayu....

  6. Tanpa Nama // 4 Mei 2008 pada 10:55 PTG  

    Hello,

    I think "saving the Malays" is the wrong way to frame the problem.

    Why?

    1. Who are the Malays? Must Malays be Muslims? What about the "Malays" before Islam came to these shores? Are mamaks Malays? Are Eurasian converts Malays?

    2. It's just an election. I don't think anyone is out to "menindas" the Malays. Under UMNO, have the Malays REALLY benefited? Besides the education policies that created a professional, middle-class, how many normal Malay has TRULY progressed in terms of being a global citizen who can stand on his two feet?

    3. Malaysia has more problems that's unique to the Malays. The rampant corruption in UMNO and BN have destroyed the country, including stripping its resources to enrich the elite at the expense of the ordinary rakyat.

    -----------

    Re Bahasa Malaysia

    I support BM as the national language that should be used in all official functions and programmes. Malaysians must also be fluent in the language. However, due to the reality that Malaysia or Malays are not the leaders in many areas, including Science and Mathematics, it's more practical to use English as the medium of instruction in national schools. This will allow graduates to be more marketable and able to communicate and interact with others in the world to further enhance their skills and knowledge. Eg. I study Maths. But all the top mathematicians are fluent in English, it's the lingua franca of the world. Only by bouncing off ideas with others, esp those much better than us, can we progress to the next level.

    ---------

    Islam

    Like many religions, Islam promotes virtues like honesty, patience and openness. Unfortunately, it has been politicised. My view is to amend the definition of Malay to exclude the Islam criteria and to separate as far as possible religious issues from politics.

    -----------

    Instead of a "Malay" convention, why not a "Malaysian" one?

  7. Hasbullah Pit // 4 Mei 2008 pada 11:28 PTG  

    Jed:

    1. Malays are sinonym with Islam, Eventhough there are malays before Islam.
    That malay was considered uncivilized.

    2. Those Malay just realized that UMNO "menindas" and should not rely on them.


    However, due to the reality that Malaysia or Malays are not the leaders in many areas, including Science and Mathematics, it's more practical to use English as the medium of instruction in national schools. This will allow graduates to be more marketable and able to communicate and interact with others in the world to further enhance their skills and knowledge.

    What i mean is try to change the standard. from english to BM.

    I want to create a situation where BM educated student become marketable.

    It cant be done without giving chance for non malay to learn in BM in IPTA.

    the more non Malay student in IPTA , the more marketable BM educated graduates.