Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN.
Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal.
Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung.
Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB).
Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum.
PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi tiada program khas untuk "Melayu". "Lajnah Nasib Melayu" atau "Lajnah Warisan Melayu"?
Jadi Ezam nampak realiti yang orang Melayu takutkan kehilangan DEB, walaupun hakikatnya DEB hanya menguntungkan UMNO.
Apabila DEB menguntungkan UMNO maka Ezam masuk UMNO?
Sebab musabab Ezam masuk UMNO tidak diketahui, yang jelas dia tak suka politik Anwar hapuskan DEB, mungkin baginya belum tiba masanya. ATAU itu hanya sekadar alasan.
Atau mungkin Ezam masuk UMNO kerana kematangan politiknya, dia sering memperkatakan tentang "kematangan politik".
Macam beli saham, lebih untung ketika beli pada harga rendah.
Pakatan Rakyat sepatutnya mempunyai sedikit agenda melayu, kerana realiti pengundi sebegitu.
Tidak perlulah menawarkan sesuatu yang melampaui batas sehingga menidakkan hak kaum bukan melayu.
Akan tetapi cukuplah dengan jaminan bahawa mempertahankan tanah rizab melayu, mempertahankan bahasa melayu, mempertahankan warisan melayu.
cukuplah.
Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS
5/22/2008 05:47:00 PTG | Anwar Ibrahim, Ezam, Melayu, PAS, politik, UMNOBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Org bkn melayu ada hak ke?
"menidakkan hak kaum bukan melayu" yang dinyatakan diatas ialah merujuk kepada hak bukan melayu untuk belajar di IPTA.
Apa kata kita suruh diorang belajo kat taiwan ke, singapura ke, australia ke? pastu pindah kat situ. kan senang?
Rahsia:
Ulasanmu berbau perkauman.
Memang dulu dah beri kerakyatan murahan kepada bukan melayu.
Akan tetapi kerakyatan adalah kerakyatan, bukannya kerakyatan kelas ke 2.
kalau kelas kedua pun, hak untuk belajar perlu diberikan, itu hak manusia.
Kalau ank suruh bukan melayu belajar di taiwan singapura dll, itu lah yang berlaku sekarang.
Apabila ramai yang belajar sendiri di luar negara dengan wang sendiri,pendidikan graduan IPTA tempatan akan jadi kelas ke 2, kerana tarafnya rendah.
Masalah lain yang timbul adalah, menyebabkan bukan melayu yang tidak kaya tak ada peluang langsung belajar.
Ada yang berjaya hidup dalam dunia yang tak perlukan perlukan kelulusan akademik. ada yang tidak.
Apa yang nak dibanggakan sangat kalau ramai melayu masuk universiti tetapi graduannya kelas kedua dan tiada daya bersaing di dunia penuh lancaroba.
kalu camtu, baik SBP bagi masuk lagi ramai orang bukan melayu-lah. baru adil, kan?
melayu & bukan melayu yang miskin, bagi biasiswa. melayu & bukan melayu yang kaya, jangan bagi. gitu?
Rahsia:
1. Ya, Naikkan bilangan bukan melayu di SBP,
tahap sesuai mungkin 30%
2. Persoalan pemberian biasiswa tidak semesti disempitkan dengan hanya pengikut kemiskinan atau atau bangsa.
bangsa dan kemiskinan hanya faktor.
saudara,
"Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB)."
bukan saja calon PAS, tapi ramai yang tak faham apa yang baru tentang dasar Anwar ni.
dalam ucapan beliau di satu forum di singapura, kata2 beliau turut mengelirukan. sila baca pos saya disini. Mungkin beliau sendiri pun tak pasti apa tu AEB.
perjuangan melayu, cina, india, dll semua adalah sama -- demi malaysia yang maju, aman dan makmur. apa-kah bezanya?
anwar ni pada saya sorg yg terdesak utk dapatkan kuasa dgn apa saja cara..mmg akan rugikan org2 melayu klau hapus deb tu..kita semua ni produk DEB lah..jgn kata org2 kaya je dpt paedah nya. tgk kita u hasil DEB Jskolah dpt buku teks free --hasil deb lah..org2 kampung bukak kebaun tanam sawit lah nenas lah mcm2 lagi..dpt bantuan kewangan ..dpt subsidi baja..tu hasil DEB juga lah..
kita semua masuk universiti pun...sama..krajaan tanguung 85% kos kat u pun sama lah tu..org mlayu beli rumah dapat potongan pun hasil DEB lah ..walaupun nama nya dah tuka..tapi asasnya mmg masih DEB..
ha..nampakkan kebaikannya..mmg lah semua yg dtg dr manusia ni x perfect tapi kita bleh perbaiki kan..knapa nak hapus terus?? dan nak terima ntah dasar apa yg anwar nak bawak tu..yg kita tak tau hujung pangkal nya..huh..
n pasal anwar..ceh sibuk dia shopping YB2 BN..mana dia dpt duit? nak beli wakil2 ni mesti lah bukan 10 juta 20 juta..sbb nya blh hidup senang lenang smpai 3 keturunan...
alah..tak lain tak bukan bush n the gang..tak caya? tgk taun 1997 time dia kena pecat..ada satu seminar kat kl.msa tu al-gore timbalam presiden us dtg..dia naik pentas bg ucapan ..n dia sokong reformasi..
ai?? takkan free2 jek dia bleh bg sokongan..tgk balik sejarah dulu2..time2 raja2 melayu berebut kuasa..utk jadi lebih kuat diorg mintak pertolongan british yg mana akhirnya diorg terpaksa terima penasihat british yg kawal segalanya kecuali hal ehwal agama islam..kalau x caya cariklah buku2 teks sejarah form 1-form 5..konfem ada..last2 diorg jadi lah raja boneka n yg ada tu siap di bagi pencen..
dlm minggu lepas akhbar sirael n satu akhbar US tulis anwar abakal pm malaysia...wah2..lobi smpai cam tu skali..takkan free2 jek....
mesti m'sia ni akan tergadai balik kalau anwar n the gang pegang..ko cuba bayangkan..stat taun 1515 kita kena jajah...n taun 1957 baru merdeka...bapa taun kita terjajah?? 442 taun tau!! kalau lepas ni kita kena balik bila pulak nak merdeka??
tgk lah sendiri btapa rosaknya anwar ni..ni ke org yg kita soong nak jadi ketua negara?? jahanamkan negara adalah..
pas dah tau anwar tu tak leh pakai ape pasal masih nak gang dgn pkr n DAP yg konpem2 benci mlayu tu..n tak mo negara islam?? kan pas kata haram ..dah tu DAP tu apa cite??
masa pru12 ari ceh...DAP bukan main buat kempen..dgn org cina..dia kata undi BN maksudnya undi melayu..kat org melayu pulak..kita sama2 org malaysia..siap kata klau menang diorg nak ubah perlembagaan utk tolak hak istemewa org mlayu
ha..tgk btapa lidah biawaknya DAP ni..lidah biawak pun elok lagi pasal ada cabang 2 jek..DAP?? lidah bercabang-cabang..
dah tu ramai2 pangkah dap,pas,pkr yg satu geng tu..tak fikir ke..kalau smpai menang ari tu..bukan ke sendiri yg pangkah utk jual negara kita ni...
fikir2 kanlah..
-Nyemah Mulya-
wei jom tgk ramai2..
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
saksikan dan nilaikan sendiri sapa anwar...
-nyemah mulya-