Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen.
Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi.
Memang benar!
Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi.
Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya.
Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting.
Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi.
Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal.
Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat.
Mana yang rakyat mahukan?
Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau
harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan?
Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, dengan polisi nilai matawang rendah, kononnya menggalakkan eksport, Namun hasilnya berbilion subsidi terpaksa kebijakan pakar ekonopmi taqliq buta dengan teori itu.
Kalau boleh, rakyat mahukan gula RM 1.20 tanpa subsidi
harga minyak RM 1.40 tanpa subsidi.
ini semua boleh dilakukan jika kerajaan beusaha sedikit demi sedikit meningkatkan nilai ringgit (berbanding komoditi) sejak 12 tahun yang lalu.
Jika penukaran RM vs USD adalah 1USD = RM 2.00 ,
Cuba kira sendiri berapa harga minyak tanpa subsidi?
Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....
7/17/2010 08:22:00 PTG | Matawang, Minyak, SubsidiBerpusing!!!!!!
Mengapa harga petrol bagi teksi RM 1.92 bukan RM 1.43?
7/19/2008 01:11:00 PG | Ekonomi, Shahrir Samad, Subsidi, teksiAkhirnya, setelah beberapa bulan "Pengstrukturan Subsidi" yang tergesa-gesa, Pengusaha teksi diumumkan supaya dapat membeli petrol pada harga RM 1.92
Sebelum ini saya pernah menulis tentang, beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi dan Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol.
Akan tetapi, mengapa harga bagi pengusaha teksi berpetrol RM 1.92 dan bukannya RM 1.43?
Ketika pengstrukturan subsidi diumumkan dan dilaksanakan secara tergesa-gesa itu dilakukan, terdapat usaha untuk menyelaraskan harga bahanapi bersubsidi kepada RM 1.43, sehinggakan harga petrol yang dibayar oleh nelayan terpaksa dinaikkan daripada RM 1.00 kepada RM 1.43.
Shahrir Samad terlupa janji RM 1.43nya?
Atau memang teksi berpetrol anak tirinya sehingga sering dilupa-lupakan?
Berpusing!!!!!!
Demo Menuntut Kerajaan Membayar RM 50 Kepada Semua Rakyat
6/19/2008 11:12:00 PG | Minyak, politik, SubsidiWalaupun Demonstrasi itu Membantah Kenaikan Harga Minyak, namun saya gunakan platform itu untuk menyatakan tuntutan saya yang mengagihkan Kekayaan negara dengan lebih adil.
Dan saya nyatakan dengan jelas tuntutannya.
Terima Kasih Kepada GAMIS kerana menyokong sesuatu yang hampir sama dengan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.
Berpusing!!!!!!
Saya bukan Fobia Subsidi.
Kenapa?
Saya dikelilingi dengan Nelayan yang dapat subsidi, dikelilingi pemandu teksi, kenal rapat dengan pesawah.
Semasa pilihanraya, nelayan yang menerima subsidi itu yang bersama-sama memasang bendera PAS.
Nelayan yang terima subsidi itu yang memasang bendera PAS di telah Selat Melaka. Saya tidak suruh, mereka yang pasang sendiri.
Takkanlah pula saya berasa hina dengan penerima subsidi apabila saya rapat dengan mereka.
Bayangkan kalau nelayan turun ke laut dengan harga RM 1.92 seliter, adakalanya hasil tangkapan tidak pulang modal. Kerana itu mereka memerlukan subsidi. Inikan pula bila harga minyak RM 2.70.
Nelayan di eropah yang maju itu pun menuntut subsidi kerana sektor perikanan mereka tidak lagi menguntungkan. Walhal ikan dinikmati oleh semua orang dengan harga yang berpatutan.
Jika benar menerima subsidi memalukan bagi sesetengah orang, ada baiknya "Elaun Keraian" Menter itu ditukarnama menjadi "Subsidi Keraian".
Berpusing!!!!!!
Terdapat satu ulasan di Tranungkite yang mengatakan perkataan Subsidi itu biadap.
PENGURANGAN HARGA = SUBSIDI ....(perkataan SUBSIDI ini perkataan biadap..walhal kita beli produk.....bukan dapat percuma terus!!!!! )
Apa bila saya mengatakan ianya memang subsidi, maka saya dilabel:
Dah hang tu MUKA SUBSIDI, sebab tu hang tak kisah....
Rupanya disebalik kehangatan "Tuntutan Turunkan Harga Minyak" rupanya ada manusia yang begitu fobia dengan perkataan subsidi.
Macam mana ni? nak harga minyak turun, tapi taknak guna nama "subsidi"?
Patutlah Tuntutan subsidi Makanan Rakyat tidak mendapat sambutan, mungkin kerana malu dan takut hilang keegoannya bila nak minta subsidi tapi nak minta turunkan harga minyak.
Mungkin saya kena ubah nama tuntutan itu kepada "Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat", barulah yang ego itu tak berapa malu nak tuntut.
Jatuh martabat mereka kalau minta subsidi.
Petani di Negeri Jepun sejak dari dulu mendapat subsidi, tetapi mereka tidak berasa malu pun.
Rakyat Malaysia, yang baru nak bermewah, fobia dengan perkataan subsidi.
Kalau benar tak mahu terima subsidi, atas sebab takut hilang ego, maka belilah kenderaan disel dan beli minyak disel pada harga industri.
Tapi mereka yang takut kehilangan ego itu, mahu tuntut penurunan harga minyak, tapi tak mahu terima subsidi.
Bukankah itu pelik?
Berpusing!!!!!!
YB Salahudin Yang Mengecewakan
6/10/2008 10:39:00 PTG | Minyak, PAS, politik, Salahuddin, Shahrir Samad, SubsidiYB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.
Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.
Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan. Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007.
Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi.
Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberikan kepada teksi yang berpetrol. Belum lagi sentuh subsidi keatas jentera pembajakan sawah yang hanya digunakan ketika musim tertentu, dimana SKDS tidak boleh digunakan dalam bentuk kuota harian kerana ia digunakan pada musim tertentu sahaja.
Banyak kenderaan yang tidak didaftarkan sebagai "bas" atau "teksi" yang dijadikan sebagai pengangkut pelajar di kawasan luar bandar sudah pasti tidak mendapat subsidi, dan ini tidak adil. Pengstrukturan subsidi hanya boleh dilakukan selepas masalah-masalah ini diatasi terlebih dahulu.
Ini senarai lama perkara yang patut dikaji sebelum pengstrukturan subsidi.
Kalau Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat dipenuhi, maka ianya diibaratkan sebagai tampalan keatas kebocoran secara menyeluruh.
Berbanding dengan cara sedia ada Shahrir Samad, tampal sikit demi sedikit, tapi masih ada yang belum ditampal.
Shahrir Samad telah katakan kononnya subsidi ke arah pemakanan sudah ada, numun YB Salahuddin boleh balas balik. "Kalau bukan golongan petani, tapi miskin, mereka juga perlukan makanan".
"Golongan miskin yang tiada sumber pendapatan hendak dimasukkan kedalam sektor apa?". Sedangkan merekalah yang kita perlu kasi makan dulu.
Golongan pekerja ada MTUC boleh mintakan gaji minima, golongan miskin tanpa pekerjaan tiada persatuan khas.
Nak makan pun susah, inikan pula nak berpersatuan.
YB Salahudin juga boleh mencadangkan supaya adanya beberapa wakil daripada Pakatan Rakyat dimasukkan sekali kedapat Jawatankuasa Menangani Inflasi sedia ada, sebagai satu langkah apabila soalan dikemukakan.
Walaubagaimanapu, saya tak bolehkan menyalahkan Shahrir Samad dan YB Salahudin sahaja. Saya pun salah juga.
Saya lambat datang ke Muktamar Pemuda PAS Melaka, sehingga saya tak dapat sampaikan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat kepadanya supaya boleh diperdebatkan dengan Shahrir Samad.
Saya hanya sempat sampaikan secara lisan kepada Ustaz Kamaruddin Sidek, itupun setelah Muktamar habis.
Maafkan saya kerana saya gagal membawa agenda Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat sebagai Agenda PAS.
Berpusing!!!!!!
Nasib Pengusaha dan Penumpang Bas = Budak Sekolah Bergeselan
6/08/2008 11:35:00 PTG | bas, Pengangkutan, SubsidiSuatu ketika dulu terdapat satu berita tentang Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti.
Khairul Faizi, selaku penumpang bas tegar menceritakan dilemanya sendiri untuk menaiki bas kalau tambang bas naik 100%.
Pengusaha bas adalah rakyat, penumpang bas juga adalah rakyat.
Kemudian di Buletin Utama tadi, ada pengusaha Bas mengatakan bahawa kuota yang diberikan dalam skim SKDSnya sudah habis digunakan. Jadi dia terpaksa membeli minyak pada harga tinggi juga.
Kementerian tidak mengkaji dengan lebih lanjut samada adakah semua bas yang menikmati harga RM 1.43?
Tindakan PMBOA untuk memohon kenaikan tambang juga tidak berpatutan.
Bagi saya PMBOA menuntut supaya:-
Harga minyak Disel yang dibelinya diturunkan sehingga RM 1.00 berbanding RM 1.43 DAN menuntut supaya kuota disel pengusaha bas itu dinaikkan supaya tiada pengusaha bas yang terpaksa membeli minyak disel pada harga biasa.
Bagi pengusaha Bas Sekolah, Mungkin harga minyak bersubsidi untuknya perlu diturunkan sehingga 80sen.
Sampai bila pelajar-pelajar kita nak berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan di dalam bas usang?
20 sen itulah harga bagi memisahkan samada ada pergeselan berlaku atau tidak.
Berpusing!!!!!!
Hanya 13.8 bilion sahaja untuk kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia
6/05/2008 01:40:00 PG | Ekonomi, Makanan, politik, SubsidiSaya tak salahkan kerajaan bila naikkan minyak sehingga RM 2.70 kerana ia adalah sebahagian daripada idea saya juga, Memang saya jangkakan ianya akan terus mendadak sehingga lebih kurang RM 3.
Akan tetapi saya agak kecewa kerana ianya hanya RM 625 diberikan untuk menjimatan yang begitu besar.
Negara juga berjimat apabila punca penyeludupan dihapuskan.
Negara juga berjimat apabila pelancong asing tidak lagi mendapat subsidi.
Negara juga berjimat apabila pengguna akan berjimat.
negara juga berjimat apabila kenderaan cc besar tidak mendapat subsidi
Ada banyak sebab yang menunjukkan bukan setakat jimat 4 bilion, saya pasti ia lebih dari 20 bilion.
Satu sebab yang membuatkan saya agak marah ialah saya menunggu untuk mengetahui tentang kaedah pengstrukturan subsidi, bukan pengimplementasian terus.
Terdapat 2 penyelesaian tambahan bagi pengstrukturan subsidi minyak ini.
1. Kekalkan ianya sebagai RM 625 untuk kenderaan yang berdasarkan pendaftaran JPJ, akan tetapi buat lagi 1 subsidi khas untuk makanan (Kupon Subsidi Makanan) bagi setiap kepala rakyat Malaysia (Termasuk Penduduk tetap) sebanyak RM 50 sebulan. Kalau anak ramai, dapat lebih sikit
berdasarkan penduduk 23 juta,
50*12*23000000
Kos Subsidi Makanan itu hanya RM 13,800,000,000 setahun
(13.8 bilion sahaja)
ATAU
2. Naikkan kadar subsidi RM 625 ke nilai yang lebih tinggi, sesuai dengan perjalanan 40 kilometer sehari.
Saya lebih suka yang nombor 1, kerana cara itulah yang boleh meringankan beban golongan yang benar-benar miskin dan sederhana.
Apalah sangat 13.8 bilion berbanding Penjimatan yang saya anggarkan lebih 20 bilion itu.
Berpusing!!!!!!
Adakah RM 625 Untuk Subsidi Minyak Mencukupi?
6/04/2008 09:17:00 PTG | Ekonomi, kupon, Minyak, politik, SubsidiKalau benar subsidi untuk Kenderaan bawah 2.0 cc adakah ianya tidak mencukupi?
Saya mengganggarkan bahawa setiap kenderaan mendapat lebih kurang RM 100 sebulan.
Adakah benar kerajaan Hanya jimat 4 bilion?
Agak pelik bila pemilik kenderaan mendapat subsidi, orang yang tidak berkenderaan tidak dapat apa apa.
Oleh itu, penyelesaian "kupon subsidi makanan" berdasarkan kepala perlu diadakan di samping pemberian subsidi bahanapi pada nilai yang lebih banyak daripada subsidi RM 625 itu sebagai contoh RM 1200 setahun.
Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.
Catatan lama tentang kupon subsidi makanan
Adakalanya saya pernah terfikir untuk guna "kupon makanan" untuk diberikan secara percuma kepada warga negara Malaysia. Pekerja asing, pelancong asing tak dapat.
Tiap tiap tahun, rakyat Malaysia pergi ke pejabat pos, bawa Mykad untuk dapatkan kupon makanan.
sebagai contoh,
kupon makanan 5kg beras sebanyak 12 keping untuk setahun.
kupon makanan n kg minyak masak sebanyak n keping untuk setahun.
kupon makanan n kg gandung sebanyak n keping untuk setahun.
Kemudian kalau nak apungkan harga beras ikut harga semasa pun tak mengapa, kerana semua orang pasti dapat makanan.
Dari sudut lain, Kadar zakat fitrah pasti naik kerana ia mengikut harga makanan asasi semasa,
Siapa yang untung kalau bukan umat islam yang miskin.
Berpusing!!!!!!
Harga Minyak Akan Diapungkan atau Dinaikkan?
6/03/2008 03:54:00 PTG | Ekonomi, Minyak, politik, Shahrir Samad, SubsidiKalau kita sebut harga minyak akan dinaikkan, maka nampak macam Kerajaan BN jahat, tak peduli rakyat.
Kalau kita sebut pengstrukturan semula subsidi, maka BN nampak baik sedikit.
Tak kisahlah bagaimanapun.
Pendekatan Shahrir Samad begitu berbeza dengan Pendekatan Shafie Afdal ketika dia menjadi Menteri KPDN dahulu.
Shahrir Samad lebih terbuka menerima idea, termasuk idea orang PAS untuk menyelesaikan masalah perbezaan ketara harga minyak peruncitan dengan harga sebenar.
Manakala, Shafie Afdal lebih suka menggunakan cara lama tanpa perlu idea tambahan atau luaran macamlah cara itu sahaja yang paling sesuai.
Maka Shafie Afdal hanya memberikan penjelasan yang begitu teknikal tentang subsidi, pada masa yang sama rakyat berpendapatan rendah merana. Dia nak semua orang faham penjelelasan itu dan mempersetujuinya.
Kalau ikut pemikiran cetak, memanglah kalau harga minyak dinaikkan, atau diapungkan membuatkan rakyat sengsara. Shahrir Samad telah mengatakan ianya pengstrukturan semula subsidi, bukan hapuskan terus.
Subsidi yang mengurangkan harga runcit minyak mungkin akan dihapuskan, diganti dengan subsidi lain.
Tak pastilah kaedah mana satu dia nak gunakan, samada minyak 2 gred, atau kupon subsidi atau cara lain.
Saya mengambil pendekatan untuk tunggu pengumuman idea pengstrukturan subsidi itu, kemudian barulah saya tokok tambah supaya sesuai dengan keadaan.
Sistem lama, mengsubsidikan supaya harga runcit murah memang bagi saya tak boleh digunapakai kalau harga sebenar jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kalau perbezaan harga itu kecil maka ianya agak sesuai.
Mengikut sistem subsidi lama, makin banyak orang guna makin banyak subsidi.
Ianya bukan berdasarkan keperluan.
Mungkin di Malaysia 1 kenderaan hanya perlukan RM 100 sahaja subsidi, tapi dengan sistem lama, kereta besar kaki jalan dapat subsidi lebih RM 300. Ini memang tidak adil kepada penunggang basikal seperti Sarjan(b) Leman dan Pakcik Dollah.
Saya tak pasti samada subsidi baru ini diberikan mengikut kepala atau mengikut kenderaan.
Kerajaan tak boleh kawal untuk menjimatkan subsidi kalau ikut sistem lama, tapi kalau ikut sistem baru, mungkin penjimatan itu dilakukan oleh rakyat dan bukannya kerajaan.
Sebagai contoh, kalau setiap kenderaan diberikan subsidi RM 200 sebulan, tapi harga minyak naik RM 2.60, pengguna yang pandai berjimat, dia akan untung.
Silap-silap dia boleh simpan lebihan pendapatan untuk masa depan. Berbanding cara lama, kalau pengguna berjimat, dia akan dapat subsidi kurang, sudahlah subsidi itu tidak nampak.
Pemboros pula berbelanja banyak dan dapat lebih subsidi, dan langsung tak sedar kononnya keseluruhan kos pembelian minyak itu telah dibayar olehnya. Kerajaan pun salah juga, siapa suruh tak beri pilihan kepada orang kaya supaya boleh beli minyak tanpa subsidi untuk berjoli.
Jadi kita tunggulah esok.
Memang tak dinafikan, akan berlaku inflasi besar-besaran seketika, apabila harga minyak itu diapungkan, Ianya sebenarnya inflasi yang disorokkan dalam beberapa tahun kebelakangan akibat pengsubsidian harga barangan kawalan.
Berpusing!!!!!!
Saya belum sempat menulis lanjut cadangan saya dan Ikram untuk menggunakan
kupon subsidi bagi menggantikan sistem subsidi yang hanya cuba mengawal harga barang. Atau dari sudut lain iaitu menyembunyikan hakikat inflasi.
Alih-alih tadi Shahrir Samad umumkan bahawa penyelesaian berbentuk food stand atau kupon akan dilaksanakan. Terdapat juga cara pemberian subsidi berdasarkan cc kenderaan.
MTUC cuba menganggah, kononnya golongan kaya boleh membeli kereta cc kecil untuk pendapatkan subsidi bagi kereta mewahnya.
Bagi saya itu tidak mengapa, kalau kereta 1.5 cc, mendapat subsidi sebanyak RM x bagi tempoh tertentu, maka untuk kereta mewahnya, tetap dihadkan mengikut subsidi yang boleh diterima kereta kecilnya.
Saya pun tak faham apa yang MTUC mahukan.
Dipendekkan cerita cadangan penyelesaian saya ialah sebegini.
Kupon subsidi kenderaan diberikan ketika perbaharui cukai jalan. atau apa cara sekalipun yang penting melalui JPJ.
Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.
Berpusing!!!!!!
Subsidi itu Hanya Satu Kaedah Ringankan Beban Rakyat
5/14/2008 10:31:00 PTG | Ekonomi, politik, SubsidiHari ini ada 2 catatan menarik tentang subsidi.
Walaupun penyokong BN, sering menceritakan kononnya banyak subsidi dikeluarkan untuk menurunkan harga, tidak perlulah tafsir ia sebagai hadiah daripada kerajaan BN, kerana wang yang digunakan untuk mengsubsidikan sesuatu barangan itu adalah wang rakyat.
Saya pun tak faham mengapa mereka sering memperkatakan betapa banyaknya subsidi seolah-olah subsidi itu datangnya dari duit poket mereka.
Rakyat tidak perlu tertipu dengan satu kaedah yang kelihatan sebagai "hadiah" dari mereka.
Walaubagaimanapun, rakyat di Malaysia terutama sekali berpendapatan rendah, begitu perit untuk menunggu "hujung bulan".
Subsidi boleh dijadikan langkah pendek yang sesuai.
Akan tetapi sampai bila perlu menggunakan mekanisme subsidi untuk mengurangkan harga?
Low Yih Feng dalam suratnya ke Malaysiakini mengatakan ianya hanya penyembunyian kepada hakikat inflasi. Indeks harga pengguna yang dikira daripada beberapa barangan, tentulah tidak lain, kalau beberapa barangan itu disubsidikan supaya barangan dalam senarai itu lebih murah berbanding harga sebenar.
Sampai bila nak subsidikan supaya harganya rendah. Apabila harga barangan rendah berbanding harga asal, pengguna tidak nampak ianya ada unsur subsidi pada barangan tersebut.
Rakyat yang perihatin akan menjimatkan pembelian/penggunaan barangan bersubsidi. Bukan semua orang tahu, ada unsur subsidi pada barangan tertentu, dan tidak perlukan membeli seolah-olah keseluruhan kos barangan itu dibayar menggunakan duit sendiri. Tak perlulah mendabik dada
"Aku orang kaya, suka hati akulah, berapa banyak aku nak beli, bukan duit kau"
Hakikatnya, dalam setiap liter minyak petrol yang orang kaya jolikan itu ada duit rakyat di dalamnya.
Bukan duit kerajaan BN, tapi duit rakyat.
Amatlah tidak adil kalau golongan kaya, membazirkan subsidi duit rakyat itu kerana mengganggap keseluruhan kos itu dibayar olehnya.
Subsidi untuk menurunkan harga barangan sebenarnya tidak menguntungkan golongan miskin, akan tetapi golongan miskin yang lebih sengsara kalau tiada subsidi.
Formula subsidi untuk turunkan harga barang tidak boleh bertahan lama dan ianya tidak adil.
Jadi, untuk setiap barangan bersubsidi, perlu ada alternatif barangan tanpa subsidi, supaya kalau orang kaya nak bazirkan duitnya, ia tidak melibatkan wang rakyat.
Low Yih Feng mencadangkan supaya meniru langkah australia supaya kadar faedah dinaikkan supaya nilai wang dinaikkan.
Di Malaysia, nilai matawang adalah tambatan kepada beberapa matawang, mungkin ianya tidak sesuai untuk negara kita.
Rakyat Malaysia yang suka berhutang, mesti tidak mahukan kadar faedah dinaikkan.
Low Yih Feng mengatakan bahawa langkah subsidi adalah popular bagi parti politik di Malaysia dan ianya paling disukai rakyat.
Buat masa ini pembendaharaan negara masih belum kering kerana tahun demi tahun pendapatan daripada sawit , getah dan petroleum bertambah.And political parties seem keen to give out such subsidies, since it is an extremely easy way (don't actually have to use their brains), and the rakyat rejoices.
Such subsidies aren't countering inflation. They are just hiding the inflation. The rakyat still pays (and pays even more) for the items. And precious cash that should go towards healthcare, education, defence, development etc. are all wasted in tricking everyone into believing that all is good.
And how long will this go on for? Prices are always going to rise over the long term. Does the government just keep providing more and more subsidies until the treasury is dry?
Saya pun hairan, tak kiralah BN atau Pakatan Rakyat, semuanya seolah-olah pro kepada pengsubsidian.
Saya tidak nafikan, langkah pendek untuk mengatasi masalah poket rakyat ialah dengan mengsubsidikan harga.
Mahu tidak mahu, langkah jangka pendek ialah teruskan subsidi.
Kupon makanan?
Berpusing!!!!!!
Dr Chua Soi Lek, Pemimpin yang berani memohon maaf, telah menceritakan tentang subsidi minyak.
Dan ini ulasan saya.
Often, the rakyat is unaware of the element of subsidy by the government in daily life and the present mode in delivering subsidy is not equitable, benefiting the rich more than the poor. Who should rightly receive a bigger portion of the subsidy? The government should reveal how we ditch out the subsidy. A rich man who drives a Mercedes pays the same amount for petrol as a poor man using his motorbike; he pays the same electricity tariff as the one living in a low cost house. In the same way, the rich has access to medical healthcare just as the poor
Dr Chua
Yes I Understand there are a lot of efford to maintain the price low but...
1. The Rakyat just want the result, not forced to understand current formula.
Rakyat doesnt really matter how high the price is everybody can afford it.
2. The root cause of the problem not mentioned in the "Penjelasan", which is the currency.
3. The current formula will make "gov has to spend bilion of money", but the realy is the subsidy is just "on paper" if we look at different angle.
feel free to read all my previous post about minyak.
http://sebolku.blogspot.com/search/label/Minyak
Setakat blog ini ditulis, ulasan itu belum diluluskan.
Berpusing!!!!!!