Alamat blog

Kalau benar subsidi untuk Kenderaan bawah 2.0 cc adakah ianya tidak mencukupi?

Saya mengganggarkan bahawa setiap kenderaan mendapat lebih kurang RM 100 sebulan.

Adakah benar kerajaan Hanya jimat 4 bilion?

Agak pelik bila pemilik kenderaan mendapat subsidi, orang yang tidak berkenderaan tidak dapat apa apa.

Oleh itu, penyelesaian "kupon subsidi makanan" berdasarkan kepala perlu diadakan di samping pemberian subsidi bahanapi pada nilai yang lebih banyak daripada subsidi RM 625 itu sebagai contoh RM 1200 setahun.



Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.

Catatan lama tentang kupon subsidi makanan

Adakalanya saya pernah terfikir untuk guna "kupon makanan" untuk diberikan secara percuma kepada warga negara Malaysia. Pekerja asing, pelancong asing tak dapat.

Tiap tiap tahun, rakyat Malaysia pergi ke pejabat pos, bawa Mykad untuk dapatkan kupon makanan.

sebagai contoh,
kupon makanan 5kg beras sebanyak 12 keping untuk setahun.
kupon makanan n kg minyak masak sebanyak n keping untuk setahun.
kupon makanan n kg gandung sebanyak n keping untuk setahun.


Kemudian kalau nak apungkan harga beras ikut harga semasa pun tak mengapa, kerana semua orang pasti dapat makanan.

Dari sudut lain, Kadar zakat fitrah pasti naik kerana ia mengikut harga makanan asasi semasa,
Siapa yang untung kalau bukan umat islam yang miskin.




Berpusing!!!!!!

19 komen

  1. Tanpa Nama // 4 Jun 2008 pada 10:56 PTG  

    Blindspot dalam penstrukturan subsidi

    Bila naik harga minyak mendadak, tetiba saya tersentak, terkedu, dan tersedar bahawa ada 'blindspot' dalam usaha merubah struktur subsidi.

    Ingatkan naik seposen, paling tinggi pun dua posen. Naik dekat 80 sen!! Walaupun saya bersetuju perlu ada penstrukturan subsidi, 'responsibility' daripada pihak kerajaan harus dipersoalkan.

    Saya sangka ini dilakukan secara berperingkat, adakan suruhanjaya, terangkan cadangan mekanisme subsidi yang baru, dan paling penting bukan naik mendadak.Umum harini, naik terus esok, bukan lagi Ogos. Ini macam kes bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Math dan Sains. Tipikal mentaliti BN.

    Blindspot yang paling nyata ialah kegagalan kerajaan menyediakan 'support system', sebagai contoh, sektor pengangkutan awam seharusnya direformasikan AWAL-AWAL lagi oleh orang-orang yang pakar agar rakyat ada pilihan/alternatif/choice. Bukannya macam hari ni, kita tiada pilihan. Dulu, subsidi bernilai RM4 billion juga dipotong, tetapi reformasi pengangkutan awam oleh syarikat keluarga Pak Lah GAGAL. Blindspot lain termasuk 'domino effect' terhadap harga makanan, dan servis. Dalam hal ni, sepeti kata bro Sebol, lagi ramai rakyat yang terlibat termasuk mereka yang tidak berkereta. Rasanya kupon subsidi untuk makanan memang/lebih kritikal untuk ketika ini.

    Dan, rakyat dipaksa berkorban DULU untuk menyelamatkan wang kerajaan. Kalau kerajaan boros.....hmmm. Pak Lah akan kata jangan dipersoalkan kemana wang penjimatan dibelanjakan.
    bukti disini

  2. Tanpa Nama // 4 Jun 2008 pada 10:59 PTG  

    oops hyperlink tak jadi.

    Pak Lah: Don't question RM4.4 bil for public transport

    http://www.malaysiakini.com/news/48486

  3. Azurah Anuar // 4 Jun 2008 pada 11:14 PTG  

    yelah, magti-mati ingatkan nak feedback dari rakyat, then baru modify strutur baru tu.

    alih2 terus naik harga.

    what a news.

  4. Tanpa Nama // 4 Jun 2008 pada 11:41 PTG  

    mana cukup bang RM625. simple maths - RM625/12 = RM52++ kan.. mana dapat RM100 pulak... RM1.2k? jauh sekali...

    itu yang dapat, yang kereta dok consume sebulan? setahun? mekanisma pemberian rebate adalah melalui money order. bagaimana sistemnya? adakah efisien? adakah perkara2 tidak diingini bakal berlaku? apakah red tape yang bakal pengguna lalui untuk dapatkan wang rebate itu? we've to be prepred to be cut to the bone!

    rasanya company/third party macam bank kena buat social contribution bagi membantu rakyat kurangkan beban ni selain daripada kupon makanan.

    nak kena tukar cara hidup ni.. kena pi keje dengan basikal!

  5. Tanpa Nama // 4 Jun 2008 pada 11:42 PTG  

    owh lupa nak ingatkan... bukan takat minyak naik... letrik pun naik bermula julai ni...

  6. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 1:17 PG  

    Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mengatasi isu pembelian minyak subsidi oleh pelancong asing? ..bwa..ha..ha

    dari mkini:

    "Meanwhile, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad said the ban on the sale of petrol to foreign vehicles at the borders will no longer be necessary following the latest move"

    http://www.malaysiakini.com/news/83959

    Ini sebiji kisah yang berlaku suatu masa dulu pabila minyak diesel diseludup ke Thailand.

  7. Hasbullah Pit // 5 Jun 2008 pada 2:37 PG  

    ikram:

    Daripada kita push untuk lebihkan subsidi Bahanapi, lagi baik kita push untuk subsidi makanan.

    Baru kena batang hidung setiap rakyat malaysia. Termasuk Rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan berdaftar di Singapura.

  8. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 12:26 PTG  

    sejujurnya memang ar tak cukup!

    Tapi dok manja nak suh kerajaan sponsor semua benda nya sampai bila jugak? Jangan ubah gaya hidup! Ubah pemikiran!

  9. Hasbullah Pit // 5 Jun 2008 pada 12:48 PTG  

    pipitart:

    Bukan manja, tetapi mengagihan subsidi dengan lebih menyeluruh.

    apa istimewanya kenderaan berbanding manusia.

    yang nak bangunkan negara kita adalah manusia, bukannya kenderaan.

    Apa nak dimalukan mendapat subsidi kalau ianya cara untuk membasmi kemiskinan.

    Tadi saya berborak dengan "Bang Leman" yang sering menaiki basikal, saya tanya pada dia adilkan pemilik kenderaan dapat subsidi, penunggang basikal tak dapat subsidi.

    sebelum ini pun (sebelum kenaikan harga minyak) dia tak dapat subsidi minyak, tapi tapi pemilik Naza Ria dapat banyak subsidi.

  10. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 1:44 PTG  

    SUBSIDI ADALAH DENDA YG DIKENAKAN UNTUK KEGAGALAN KERAJAAN MEMBASMI KEMISKINAN

    Kegagalan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia setelah 50 tahun merdeka melayakkan mereka dikenakan denda yang setimpal.

    Meningkatkan taraf hidup juga bermaksud menyediakan suasana di mana rakyat boleh berdikari.

    Sebagai contoh, petrol akan dikaitkan secara langsung dengan
    pengangkutan. Dan pengangkutan bukanlah satu yang 'luxury', tapi dah menjadi barang(atau service) yang asas seperti beras dan gula. Sifirnya mudah: tak pergi kerja, tak boleh dapat duit, tiada duit, maka tiada makanan, perut lapar dan etc.

    Dalam 50 tahun pemerintahan BN,banyak kemajuan disandarkan kepada pembinaan infrastruktur (lebuh raya, masjid besar, bangunan besar, pembinaan railway dan etc) semata-mata. Dan reformasi dalam pengangkutan awam tidak diberikan tumpuan sewajarnya. Kalau kita ambil projek mega yang ada bunyi 'koridor'. Cuba tunjukkan jika ada inisiatif dalam reformasikan pengangkutan awam. Tadi saya ada sebut 'railway' bukan? Memang sekali imbas bila kerajaan nak buat landasan keretapi berkembar daripada Ipoh ke Rawang, masyarakat marhaean akan nampak usaha kerajaan untuk pengangkutan awam, tapi itu hanya 'smokescreen'. Yang mendapat manfaat terbesar hanyalah mereka berkepentingan. Hujah saya? Landasan berkembar Ipoh-Rawang telah lama siap, tapi trem komuter baru dibeli awal tahun ini. Memang kelakar! Padahal yang menggunakan komuter bersesak-sesak melebihi kepadatan ikan sardin dalam tin. Kalau analogi dipanjangkan, bina jalan raya, bina lebuhraya tapi tiada sistem pengangkutan awam yang melengkapinya.

    Sepatutnya kita dulunya terbeban, tapi tidak (ataupun kurang), kerana beban kita diserap secara 'artificial' oleh subsidi minyak. Maka bila subsidi ditarik, rakyat yang akan terperosok dalam kemiskinan. Tidak kisahlah, sama ada dia seorang doktor atau penyapu sampah majlis perbandaran, graduan universiti atau yang tak masuk uni, semua mendapat penangan yang sama.

  11. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 4:10 PTG  

    kite patut same2 bincang mende2 ni disaluran yg btol bkan dok bising sane sini, komplen sane sini, sampi landasan siap tren xde pon nk bising. da tu xkan arr beli tren dulu pastu br wat landasan, mane nk campak tren tu. tp bkan tu point sy kt cni. pointnye, kite patut gunakan saluran yg betul utk bincang isu ni. bukan semua yg jadik ni semuanye negatif, ade kepentingan dan manfaat jugak pada rakyat pada amnye.

  12. suara // 5 Jun 2008 pada 5:00 PTG  

    Sedih bila kenaikan ini akan memberi kesan yang paling hebat pada mereka yang tak memiliki kereta. ye lah... semua peniaga akan naikkan harga dengan alasan harga petrol naik.

    tiba-tiba teringat dulu-dulu... jalan kaki atau naik basikal je pegi sekolah yang jauhnya 2-3km. Kat bandar ni, sekolah jarak 300 meter pun ada yang naik kereta gak.

    semoga Allah melapangkan kehidupan kita semua...

  13. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 5:22 PTG  

    @en bajet

    Saya memilih untuk menyuarakan pendapat saya di blog yang tidak berdaftar. Period. Saluran yang betul? Cuba en bajet 'define' saluran yang betul? Utusan Harian? TV3? RTM? Menulis kepada Pak Lah/ syarikat konglomerat seperti SCOMI etc?

    Isu railway yang tidak ada tren merupakan contoh yang terang lagi bersuluh untuk kegagalan dalam mengatur/melaksanakan sistem. Siap saya 'bold' lagi. Pendek kata, ada kesalahan/fallacy dalam logik pernyataan en bajet.

    "da tu xkan arr beli tren dulu pastu br wat landasan, mane nk campak tren tu."

  14. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 5:28 PTG  

    Ooh satu lagi en bajet. Membeli tren, tidak seperti membeli beras atau ikan di pasar. Pergi pasar hari ini terus dapat. Ooh sekali-kali tidak.

  15. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 5:53 PTG  

    ikram, kalau ye pun. Ikut suka la saluran mana pun, tapi takat nak salurkan pendapat kat blog macam ni bukannya ada paedah pon! Kalau iye pon nak lakukan perubahan kita sama2 la dok pakat ngundi keluar orang2 yang tak dikehendaki tu. Habis citer. Itu pun mau gaduh ke?

    Aku nye hal, nak pi kerja naik bas. Sambil tu niaga nasi lemak sabtu ahad. ada la jugak pendapatan. Yang penting adaptasi hidup aku dalam zaman era barang naik secara mendadak ni dulu. Itu je yang sah2 dalam genggaman kita ye tak.

    Eh, jangan lak marah aku yek. Aku pun menyuarakan hak dalam blog tak berdaftar!

  16. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 5:59 PTG  

    Jap, nak tanya, mat sebol budak STAR ke? nampak badge STAR kat bawah situ hehe

    Setuju sangat jika benar subsidi minyak dimansuhkan dan disalurkan ke arah yang lebih memanfaatkan rakyat. Apa kata makanan ke... semua orang malaysia tak kira kaya miskin pun kena makan kan? Jadi betul lah perihal nak salurkan ke arah subsidi sekuriti makanan tu... Semoga dapat dirasai semua rakyat dengan lebih menyeluruh.

  17. Tanpa Nama // 5 Jun 2008 pada 6:01 PTG  

    Memandangkan harga minyak bukan semakin murah saya percaya ini adalah masanya kerajaan membelanjakan wang kerajaan dengan cara lebih efisien selain dari subsidi.

    Saya tidak setuju kita selama-lamanya disuap dengan subsidi.Kalau kita prihatin, kita sepatutnya memaksa kerajaan membelanjakan wang kearah pembangunan insan yang akhirnya rakyat Malaysia itu mampu berdiri menghadapi krisis ekonomi yang semakin meruncing.

    Negara Venezuela dipimpin oleh pemerintah yang jauh lebih kejam juga pengeluar minyak tetapi rakyatnya tidak diberi subsidi terhadap harga minyak, malahan kelmarin kerajaannya mengenakan cukai baru terhadap pengeluar minyak yang akhirnya membawa ke rusuhan.

    idea memberi rebat pada pemilik kereta bukan idea yg tidak baik. dan idea saudara penulis mengenai kupon makanan juga ada baiknya. memandangkan pemimpin negara sekarang bukan seorang yg 'stern', maka ada baiknya kita sebagai rakyat bersatu suara menyampaikan/mendesak secara positif tentang apa yang kita mahukan.

    rusuhan atau tunjuk perasaan hanya menyukarkan keadaan.saya percaya walau siapa pun yg menjadi pemimpin sekarang ini akan menghadapi krisis yang sama bagaimana untuk menanganni beban kenaikan harga dimana dalam masa yang sama tidak membelanjakan semua wang kerajaan ke 'bakul'subsidi sahaja.

  18. Hasbullah Pit // 5 Jun 2008 pada 10:17 PTG  

    Pipitart:

    Ya saya budak STAR , Green 8892

    Bakri Salleh:
    Mahu tak mahu, Malaysia perlu mensubsidikan rakyat sekurang-kurangnya sebagai langkah sementara dalam 5 tahun.

    idea rebet kenderaan itu idea saya juga, tetapi ia datang bersama, idea kupon subsidi makanan.

    Shahrir Samad copy tak habis.

  19. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 4:42 PTG  

    tu lah, kalau setakat dekat blog je x kemana rasanya. ada banyak cara lain lagi, minta bantuan MP PR yang dah diberi mandat tu, suruh mereka ketengah kan pelan2 yang berguna. setuju dengan apa yg diperkatakan oleh en bakri saleh