Saya tak salahkan kerajaan bila naikkan minyak sehingga RM 2.70 kerana ia adalah sebahagian daripada idea saya juga, Memang saya jangkakan ianya akan terus mendadak sehingga lebih kurang RM 3.
Akan tetapi saya agak kecewa kerana ianya hanya RM 625 diberikan untuk menjimatan yang begitu besar.
Negara juga berjimat apabila punca penyeludupan dihapuskan.
Negara juga berjimat apabila pelancong asing tidak lagi mendapat subsidi.
Negara juga berjimat apabila pengguna akan berjimat.
negara juga berjimat apabila kenderaan cc besar tidak mendapat subsidi
Ada banyak sebab yang menunjukkan bukan setakat jimat 4 bilion, saya pasti ia lebih dari 20 bilion.
Satu sebab yang membuatkan saya agak marah ialah saya menunggu untuk mengetahui tentang kaedah pengstrukturan subsidi, bukan pengimplementasian terus.
Terdapat 2 penyelesaian tambahan bagi pengstrukturan subsidi minyak ini.
1. Kekalkan ianya sebagai RM 625 untuk kenderaan yang berdasarkan pendaftaran JPJ, akan tetapi buat lagi 1 subsidi khas untuk makanan (Kupon Subsidi Makanan) bagi setiap kepala rakyat Malaysia (Termasuk Penduduk tetap) sebanyak RM 50 sebulan. Kalau anak ramai, dapat lebih sikit
berdasarkan penduduk 23 juta,
50*12*23000000
Kos Subsidi Makanan itu hanya RM 13,800,000,000 setahun
(13.8 bilion sahaja)
ATAU
2. Naikkan kadar subsidi RM 625 ke nilai yang lebih tinggi, sesuai dengan perjalanan 40 kilometer sehari.
Saya lebih suka yang nombor 1, kerana cara itulah yang boleh meringankan beban golongan yang benar-benar miskin dan sederhana.
Apalah sangat 13.8 bilion berbanding Penjimatan yang saya anggarkan lebih 20 bilion itu.
Hanya 13.8 bilion sahaja untuk kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia
6/05/2008 01:40:00 PG | Ekonomi, Makanan, politik, SubsidiBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Hi sila baca ulasan di blog saya. Sekian, terima kasih.
slm bro sebol,
sbnarnya sy juga tak terkejut ngan kenaikan harga minyak skrg..tetapi harga diesel mmg agak tinggi dan ni akan trigger kenaikan barang lebih byk lagi,huhu...
ttg penstrukturan subsidi tu sbnrnya sy tak berkenan juga..mmg rase agak sikit tapi bila bro mengambil kira penjimatan2 camtu lagi nampak jelas..subsidi makanan tu bro amik kira golongan kaya skali(23 juta).. tapi kalau sy amik rakyat miskin dan sederhana je pun sbnrnya sudah lebih dari mencukupi...mungkin jumlahnya kurang dari rm13 billion..:)
mat sebol!
saya setuju juga. Lebih baik gunakan untuk subsidi makanan. Dengan cara tu, semua rakyat malaysia dapat menikmati. Kalau nak subsidi minyak macam dulu, dan juga dengan subsidi $600 tu, bukan semua rakyat pun guna kereta ye tak? Tapi makanan ruji ke, gerenti semua orang dapat sama2 menikmati.
Faisal:
Kalau nak kira miskin sahaya, nanti susah nak kira.
yang sengsara adalah golongan miskin dan pertengahan, hampir meliputi semua orang,
pengasingan miskin kaya hanya menyebabkan kos tambahan.
biarlah yg kaya pun boleh dapat, tapi yang malu sahaja tak tuntut.
Assalamualaikum. Pasal harga minyak naik. Saya hargai pendapat anda untuk entri blog katering saya. Sila klik nama saya.