Alamat blog

Mitos "Ekonomi" UMNO

5/04/2008 10:06:00 PTG | , , , ,

Apabila UMNO bercakap tentang Melayu, asyik-asyik ekonomi.

bla bla bla Ekonomi, bla
bla bla Ekonomi bla
bla bla Ekonomi.
bla bla bla DEB
bla bla bal Ekonomi
Bla bla bla Ketuanan Melayu
Bla bla bla DEB
Bla bla bla Ekonomi

Sejak Bila maruah bangsa diangkat apabila menjadi kaya?
Kalau maruah diangkat apabila jadi kaya, sudah lama Umat Islam Arab diangkat maruahnya.

Kalau kaya jadi pengukur, sudah lama dunia arab Islam dihormati.

Akan tetapi perkara berlaku sebaliknya.


Transkrip Ceramah Saudara Adly Zahari di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu.

Ya kita boleh tengok dia kaya raya
Kaya raya ini bukan penilaian manusia
Semata mata untuk hidup ini kita kena ingat,

Ali Rustam ini kalau dia sebut dalam apa ucapan.

Samada berucap depan pegawai kerajaan, depan rakyat
termasuk dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan.

dia kata
"Orang Melayu ini, musuh utama dia ialah kemiskinan
sebab itu yang paling penting bagi orang melayu ini
keluarkan dia dari kemiskinan supaya supaya dia ada maruah
Yang penting kalau nak ada maruah, dia mesti jadi kaya
kalau org melayu nak ada maruah dia mesti jadi kaya."

Tuan puan

Manusia ini punya maruah punya harga diri bukan sebab dia kaya.

Kalau nak kira orang islam dia punya maruah akan dihormati atas sebab dia kaya...

sepatutnya manusia yang paling dihormati ialah bangsa arab
orang arab itu mereka bukan punya harta macam kita tuan puan.

saya dulu ada tanya ustaz ustaz kenapa dia pergi arab dia tak kahwin dengan orang arab. Macam Ustaz Kamal itu, Kenapa dia tak kahwin dengan orang arab, dia kahwin dengan orang sini?



sebab nak kahwin dengan orang arab ini kena bagi rumah kereta.

Kaya!
Bukan senang ....

Bukan berjuta-juta ringgit, Bukan ratus juta ringgit .....

Tapi kenapa bangsa arab yang kaya raya tapi tidak dihormati
Apa nasib orang arab hari ini, trengok arab yang kaya raya itu


Adakah orang Amerika hormat mereka sebagai orang yang kaya raya sebagai orang islam yang punya maruah. TIADA. dia tiada prinsip.

Orang lain boleh taknak iktiraf Israel, kita yang miskin ini, tak berapa kaya pun taknak iktiraf israel.
Tapi orang arab yang kaya itu, Antara negara yang mula mengiktiraf Israel itu adalah dikalangan orang Arab.


Sila dengar daripada minit ke 7 hingga 11:



Nang it!




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Elhakim // 4 Mei 2008 pada 11:26 PTG  

    takyah dengar

    konfirm 99.8% betul!!!

  2. Hasbullah Pit // 4 Mei 2008 pada 11:30 PTG  

    Elhakim:

    semasa saya taip transkrip sambil tonton google video, terdapat perkataan yang tertinggal.

  3. Noushy Syah // 5 Mei 2008 pada 7:21 PG  

    It's difficult for other nationalities to marry Arab's women not only one has to give lot's of money in a form of house/car but they are not allowed to marry other than Saudi's :)

    ..that was the law when we were living in KSA before....

    Have a good weekdays.Take care.

  4. Tanpa Nama // 7 Mei 2008 pada 11:26 PTG  

    Bro sebol, cakap memang mudah, tapi hakikatnya tak semudah itu.Orang Islam tak perlu menjadi kaya dengan berlagak, tetapi hanya perlu kaya supaya dapat membantu umat islam yang lain terutama dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan.Kalau kekayaan yang ada digunakan dengan baik,takkan timbul sebarang masalah orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin.


    Sekarang ni,kita kata,umat islam tak perlu bersaing dengan bukan bukan islam dari segi ekonomi,biarlah, yang penting kita beribadat saja.Tetapi adakah kita yakin,sekiranya umat islam langsung tak dapat bersaing di negara ini,Islam yang juga merupakan cara hidup dapat ditegakkan di negara ini.Berapa banyak hotel di negara ini dipunyai oleh orang Islam??baru contoh seremeh ini,kita sudah bising2 suruh pengusha hotel menghalalkan segala makanan mereka.Ini baru contoh yang paling mudah,belum lagi hal yang lebih rumit nanti.


    Arab saudi adalah negara yang kaya dengan sumber alam,tetapi hakikatnya kekayaan mereka tidak diuruskan dengan baik,malahan tidak digunakan sepenuhnya untuk membantu rakan negara Islam yang lain,jadi Arab Saudi bukanlah satu contoh yang baik dari segi pentadbiran dan pemerintahannya.

  5. Tanpa Nama // 9 Mei 2008 pada 11:08 PG  

    Salam.

    Kaya atau miskin sebenarnya adalah dari rasa kecukupan kita terhadap apa yang ada.

    Kalau rasa tak cukup, walaupun harta berjuta, tetap miskin. Kalau rasa semua dah cukup, itulah kaya yang sebenarnya.

    Selalulah berdoa agar diberikan Allah rasa kecukupan, sbb kalau ada rasa tak cukup itulah kita terdorong kearah keburukan spt rasuah.

    p/s: Alhamdulillah, saya rasa saya dah kaya sebab makan pakai saya cukup walaupun beg tgn yg saya pakai mungkin harganya tak sampai 0.1% daripada beg tangan tiruan jenama LV. :)