Alamat blog

Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.

Mari kita lihat Indonesia.



Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.

PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
Menjadi Bendera UMNO.




Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.


Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.

Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.



Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.


Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?

Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.

Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.


Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.

d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)




Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?


Sang Saka Merah Putih Malaysia?




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. pedang.malam // 25 Ogos 2008 pada 2:13 PTG  

    Salam

    Sang saka bangsa ini hanya dipercayai bagi mereka yang mempercayai amalan khurafat melayu lama.Saka yang juga meruapakn hantu belaan yang diperturunkan secara warisan walaupun harta hantu ini tak termasuk dalam peratus pembahagian harta bila seseorang muslim yang melayu itu mati.

    Betapa bodohnya BN bila mereka menamakan bendera Malaysia sebagai Sang Saka Bangsa dengan alasan memperingati semangat yang ada zaman itu dan semangat (baca: saka) itu sebenarnya hantu belaan atau syaitan dan jin suruhan.

    Prof Syed Muhammad Naquib yang mencipta bendera tersebut lansung tidak diambil pandangannya sedangkan dialah pencipta asal bendera tersebut.Saya bukan mahu membela UMNO tapi saya mengkagumi hasil setiap karya Prof Naquib dan ini merupakan kezaliman UMNO padanya.

    Tukarlah nama saka tu kepada nama yang lebih Islamik takpun nama yang menolak kepercayaan khurafat jahat itu.Kata sokong Islam.Islam mana ada bela jin.

    Salawat

  2. merapuman // 25 Ogos 2008 pada 8:30 PTG  

    terlalu serupa dengan amerika. nanti kena tersalah serangan mushuhnya, macam mana?

  3. Tanpa Nama // 25 Ogos 2008 pada 11:16 PTG  

    bendera tak bersalah... kita yang perlu berubah

  4. Tanpa Nama // 26 Ogos 2008 pada 1:37 PTG  

    Blogmenjerit yang hensem; saya sokong anda.

    Pedang Malam; saya kurang pasti adakah betul nama bendera kita Sang Saka Bangsa berdasarkan komentar saudara.

    Rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Malaysia

    p/s Bendera Malaysia = Jalur Gemilang

  5. Tanpa Nama // 26 Ogos 2008 pada 1:45 PTG  

    Salam...

    Tuan Sebol, ini peluang untuk tuan mengadakan satu lagi pertandingan.....Pertandingan Mencipta Bendera Baru Untuk Malaysia...

    Saya dan Photoshop saya sudah bersedia...

    Hehehe...

  6. pedang.malam // 26 Ogos 2008 pada 4:48 PTG  

    Salam.

    Maaf,Sang Saka Bangsa nama bendera UMNO. Maaf sekali lagi.

    salawat

  7. Tanpa Nama // 29 Ogos 2008 pada 2:01 PG  

    xpayah tukar..

    kite hapuskan amerika!!! hahaha