Alamat blog

Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi.

Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir!!!
Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin?

Kalau tarif naik kerana harga angin naik, lainlah cerita.

Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan.....

Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik.

Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong.

baca:
Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak

Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin.

Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?





Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 12:34 PG  

    Atau boleh juga katakan, jangan agamakan angin?

  2. ~ qisti zahra' ~ // 11 Julai 2008 pada 9:24 PG  

    Salam HP dan pencinta kebenaran,

    Kepada Dr Hasan Ali, kita boleh mintak dia buat ladang khinzir yang boleh menjana tenaga elektrik melalui proses anti pencemarannya. Mesti rakyat Selangor dan mufti-muftinya akan berterimakasih atas kebernasan idea Dr Hasan Ali tu. Orang Jerman pun akan berduyun-duyun menghantar saintisnya untuk belajar di Malaysia. Pergh! Pertama kali orang Jerman nak belajar teknologi dari Malaysia. Berkat ketokohan Exco Agama Selangor.

    Salawat

  3. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 10:53 PG  

    Baguslah kalau ada idea-idea alternatif macam tu. At least kita tak terlalu harap pada satu-satu sumber. Ada idea2 bernas daripada PAS yang kita boleh guna pakai..

  4. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 10:54 PG  

    Assalamualaikum semua,

    Tidak salah kalu cuba mencari cara-cara alternatif untuk menampung beban kenaikan harga bahanapi.

    Malah, Kalau negara jerman boleh dapat 20% sumber tenaga elektrik akibat jana angin, menagap tidak kita cuba? Cuba perlu timbangkan kekerapan kelajuan angin di kawasan tersebut, kos penyelengaraan dan pembinaan, faedah jangkamasa panjang dan juga jangkamasa pendek.

    Bukan setakat kincir angin sahaja, apa gunanya teknologi-teknologi tenaga solar yang dicipta untuk kereta dan juga terhadap barang-barang yang lain kalau tidak digunapakai pada masa kini?

  5. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 12:18 PTG  

    Bagus lah kalau ada cadangan-cadangan alternative tapi benda ni perlu dikaji betul-betul. Jangan nanti bila sudah mula dibina lain pula jadi nya. Menghabis sahaja duit peruntukan nanti.

  6. rastom // 11 Julai 2008 pada 12:19 PTG  

    Rakyat Malaysia ramai yang kreatif untuk mencari alternatif. Masalahnya ialah alternatif yang dicadangkan itu biasanya kos overhead rendah dan menjimatkan dan pihak pihak yang ingin mengambil kesempatan daripada projek tersebut tidak merasa untung. Mereka rugi jika projek itu harganya murah.

  7. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 3:06 PTG  

    Satu usul yang baik dan perlu dikaji secara mendalam dan serius. Pembangunan kincir angin di Kelantan itu mungkin mahal untuk dilaksanakan tetapi dari segi lainnya, saya jangkakan, ia akan memberi banyak faedah seperti:

    (1) Alam sekitar
    (2) Mengurangkan penggunaan minyak
    berasa petrol
    (3) mengembangkan sains dan
    teknologi dibidang kuasa
    alternatif.

    Adanya kincir angin ini diKelantan, boleh memberi peluang kepada universiti-universiti di Malaysia menjalankan penyelidikan
    dan memberi peluang untuk pelajar mendapat kemahiran praktikal.

    Kelantan juga boleh mengambil peluang untuk membangunkan industri dan TEKNOLOGI kincir angin dan menjadi pengekspot untuk negara-negara lain

  8. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 3:09 PTG  

    "Perancangan yang mendalam harus dibuat untuk cadangan ini. Insya Allah jika PAS ikhlas buat untuk tolong rakyat, Insya Allah berjaya..

    p/s : Idea yang bagus oleh PAS, kita boleh terima…"

  9. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 4:27 PTG  

    Syabas PAS kerana mempunyai cadangan untuk memperbaiki ekonomi yang baik. Lepas ni Kelantan ada daya tarikan baru, iaitu negeri kincir angin. Secara tak langsung cadangan ini juga boleh merangsang industri pelancongan di negeri Kelantan..

  10. mado_ct // 12 Julai 2008 pada 5:06 PTG  
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.